My Insta

Instagram

Friday, November 25

demam bola lagi

Teruja dengan kemenangan pasukan Harimau kita, me & my soulmate decided nak bawak the kids watch the Olympic qualifying round first hand. Decision nak pergi tu was a very-very last minute decision. The kids are excited too.. 

We reached here as early as 6:30pm. Saja datang awal... tak nak berebut2, itu dah memang fitrah aku. Time ni orang masih belum ramai dan dapatlah pilih2 good seating. Walaupun beli tiket grandstand, but still nak dapat view yg best, kalau tak rugilar beli tiket mahal2. 


Tetiba 'anak-anak harimau' nie keluar. Gamat stadium sekejap. Rupa2nya dorang ni nak check keadaan padang. Penonton yg ada ketika tu (termasuklah kami) memberikan tepukan gemuruh. I think these players faham yang kami bersorak sebagai tanda tahniah di atas kejayaan mereka ari tu. 


Stadium nak hampir penuh. Bestnya duduk kat grandstand ni ialah ini laluan selebriti. Contohnya, Hattan dan anaknya dan ada beberapa selebriti drama (nama aku tak tahu) yg turut datang memberikan sokongan buat Harimau kita. Aku tertunggu-tunggu jugak... manalah tahu tetiba plak Aaron Aziz lalu. Heheheh....


 Di sini banyak banner yang menarik perhatian kami. Antaranya ini.


 Stadium dah 80% penuh. Kick off lagi sejam, player kita turun untuk warm-up. Dan sekali lagi stadium ni jadi gamat. Yang paling dapat tumpuan ialah Apek... as usual....


Syahrul Azwari muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal Msia pada separuh masa pertama perlawanan menentang Indon peringkat suku akhir. Lama dia berdiri belakang kami, tak ramai penonton yg sedar sbb dia sangat low-profile. Bila kami bergambar dgn dia, barulah penonton lain berebut2 nak bergambar. Hehehe...


 Menteri sukan kita pun datang juga... 


Goalkeeper cum captain of the day... Khairul Fahmi Che Mat, mendahului barisan Harimau kita.


Diikuti dengan Nazmi, Thamil, Gurusamy dan Mahali (frankly, dulu aku tak berapa suka sangat Mahali ni sebab dia kalau main careless, tapi now dah banyak improve). Go, Mahali!


 "Pukul berapa, Datuk Harimau?" Haha.


Semasa Negaraku berkumandang... semua turut menyanyi sama. Even supporters Syria pun turut sama berdiri menghormati national anthem kita. Bukan macam Indon! Huh!


Wan Zaharul Nizam Jersi 19, duduk row depan kami... kan aku dah kata, kalau kat grandstand nie, kena pandai pilih seat. Hehehe...


Wan Zaharul Nizam, jersi 19. Patutlah orang panggil dia KECHIK, orangnya memang kecik pun. Tapi ligat di padang. Sebelum ni aku tak pernah pun aware kewujudan dia sebab dia main untuk Red Warriors yang sememangnya bukan team favourite aku. Semasa SEA games, barulah perasan. 


Si Kecik ini dikatakan menjadi duri dalam daging bagi pasukan Thailand tempohari di mana dia telah mengacau-bilaukan pertahanan kiri pasukan Thailand. Namun akhirnya dia berjaya meloloskan bola ke gawang gol Kemboja.


Walaupun Msia kalah di tangan Syria sebanyak 2-0, namun kekalahan itu tak diambil pusing sangat setelah memikirkan bagaimana Harimau Muda kita bermati-matian menundukkan Indon 2 hari sebelum perlawanan ini. Faktor keletihan juga perlu diambil kira selain tekanan dan harapan warga Msia yg mereka galas. To me, it's not fair to blame them.. players yang keletihan menentang players yang fresh, segar bugar.. adil ke? Dan janganlah bersikap  "Bila menang, puji melambung. Bila kalah, kutuk bagai nak rak". Pls dont.

Satu jer komen aku. OKS patut gantikan Wan Zack jersi 16 yg asyik terjatuh & injured sepanjang perlawanan. Semasa di stadium, rata2 penonton tak puas hati, ada yg jerit "Lembiklah kau ni, Zack!", "Tukarlar woi" dan mcm2 lagi. Maybe OKS ada reason yg tersendiri...




2 comments:

KC said...

ermmm hensem gak mamat syahrul ni ek heee :P

biasala yanti...bila menang org puji melambung bila kalah org kutuk bagai nak rak...bole tensi gitu huhu

Yanti Arshad said...

kc, hensem2... hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...