My Insta

Instagram

Wednesday, December 28

datang membawa harapan

Lagi seminggu sesi persekolahan 2012 nak bermula. Semakin dekat sesi itu, semakin sayulah hati saya. Apa tidaknya, sekali lagi sy akan berpisah dgn anak bujang saya yang sorang nie, FD. Kali ini agak berbeza. Namun alhamdulillah, segala perancangan yang diatur berjalan dgn lancar dan banyak insiden2 tak dijangka berlaku along the way. Tapi alhamdulillah... itu tak seberapa kalau nak dibandingkan dgn rezeki yang Allah berikan kepada kami sekeluarga. Kami bersyukur sangat-sangat.



26 Dec... tarikh FD kena pulang semula ke MRSM Alor Gajah. Tahun depan merupakan tahun ke-3 FD jadi warga di sana. Next year dah nak ambil PMR. PMR????? Ahh... nak gugur jantung saya setiap kali teringat pasal tu. Ini first time FD ambil exam besar di luar pemantauan saya. Segala macam perasaan ada... 


Next year, segala xtvt mewakili sekolah akan saya freezekan utk FD. Ini termasuklah archery, rugby (his most favourite sport) and menjadi sprinter sekolah. Bukan nak mengongkong, tapi nak dia fokus dgn exam. Form 4 nanti, boleh continue balik.


Sebahagian barang2 yg dibawa dari rumah. Slalunya memang sarat but kereta... mujur but Naza besar & boleh stack-up. Itu belum termasuk baju2 yg dah iron. Inilah yang saya lalui sejak Awin di Sepintar tahun 2009. Tak apalar, demi anakanda tercinta.


Ta da!! Selepas semua siap dikemas. Thank you to my soulmate sebab belikan tikar getah utk dorm ni at a very very last minute. At least taklah sejuk sangat kalau dorang nak lepak2 duduk kat lantai. Dua tahun lepas, kami belikan tikar mengkuang. Tapi almaklum sajalah.... nama pun dorm budak lelaki, tikar mengkuang jadi macam roti jala. Meja Jepun berkaki empat pun jadi kaki dua...

Katil FD yang tepi tingkap. Baju2 yg disidai tepi tingkap tu ialah baju2 yg tak kering yang dibasuh di rumah (musim hujan, nak buat camne). Satu dorm ada 4 orang. This time, dalam dorm ni sume budak F3, tak campur dgn form lain. Bagus juga tu, senang dorang nak study atau buat revision sama-sama.

Last but not least. As usual, sebelum aku berangkat pulang, berbakul2 nasihat, pesanan dan kata2 semangat yang aku berikan kepada FD. "Setakat ni abang dah perform baik sebab dapat 3 pointer and above, alhamdulillah. But this time, ibu nak abang put an extra effort utk dapatkan 4 flat dan kena target straight 8As. You can do it, i know you can."

Apa lagi yg mampu seorang ibu pesan kepada anaknya? Harapan menggunung itu saya sandarkan kepada FD supaya itu menjadi semangat utk dia terus berusaha dgn lebih gigih lagi (bunyinya cliche, kan?). Sedih ada, sayu pun ada tapi saya kena tolak semua perasaan tu demi masa depan anak2. Perpisahan itu memang menyeksakan tapi saya telan dan redha.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...