My Insta

Instagram

Saturday, December 31

cuci mata sana-sini

 Berhenti menikmati durian di tepi jalan dekat Banting.


 Meronda ke Pantai Morib dan Sepang Gold Coast.



 Berhenti di Pantai Morib.


 Pitstop di Sepang GoldCoast pulak. Saja mencuci mata.



Menaiki SpaceWalk di iCity, Shah Alam. Satu Ride RM10. Mahal!


Kena pose habis-habisan sebab this will be our last visit to this 'shitcity'! Apa taknya... parking jer sekali masuk RM10. Dulu RM2 jer. Sungguh tak berbaloi. Masuk tak sampai sejam tapi kena bayar RM10 jugak sebab dikira sebijik kereta RM10! Bengong betul! Ride kebanyakannya RM5 paling murah untuk sekali naik. The rest, ada yang RM10, RM15! Hangin betul!


 Bergambar sakan!


xtvt mengecat rumah baru... thanx to anakanda FD sebab mengecat kesemua bahagian luar rumah dan bilik sendiri. Yang lagi 2 orang tu mandur! (macam bagus jer).


 Di Jusco Bkt Tinggi, Klang pulak, mereka nie terjumpa 'ikon' favourite mereka. Mr. Predator!


25 Dec, singgah ke kampung Nad di Klebang Melaka. Kami dihidangkan dengan spagheti, fish fillet, potato wedges... semua tu homemade. mentang2 lah hari tu hari santa klaus, hidangan pun ala2 barat gitu, cuma turkey jer tak ada. *ahaks* last but not least, durian musang king!



Friday, December 30

saja jer...

This bad boy was in front of us at LCCT. Probably fetching or sending someone there. 

Wednesday, December 28

datang membawa harapan

Lagi seminggu sesi persekolahan 2012 nak bermula. Semakin dekat sesi itu, semakin sayulah hati saya. Apa tidaknya, sekali lagi sy akan berpisah dgn anak bujang saya yang sorang nie, FD. Kali ini agak berbeza. Namun alhamdulillah, segala perancangan yang diatur berjalan dgn lancar dan banyak insiden2 tak dijangka berlaku along the way. Tapi alhamdulillah... itu tak seberapa kalau nak dibandingkan dgn rezeki yang Allah berikan kepada kami sekeluarga. Kami bersyukur sangat-sangat.



26 Dec... tarikh FD kena pulang semula ke MRSM Alor Gajah. Tahun depan merupakan tahun ke-3 FD jadi warga di sana. Next year dah nak ambil PMR. PMR????? Ahh... nak gugur jantung saya setiap kali teringat pasal tu. Ini first time FD ambil exam besar di luar pemantauan saya. Segala macam perasaan ada... 


Next year, segala xtvt mewakili sekolah akan saya freezekan utk FD. Ini termasuklah archery, rugby (his most favourite sport) and menjadi sprinter sekolah. Bukan nak mengongkong, tapi nak dia fokus dgn exam. Form 4 nanti, boleh continue balik.


Sebahagian barang2 yg dibawa dari rumah. Slalunya memang sarat but kereta... mujur but Naza besar & boleh stack-up. Itu belum termasuk baju2 yg dah iron. Inilah yang saya lalui sejak Awin di Sepintar tahun 2009. Tak apalar, demi anakanda tercinta.


Ta da!! Selepas semua siap dikemas. Thank you to my soulmate sebab belikan tikar getah utk dorm ni at a very very last minute. At least taklah sejuk sangat kalau dorang nak lepak2 duduk kat lantai. Dua tahun lepas, kami belikan tikar mengkuang. Tapi almaklum sajalah.... nama pun dorm budak lelaki, tikar mengkuang jadi macam roti jala. Meja Jepun berkaki empat pun jadi kaki dua...

Katil FD yang tepi tingkap. Baju2 yg disidai tepi tingkap tu ialah baju2 yg tak kering yang dibasuh di rumah (musim hujan, nak buat camne). Satu dorm ada 4 orang. This time, dalam dorm ni sume budak F3, tak campur dgn form lain. Bagus juga tu, senang dorang nak study atau buat revision sama-sama.

Last but not least. As usual, sebelum aku berangkat pulang, berbakul2 nasihat, pesanan dan kata2 semangat yang aku berikan kepada FD. "Setakat ni abang dah perform baik sebab dapat 3 pointer and above, alhamdulillah. But this time, ibu nak abang put an extra effort utk dapatkan 4 flat dan kena target straight 8As. You can do it, i know you can."

Apa lagi yg mampu seorang ibu pesan kepada anaknya? Harapan menggunung itu saya sandarkan kepada FD supaya itu menjadi semangat utk dia terus berusaha dgn lebih gigih lagi (bunyinya cliche, kan?). Sedih ada, sayu pun ada tapi saya kena tolak semua perasaan tu demi masa depan anak2. Perpisahan itu memang menyeksakan tapi saya telan dan redha.





Thursday, December 22

i never left!

seronok jer bila baca kisah orang bercuti sana, bercuti sini, tiap tahun pulak tu. Aku tumpang gembira, tak pernah pun rasa jeles atau apa. Cuma terfikir... aku tak pernah ke mana2. I NEVER LEFT! 

Jauh di sudut hati, memang selalu rasa nak pergi bercuti, tapi tak pernah kesampaian. Ntah kenapa agaknya tak kesampaian, aku sendiri tak tahu. Paling jauh aku pernah pergi? Kalau tak ke utara Mesia, ke selatan Mesia. Itu pun sama ada sebab attend wedding atau balik rumah PIL. Spore pun masih tak terjejak dek kaki ni. 

Banyak sangat kekangan untuk aku merealisasikan impian aku yang satu nie. Pernah juga terfikir nak buat solo trip atau cari geng yang memang kaki bercuti, tapi apa seronoknya bercuti tanpa keluarga, kan? Mungkin itulah masalah aku. Aku prefer bercuti dgn family, bukan dgn kawan2. Ramai kawan yang ajak contohnya trip nak tawan Gunung Kinabalu next year, mula2 aku beriya2, lepas tu jadi warm warm chicken shit (hangat2 tahi ayam)! 

Banyak benar alasan utk aku mengelak. "Anak nak PMR lar, husband tak boleh cuti lar, anak tak ada siapa nak jaga lar." Seribu macam alasan! Or am  i too coward to venture the world?! Entahlah.... but i wish, one fine day, i will be leaving to explore the world, meet new people, make new friends, learn one or two new things. 

but for now, i just have to accept that.... I NEVER LEFT!


apek oh apek

ekceli ini belated story. tapi tak perlar, aku selitkan jugak.

1hb Dec, sedang kami makan aiskrim di LCCT, tetiba mamat ni lalu tepi kami. Orang yang pertama sekali nampak mamat nie ialah Mukhriz dan dia terus jerit kat aku "Ibu, Khairul Fahmi!" Dan entah naper, tetiba mulut ni pulak ringan panggil "Apek!" dan mamat nie pun terus toleh. Aku bagi isyarat sign language 'ambik gambar' dan dia pun terus angguk. So apa lagi, kami pun berposing lar dgn mamat kelate nie. Dalam pada tu sempat jugak aku tanya dia dari mana, katanya "Baru balik dari kampung, kak. Jenguk family." 

Kalau nak tahu, mamat inilah penyelamat gol asakan pasukan Indon di kejohanan Sukan Sea ari tu, sekaligus menjadikan pasukan Harimau Muda kita menjadi juara bola sepak Sukan Sea. Sekarang nie, dia menjadi kegilaan wanita2 yg merupakan peminat bolasepak. Tak dinafikan, pasukan bola kita kali ini menampilkan ramai muka2 cun & berbakat besar dalam arena ini. Antaranya si kembar Aidil & Adha Zakuan, Izzaq Farris, Kechik, Syahrul Azwari, Asyaari Shamsuddin, Amirul Hadi, Muslim and the list go on. Ini juga membuatkan peminat2 wanita terhadap sukan bola sepak makin bertambah. Silap2 hari bulan, ada plak yg kata Dato Rajagobal tu hensem! Haha!

Tapi yg tak bestnya ialah kerjaya mamat ni sama naik dengan kontroversi yg sedang melanda dirinya...kontroversi yg kurang enak pulak tu. Hmmmm.... aku harap mamat sorang ni akan lebih berhati2 in future kalau mahukan masa depan yg lebih cerah lagi  sebab ada ura-ura mengatakan Dato' Tony Fernandes, CEO AirAsia cum Chairman QPR, berminat nak ambik mamat ni join QPR.

Nnasihat aku kepada mamat kelate sorang nie, kenalah kekalkan pretasi dan kurangkan kontroversi yer... all the best to Harimau Malaya & Harimau Muda! Msia Boleh!







Tuesday, December 20

walimatul urus - hani & iqbal

We are now approaching wedding season. Towards end of the year, one can see a lot of wedding kenduri around. So far, i've only managed to attend one invitation due to time constraints. 


 The bride and groom... Hani & Iqbal. Hani is my fren's doter, Kak Zet from Desa Coalfield.

 Doorgift.


 Yang menyambut kami... juntaian neon-neon yang indah, doorgift yang comel2 dan kumpulan SaffOne yg mendendangkan lagu2 cinta.


 Me and Kak Zet, mother of the bride. Mujur aku menepati tema that day... White, turquoise & red/pink. 


Both thumbs up for everything... cuisine, service, reception. It was a nice, cosy & simple wedding. I like!


Congrats to Hani & Iqbal and to their respective family.



Friday, December 16

kuda idaman

Akhirnya berjaya juga aku mencuri masa untuk ke sini. Ke mana? Ke showroom. Setelah mencongak2, mengambil kira segala faktor dari segi kewangan dan sebagainya, aku merasakan sudah sampai masanya aku 'menunggang kuda baru' yg agak sporty daripada yg biasa aku tunggang sekarang. 

Kali terakhir aku membeli 'kuda' milik sendiri, atas nama sendiri, ialah pada tahun 2001. Kali ini aku memilih untuk memiliki kuda sporty. Kenapa agaknya ya? Kerana aku sudah bosan 'menunggang gajah' yg mampu mengangkut 7 ke 9 orang sekaligus. Kali ini aku hanya mahu menunggang kuda yang hanya boleh memuatkan 3-4 orang atau lebih tepat lagi, cuma 2 orang. 

Aku akan menunggu kuda idaman ku yang akan menghasilkan facelift baru pada Mac tahun depan. Doakan rezeki ku murah pada ketika itu ya... insyaAllah.





Wednesday, December 14

triple celebration

On Dec 7 this year, we were blessed with 3 celebrations.

First, for almost 20yrs we have spent our lives together. The ups and downs of life, through thick and thin. Couldnt believe that our family has grown to seven family members. When you recall back to 20 years ago, I was still young and single, carefree without any burden, energetic (up until today).


Second, Mukhriz & Qme were circumcised on this date. We purposely chose this date for this event.



Third, our BigBaby completed 100%! Will update on that soon......

sYuKuR aLhAmDuLiLLaH...

Monday, December 12

Selamat Pagi Msia

Today, my soulmate dijemput menjadi tetamu SPM bagi mempromosikan Cinemini Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UNISEL. My soulmate selaku Pensyarah FSSR & Pengerusi Program kena explain tentang program yg akan berlangsung pd 19th Dec.

 Mekap dulu sebelum go on-air!


 "Okay, it's your turn."


 Live on Selamat Pagi Msia TV1 at 8:10am. We are proud of you... 


Done! Thank you, RTM.


p.o.t.o.n.g!

And so the big day came... First of all, this is THEIR point of view.

"7 Dec, as promised, in conjuction with our parents anniversary day.  According to ayah, the appointment was at 3pm. We reached here as early as 2.15pm. The reason was to subside all our fears and doubts. It works." 


"The two of us were splendidly dressed in our traditional costume. Ibu wanted us to look handsome on that day."

"Ayah carried us on his back. Luckily we were the only family there at that time. We are so fortunate to have you as our dad, ayah! Whatever it was, i knew we were very special kid that day."


 "Then it was my turn...." 


"Dr. Syed was very friendly. He asked me to recite Al-Fatihah followed by selawat for 3 times. We called him Dr. Wolverine."


"Ayah took this pic. If i saw these earlier, i dont think i will in the room...."


" Then the moment came."


" In 10 minutes it was over! Phew!! Dr. Wolverine teached me how to wear the kain pelikat eventhough we had our rehersal quite a number of times before this."


 "a bit painful but not as painful as falling down from my RockBike."


From Qme's vantage point....
"...it was my turn to visit Dr. Wolverine. While waiting for him, i played my fav game to ease-off my fear. Gud luck to me!"

 "At this point, all i remember was i recited Al-Fatihah & Selawat for 3 times then i dozed off during the circumcision."


 "When i woke up, it was over, i'm glad. Alhamdulillah..."


 "Now with very limited movement, i will hang on to my favourite gadget for few weeks (that's what ibu said)."


"It was not very painful, just like antbite. Me & psp3000 will become more closer after this."

"For sure, the following two to three weeks will be quite boring. We are not allowed to leave the house. Ibu said we must avoid eating egg, chicken and certain fish and we can only drink hot water."




Friday, December 2

bulan sukan

Seperti yang diketahui, selepas raya, memang banyak sukan dipertandingkan. Sukan SEA, perlawanan persahabatan bola sepak, kelayakan Olimpik dan byk lagi. Kami antara golongan pencinta sukan yg tak lepaskan peluang utk tengok terutama yg melibatkan pasukan bola sepak dan badminton negara. Kat sini aku sharekan sikit2 apa yg sempat dijadikan kenangan.


Bergambar bersama Syahrul Azwari, pemain Harimau Muda semasa Msia vs Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Menyaksikan perlawanan bola sepak sukan SEA di Bistro Bola di Sunway Giza, Kota Dsara. Perlawanan Msia vs Vietnam. Tuan rumah sukan SEA kali ini ialah Indonesia.  


Menyertai mind game di The Strand... berjaya membawa pulang 16 botol Zesta! Ini dikira sukan jugak... sukan minda!


Menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Restoran Fareed. Msia vs Indon... menang 5-4!


Belajar2 menjinakkan diri di gelanggang badminton baru di Tropicana Badminton Court di Sg Buloh. Ada 20 badminton court dan 2 gelanggang futsal di sini. Harga agak mahal juga... sejam RM24. Kalau datang ramai2, berbaloi lar, boleh tong-tong bayar. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...