My Insta

Instagram

Thursday, December 22

i never left!

seronok jer bila baca kisah orang bercuti sana, bercuti sini, tiap tahun pulak tu. Aku tumpang gembira, tak pernah pun rasa jeles atau apa. Cuma terfikir... aku tak pernah ke mana2. I NEVER LEFT! 

Jauh di sudut hati, memang selalu rasa nak pergi bercuti, tapi tak pernah kesampaian. Ntah kenapa agaknya tak kesampaian, aku sendiri tak tahu. Paling jauh aku pernah pergi? Kalau tak ke utara Mesia, ke selatan Mesia. Itu pun sama ada sebab attend wedding atau balik rumah PIL. Spore pun masih tak terjejak dek kaki ni. 

Banyak sangat kekangan untuk aku merealisasikan impian aku yang satu nie. Pernah juga terfikir nak buat solo trip atau cari geng yang memang kaki bercuti, tapi apa seronoknya bercuti tanpa keluarga, kan? Mungkin itulah masalah aku. Aku prefer bercuti dgn family, bukan dgn kawan2. Ramai kawan yang ajak contohnya trip nak tawan Gunung Kinabalu next year, mula2 aku beriya2, lepas tu jadi warm warm chicken shit (hangat2 tahi ayam)! 

Banyak benar alasan utk aku mengelak. "Anak nak PMR lar, husband tak boleh cuti lar, anak tak ada siapa nak jaga lar." Seribu macam alasan! Or am  i too coward to venture the world?! Entahlah.... but i wish, one fine day, i will be leaving to explore the world, meet new people, make new friends, learn one or two new things. 

but for now, i just have to accept that.... I NEVER LEFT!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...