My Insta

Instagram

Thursday, December 22

apek oh apek

ekceli ini belated story. tapi tak perlar, aku selitkan jugak.

1hb Dec, sedang kami makan aiskrim di LCCT, tetiba mamat ni lalu tepi kami. Orang yang pertama sekali nampak mamat nie ialah Mukhriz dan dia terus jerit kat aku "Ibu, Khairul Fahmi!" Dan entah naper, tetiba mulut ni pulak ringan panggil "Apek!" dan mamat nie pun terus toleh. Aku bagi isyarat sign language 'ambik gambar' dan dia pun terus angguk. So apa lagi, kami pun berposing lar dgn mamat kelate nie. Dalam pada tu sempat jugak aku tanya dia dari mana, katanya "Baru balik dari kampung, kak. Jenguk family." 

Kalau nak tahu, mamat inilah penyelamat gol asakan pasukan Indon di kejohanan Sukan Sea ari tu, sekaligus menjadikan pasukan Harimau Muda kita menjadi juara bola sepak Sukan Sea. Sekarang nie, dia menjadi kegilaan wanita2 yg merupakan peminat bolasepak. Tak dinafikan, pasukan bola kita kali ini menampilkan ramai muka2 cun & berbakat besar dalam arena ini. Antaranya si kembar Aidil & Adha Zakuan, Izzaq Farris, Kechik, Syahrul Azwari, Asyaari Shamsuddin, Amirul Hadi, Muslim and the list go on. Ini juga membuatkan peminat2 wanita terhadap sukan bola sepak makin bertambah. Silap2 hari bulan, ada plak yg kata Dato Rajagobal tu hensem! Haha!

Tapi yg tak bestnya ialah kerjaya mamat ni sama naik dengan kontroversi yg sedang melanda dirinya...kontroversi yg kurang enak pulak tu. Hmmmm.... aku harap mamat sorang ni akan lebih berhati2 in future kalau mahukan masa depan yg lebih cerah lagi  sebab ada ura-ura mengatakan Dato' Tony Fernandes, CEO AirAsia cum Chairman QPR, berminat nak ambik mamat ni join QPR.

Nnasihat aku kepada mamat kelate sorang nie, kenalah kekalkan pretasi dan kurangkan kontroversi yer... all the best to Harimau Malaya & Harimau Muda! Msia Boleh!







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...