My Insta

Instagram

Friday, December 2

bulan sukan

Seperti yang diketahui, selepas raya, memang banyak sukan dipertandingkan. Sukan SEA, perlawanan persahabatan bola sepak, kelayakan Olimpik dan byk lagi. Kami antara golongan pencinta sukan yg tak lepaskan peluang utk tengok terutama yg melibatkan pasukan bola sepak dan badminton negara. Kat sini aku sharekan sikit2 apa yg sempat dijadikan kenangan.


Bergambar bersama Syahrul Azwari, pemain Harimau Muda semasa Msia vs Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Menyaksikan perlawanan bola sepak sukan SEA di Bistro Bola di Sunway Giza, Kota Dsara. Perlawanan Msia vs Vietnam. Tuan rumah sukan SEA kali ini ialah Indonesia.  


Menyertai mind game di The Strand... berjaya membawa pulang 16 botol Zesta! Ini dikira sukan jugak... sukan minda!


Menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Restoran Fareed. Msia vs Indon... menang 5-4!


Belajar2 menjinakkan diri di gelanggang badminton baru di Tropicana Badminton Court di Sg Buloh. Ada 20 badminton court dan 2 gelanggang futsal di sini. Harga agak mahal juga... sejam RM24. Kalau datang ramai2, berbaloi lar, boleh tong-tong bayar. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...