My Insta

Instagram

Monday, October 3

Nun jauh beribu batu

28 Sept 2011...

Hari yg cukup bersejarah buat kami sekeluarga. Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba. Dia pergi meninggalkan kami demi mengejar cita2nya. Apa perasaan aku sebagai seorang ibu? Gembira, bangga, seronok. Tapi yang lebih pedih lagi ialah SEDIH, SEBAK, TERHARU... namun aku redha. Pemergiannya aku iringi dengan doa dan harapan. 

Aku berdoa agar dia dapat menyesuaikan diri dengan baik di sana, moga2 dia mendapat housemate yg mampu memberikan pengaruh yang baik kepadanya dan supaya dia dapat menerima segala perubahan dengan positif.

Harapan aku ialah dia  pulang membawa kejayaan (cliche kan?), aku juga berharap dia pandai  membawa diri di bumi yg begitu asing baginya. 


Kami tiba di KLIA seawal 6:45 pagi. Setibanya di sana, ada beberapa family pelajar sudah menunggu, ada yang mai dari Penang, ada yang datang dari Johor. Mengikut tentatif program, Taklimat 1 bermula seawal jam 7:30 pagi. 


All students akan transit di Bahrain Int Airport. Departure time, 10:55am from KLIA, arrival pukul 1:30pm Bahrain time = 7:30pm waktu Msia (diff 5 hrs). So ada few hours jer lagi kami bersama dia. The reason they transit at Bahrain ialah dorang nak bawa student2 ni bersiar2 di kota Bahrain, dorang akan overnight di sana. The next day baru bertolak ke Cairo Airport.


Thanks to Ummi MM yg banyak membantu student2 nie, from beginning until the end. Jasanya untuk melihat anak2 melayu menjadi DOKTOR ISLAM YANG BERJAYA DUNIA AKHIRAT hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Her sacrifices, her time, her devotions... you can see it from her face. Keikhlasan dia datang dari hati dan bukan superficial. Her friendliness towards the parents is superb! 


Busy dengan proses penyerahan pasport and timbangan. Thanx to MM sebab sediakan scale terlebih dahulu. Bagi mereka yang exceed 30kg, kena punggah mana yg patut. Tapi Ummi dah inform earlier yang maximum baggage ialah 30kg, or else charge extra 1kg = RM100! Namun ada juga yang exceed up until 40kg! Mai oii, bawa apa tu? Bawa batu ke? Haha! Joking!


Next, beratur untuk proses check-in luggage. Siapa yang exceed 30kg, siapkan sajalah RM nya! Mujur luggage dia cuma 24kg jer, hand luggage pulak 7kg (tapi hand luggage tak kira).


Taklimat 2 oleh Ummi MM kepada semua bakal2 doktor dan keluarga. What are the 'dos and donts' sebaik sampai di Bahrain Int Airport and di Cairo. Dorang akan overnite di Hotel Golden Tulip, Bahrain. All meal provided tapi jangan shopping kat sana sebab barang sangat mahal. One gud advise, Ummi! I likeeeee.....



Pemergian mereka diiringi doa oleh kami semua termasuk kaum keluarga. Moga2 perjalanan mereka dilindungi, dipermudahkan dan selamat. Penerbangan kedua ini melibatkan seramai 50 student, mix lelaki dan wanita. Tapi ikut perkiraan macam 2/3 ialah student wanita.


Bakal2 doktor wanita bergambar bersama Ummi mereka. Seronok tengok dorang nie, semua muka2 naif, tapi penuh semangat untuk mengorak langkah dalam hidup, teruja untuk membuka lembaran baru dan melakar sejarah dalam keluarga. All the best to all!


Families bergambar bersama pelajar dan Ummi! Seronok rasanya bila bersama student2 yg bersemangat utk jadi doktor muslimah! Shukran, shukran! 


Last picture of us this year. Sepatutnya FD ada tapi he cant make it, cikgu tak bagi balik (poyo lar Pengetua MRSM AG tu!). Each family tak lepaskan peluang bergambar dgn anak masing2 for the last time.


Aku cuba menahan seboleh yg aku mampu agar tak menitiskan airmata depan dia. Tapi hati ibu, kan... tak ada sape mampu menahannya. Sebak yang teramat sangat, aku tak tercakap apa pun,  tapi dia faham. Dia tahu aku menangis inside, deep down inside me there's a voice whispers to me "Be brave. Dont do it now, save it for later."


M dan dia macam anjing & kucing. Ada saja benda yg nak digaduhkan, kekadang tempat duduk pun boleh jadi isu! But now M dah tak ada kawan gaduh. Dia dah tinggalkan M. Dia kena cari kawan gaduh baru, begitu juga dengan M. Tapi dalam ramai2, M yang paling sedih nak lepaskan dia pergi.


Dia suka sakat Q, saja suka tengok Q terjerit "Ibu, tengok kakak ni!" Lepas ni dia dah tak boleh sakat Q lagi. Tapi dia tinggalkan amanah pada Q... jaga bilik dia. Sekarang Q & M yg take over bilik dia. Now drawer pakaian Q dah ditransferkan ke bilik dia, Q suka sangat... senyum sampai ke telinga. Haha!


These two siblings akan bertemu balik another 2yrs, insyaAllah. Sebab first year dia tak leh balik, tat's the rules. Aku terdengar dia cakap kat MAM, " Jaga ibu, ayah, adik2. Tima kasih sebab selalu tolong kakak. Study, jangan asyik nak jaga macho jer."


"Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia. Masa berada, berkorban nyawa. Tanda kasihnya, berkorban raga. Kasihnya ayah, sanggupkah berpisah. Biarpun jiwa akan terseksa, ikhlas dan rela, asal kau bahagia."


The moment...

...has come!

Pergi dengan harapan, pulang membawa kejayaan. Untuk menjadi hebat, bergaullah dgn org2 hebat, hadapi cabaran dan rintangan yang hebat serta menghasilkan sesuatu yang hebat!



Akhirnya dia pergi... jauh beribu batu. Sekali langkah diatur, tidak akan berpaling lagi. Itulah tekadnya. Biar kanan kiri mengutuk, biar depan belakang mengeji, impian harus digapai walau setinggi langit sekalipun. Aku bersyukur kerana dia berani menyahut cabaran demi masa depannya. Aku bangga punya anak macam dia. Siapa tak bangga, kan?


The next day, sms yg aku terima dari dia ialah...


"Ibu,  A dah smpai rumah kat Tanta, x de krdt nak msg. so far sume ok, senior ada, jgn risau. internt blum ada, dah ada nanti, A inform. ok bu, bye. :-)"


p/s: baru dpt gambar2 dia di Egypt yg diupload oleh senior MM dlm FB. Tungguuuuuu....


to be continued.... 



3 comments:

Runiza said...

saya pulak yang tumpang sedey... :~(

Teratak Hami said...

Teringat zaman muda2 dulu. Sedih sebab tinggalkan family + excited nak belajar di negara orang.

Tak tahan baca bab "Study, jangan asyik nak jaga MACHO jer." ... hehehe.. Memang Afiq tgh tahan macho lah dulu, tak menangis.

Rihen said...

kak yanti,

saya pun tumpang syahdu bila tgk all the pics..

InsyaAllah she will be okay and so will u :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...