My Insta

Instagram

Sunday, October 16

he is here!

Despite the controversy, aku pergi juga ke Hari Keusahawanan SKSU. Kontroversinya ialah HK pada 16hb dan exam 18hb. Jadi ramai parents bersungut kerana tarikhnya kurang sesuai. Namun, acara tetap diteruskan. 


 Aku pun berat hati juga nak bawa anak2, lagipun hari panas terik. Takut demam, itu jer. Kalau agenda ni dibuat after exam, aku yakin, tempat ni lebih happening lagi! Apa2 pun, both thumbs up utk SKSU.


 Inilah yang disibuk-sibukkan sejak 2 minggu lepas. KUPON! Mulanya beli 1 jer, rasa macam tak cukup jer nie. Then terus beli 4. Elok juga, tak payah bawak cash! Sebab kalau guna cash, rasanya sekeping RM50 pun tak cukup! Haha!


Bagus betul lar gambar ni. Kipas Angry Bird tu ngam2 tergantung kat muka aku. Memang time tu tengah angry pun sebab anak2 rambang mata. Dah ler hari panas terik, kejap nak itu, kejap nak ini. Sabor jer lar...


Bila matahari terpacak di atas kepala, bagi air apa pun, rasa sedap giler. Tapi nampaknya air yg paling laku ialah air jambu! So refreshing....ahhhh....


Lepas ni aku kena belajar memekakkan telinga dalam rumah. Ya Allah, tingkatkanlah kesabaran ku... Amin. :-p


 "Kupon tadi mana? Ibu nak beli kipas Angry Bird ni."


Guna kupon beli buku cerita untuk anak2... 


Akhirnya selebriti yang ditunggu, sudah tiba. Bila aku baca dalam brochure mengatakan Safiq nak datang, dalam hati ni cuak juga. "Ye ker dia nak datang? Kan tengah busy dgn training semi final Piala Msia?" Tapi bila MC announce yg Safiq otw, aku dan anak2 menunggu dengan sabar...hampir sejam setengah juga kami menunggu. time tu terngiang-ngiang lagu "Ku Menunggu" nyanyian Rossa. Haha!


Penantian memang satu penyeksaan, tapi sangat berbaloi. Afiq siap betting dengan aku, "Kalau ibu ambil gambar dengan Safiq, Afiq tak nak join". Pegidah! Tetiba dia yang menyelit di celah antara aku dan Safiq! Budak bertuah betul! Lepas tu boleh tersengih2 macam kerang busuk! Siap suruh tag dlm FB bagai, ceh!


Safiq Rahim sibuk melayan peminat... sain sutograf!


M & H seronok dapat bergambar dengan Safiq. Selama ni tengok kat TV jer, now dah depan mata. Berbaloi dorang tunggu Safiq habis makan di kantin. Thank you, Safiq!





2 comments:

Teratak Hami said...

Camne SKSU boleh jemput dia? Sudi pulak dia datang ...

Saya bukan peminat bola, jadi saya hanya kenal si kembar & safee sali jek.

Yanti Arshad said...

sksu kan hebat, sure dia sudi datang punya.

si kembar tu dah tak femes, bukan pemain pasukan msia pun, dorang tu pemain pasukan negeri semnbilan jer. safiq pulak kapten pasukan sgor dan kapten pasukan msia. :-)

p/s:sy peminat bola...msia & international. :-p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...