My Insta

Instagram

Thursday, October 20

under construction



of late, sy dimaklumkan yg blog sy nie susah nak dibuka (so far, sorang jer yg bgtau, yg lain no komen plak). tapi tak apa, sy terima dgn +ve demi blog kesayangan saya nie. so ada a few adjustment yg sy kena buat tapi mybe tak banyak sebab sy sgt suka dgn facelift blog sy tu. 

kpd pemaklum tersebut, tima kasih byk2 bagitau. at least sy tahu anda ialah peminat setia blog sy (nie nak kena bagi award nie :P) dah terlanjur nak buat construction (teruja bila sebut CONSTRUCTION sebab ada benda lain yg sedang dalam pembinaan sekarang ni), sy akan selitkan skali blog anak kesayangan saya. Nantikan ya... ciau! 



Sunday, October 16

he is here!

Despite the controversy, aku pergi juga ke Hari Keusahawanan SKSU. Kontroversinya ialah HK pada 16hb dan exam 18hb. Jadi ramai parents bersungut kerana tarikhnya kurang sesuai. Namun, acara tetap diteruskan. 


 Aku pun berat hati juga nak bawa anak2, lagipun hari panas terik. Takut demam, itu jer. Kalau agenda ni dibuat after exam, aku yakin, tempat ni lebih happening lagi! Apa2 pun, both thumbs up utk SKSU.


 Inilah yang disibuk-sibukkan sejak 2 minggu lepas. KUPON! Mulanya beli 1 jer, rasa macam tak cukup jer nie. Then terus beli 4. Elok juga, tak payah bawak cash! Sebab kalau guna cash, rasanya sekeping RM50 pun tak cukup! Haha!


Bagus betul lar gambar ni. Kipas Angry Bird tu ngam2 tergantung kat muka aku. Memang time tu tengah angry pun sebab anak2 rambang mata. Dah ler hari panas terik, kejap nak itu, kejap nak ini. Sabor jer lar...


Bila matahari terpacak di atas kepala, bagi air apa pun, rasa sedap giler. Tapi nampaknya air yg paling laku ialah air jambu! So refreshing....ahhhh....


Lepas ni aku kena belajar memekakkan telinga dalam rumah. Ya Allah, tingkatkanlah kesabaran ku... Amin. :-p


 "Kupon tadi mana? Ibu nak beli kipas Angry Bird ni."


Guna kupon beli buku cerita untuk anak2... 


Akhirnya selebriti yang ditunggu, sudah tiba. Bila aku baca dalam brochure mengatakan Safiq nak datang, dalam hati ni cuak juga. "Ye ker dia nak datang? Kan tengah busy dgn training semi final Piala Msia?" Tapi bila MC announce yg Safiq otw, aku dan anak2 menunggu dengan sabar...hampir sejam setengah juga kami menunggu. time tu terngiang-ngiang lagu "Ku Menunggu" nyanyian Rossa. Haha!


Penantian memang satu penyeksaan, tapi sangat berbaloi. Afiq siap betting dengan aku, "Kalau ibu ambil gambar dengan Safiq, Afiq tak nak join". Pegidah! Tetiba dia yang menyelit di celah antara aku dan Safiq! Budak bertuah betul! Lepas tu boleh tersengih2 macam kerang busuk! Siap suruh tag dlm FB bagai, ceh!


Safiq Rahim sibuk melayan peminat... sain sutograf!


M & H seronok dapat bergambar dengan Safiq. Selama ni tengok kat TV jer, now dah depan mata. Berbaloi dorang tunggu Safiq habis makan di kantin. Thank you, Safiq!





Monday, October 10

finale

This wud be our finale event here. Next year, we'll be joining raya event at a new community area. Tak sabar rasanya... dengar citer, event kat tempat baru tu pun tak kurang hebatnya macam di Cemara West. 

 The banner...


Seperti biasa, kaum ibu rajin menolong itu ini sebelum majlis bermula. Tapi yg sedihnya, asyik muka2 yg sama jer, kebanyakannya tak nak join. Apa daaaa....


 Kerusi-kerusi VIP... VIP ke? Haha!


Acara kemuncak.... MAKAN! Konsep potluck namun makanan utama seperti lemang, ketupat, rendang ayam, rendang daging, kuah kacang disediakan oleh AJK Rewang Cemara West. Setiap family dikenakan bayaran RM20. Bolehlar.... (cuma kali ni tak ada kambing golek dan barbeku).


 Makan, jangan tak makan!


 Kenyang perut, suka hati!


 Kaum bapa bizi memotong lemang utk tetamu, kaum ibu pula sibuk melayan anak2 bermain musical chair. 


 Kaum ibu pun main musical chair juga taw! Kami semua sporting...


Pemenang ketiga musical chair kaum ibu ialah.... saya!


Saya akan merindui jiran2 saya nie. Kami jarang berjumpa tapi bila ada event macam ni, kami tak lepaskan peluang. Next year, sy akan dapat jiran2 baru. Tapi jiran lama tetap di hati especially jiran2 sy yg baik2 hati tu. 


Wednesday, October 5

langkah di bumi anbiya'

* Firstly, many many thanks to MM for the pictures.

Di saat2 hubungan terputus dgn dia, gambar ini menjadi pengubat rindu. MizzNina cakap, "Dia okey, kau tu jer yang tak okey! Of course she's excited, I'm for her!" Yeah, its true.... aku yg tak okey!

This is something I never do to any of my kids. Aku kemas almari dia, aku keluarkan baju2 yg dia tinggalkan dan aku cium sehelai demi sehelai. Mata pun  mula berkaca-kaca, setitis dua air mata tumpah, kemudian mengalir di pipi tanpa dapat ditahan2 lagi sehingga aku terlena atas katil dia. This has been going on for 3days! Waktu2 kritikal bagi aku ialah bila semua anak2 dah pergi sekolah petang dan aku sorang2 kat rumah. Aku betul2 rasa sunyi tanpa dia...tapi aku redha. Byk yg aku terpaksa korbankan demi dia terutama perasaan....


Kumpulan kedua pelajar medic yg tiba di Cairo Int Airport.


Airport ni mengingatkan aku kepada airport lama kita di Subang zaman dolu-dolu... sesak!

Meeting new frens, explore new world, enjoy!

Bas yg membawa mereka ke Tanta.


"Terbongkok2, cari apa tu? Contact lens cicir ke?" Haha!


Dia and her new medic frens.


Dia dan ..... tak tahu apa namanya but she'll definitely inform me later. :-)


Senior2 MM yang menunggu adik2 mereka di pintu gerbang rumah student Tanta. Ahlan Wasahlan!


"Betul ke aku kat Mesir ni? Macam tak caya jer."


"Eh, macam kenal jer beg merah tu!"


Mujur KLIA kita tak macam ni. Kena tunggu ketibaan penumpang di luar bangunan, pergh! Kalau musim winter, ok lagi. Kalau summer?! Lu pikirlah sendiri.


Kesian student2 ni kena tunggu kat luar, tak ada bumbung pulak tu! Tak apa, ini baru dugaan pertama menjejakkan kaki ke bumi anbiya'. 


As long as she's happy, I'm happy!


The journey to Tanta , begin....


Inilah sim kad mesir. 


Sesi menjamu selera! 


Muka2 keletihan tapi puas!

Sedang aku upload gambar2 ni, aku terima sms dia....


"Ibu, nak msge ke msia, mahal. 1 msg RM2. A dah beli simkad mesir, lg sehari dua, A msg ibu. Sume ok, jgn risau, best! senior ada, dorang tolong sume benda, rumah pun ok, selesa. internt myb lmbt sikit, once dh ada, awin tros skype ibu. duit dollar blum tukar lg, mybe esok kot. nant A msg ibu guna no mesir ya, murah sikit dr celcom ni. kalau guna no mesir antar ke mesia cuma 40 sen jer. Nanti ada intrnt, A upload gambr, ada byk gambar, x sabar nak bg ibu tgk."

to be continued....



Monday, October 3

Nun jauh beribu batu

28 Sept 2011...

Hari yg cukup bersejarah buat kami sekeluarga. Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba. Dia pergi meninggalkan kami demi mengejar cita2nya. Apa perasaan aku sebagai seorang ibu? Gembira, bangga, seronok. Tapi yang lebih pedih lagi ialah SEDIH, SEBAK, TERHARU... namun aku redha. Pemergiannya aku iringi dengan doa dan harapan. 

Aku berdoa agar dia dapat menyesuaikan diri dengan baik di sana, moga2 dia mendapat housemate yg mampu memberikan pengaruh yang baik kepadanya dan supaya dia dapat menerima segala perubahan dengan positif.

Harapan aku ialah dia  pulang membawa kejayaan (cliche kan?), aku juga berharap dia pandai  membawa diri di bumi yg begitu asing baginya. 


Kami tiba di KLIA seawal 6:45 pagi. Setibanya di sana, ada beberapa family pelajar sudah menunggu, ada yang mai dari Penang, ada yang datang dari Johor. Mengikut tentatif program, Taklimat 1 bermula seawal jam 7:30 pagi. 


All students akan transit di Bahrain Int Airport. Departure time, 10:55am from KLIA, arrival pukul 1:30pm Bahrain time = 7:30pm waktu Msia (diff 5 hrs). So ada few hours jer lagi kami bersama dia. The reason they transit at Bahrain ialah dorang nak bawa student2 ni bersiar2 di kota Bahrain, dorang akan overnight di sana. The next day baru bertolak ke Cairo Airport.


Thanks to Ummi MM yg banyak membantu student2 nie, from beginning until the end. Jasanya untuk melihat anak2 melayu menjadi DOKTOR ISLAM YANG BERJAYA DUNIA AKHIRAT hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Her sacrifices, her time, her devotions... you can see it from her face. Keikhlasan dia datang dari hati dan bukan superficial. Her friendliness towards the parents is superb! 


Busy dengan proses penyerahan pasport and timbangan. Thanx to MM sebab sediakan scale terlebih dahulu. Bagi mereka yang exceed 30kg, kena punggah mana yg patut. Tapi Ummi dah inform earlier yang maximum baggage ialah 30kg, or else charge extra 1kg = RM100! Namun ada juga yang exceed up until 40kg! Mai oii, bawa apa tu? Bawa batu ke? Haha! Joking!


Next, beratur untuk proses check-in luggage. Siapa yang exceed 30kg, siapkan sajalah RM nya! Mujur luggage dia cuma 24kg jer, hand luggage pulak 7kg (tapi hand luggage tak kira).


Taklimat 2 oleh Ummi MM kepada semua bakal2 doktor dan keluarga. What are the 'dos and donts' sebaik sampai di Bahrain Int Airport and di Cairo. Dorang akan overnite di Hotel Golden Tulip, Bahrain. All meal provided tapi jangan shopping kat sana sebab barang sangat mahal. One gud advise, Ummi! I likeeeee.....



Pemergian mereka diiringi doa oleh kami semua termasuk kaum keluarga. Moga2 perjalanan mereka dilindungi, dipermudahkan dan selamat. Penerbangan kedua ini melibatkan seramai 50 student, mix lelaki dan wanita. Tapi ikut perkiraan macam 2/3 ialah student wanita.


Bakal2 doktor wanita bergambar bersama Ummi mereka. Seronok tengok dorang nie, semua muka2 naif, tapi penuh semangat untuk mengorak langkah dalam hidup, teruja untuk membuka lembaran baru dan melakar sejarah dalam keluarga. All the best to all!


Families bergambar bersama pelajar dan Ummi! Seronok rasanya bila bersama student2 yg bersemangat utk jadi doktor muslimah! Shukran, shukran! 


Last picture of us this year. Sepatutnya FD ada tapi he cant make it, cikgu tak bagi balik (poyo lar Pengetua MRSM AG tu!). Each family tak lepaskan peluang bergambar dgn anak masing2 for the last time.


Aku cuba menahan seboleh yg aku mampu agar tak menitiskan airmata depan dia. Tapi hati ibu, kan... tak ada sape mampu menahannya. Sebak yang teramat sangat, aku tak tercakap apa pun,  tapi dia faham. Dia tahu aku menangis inside, deep down inside me there's a voice whispers to me "Be brave. Dont do it now, save it for later."


M dan dia macam anjing & kucing. Ada saja benda yg nak digaduhkan, kekadang tempat duduk pun boleh jadi isu! But now M dah tak ada kawan gaduh. Dia dah tinggalkan M. Dia kena cari kawan gaduh baru, begitu juga dengan M. Tapi dalam ramai2, M yang paling sedih nak lepaskan dia pergi.


Dia suka sakat Q, saja suka tengok Q terjerit "Ibu, tengok kakak ni!" Lepas ni dia dah tak boleh sakat Q lagi. Tapi dia tinggalkan amanah pada Q... jaga bilik dia. Sekarang Q & M yg take over bilik dia. Now drawer pakaian Q dah ditransferkan ke bilik dia, Q suka sangat... senyum sampai ke telinga. Haha!


These two siblings akan bertemu balik another 2yrs, insyaAllah. Sebab first year dia tak leh balik, tat's the rules. Aku terdengar dia cakap kat MAM, " Jaga ibu, ayah, adik2. Tima kasih sebab selalu tolong kakak. Study, jangan asyik nak jaga macho jer."


"Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia. Masa berada, berkorban nyawa. Tanda kasihnya, berkorban raga. Kasihnya ayah, sanggupkah berpisah. Biarpun jiwa akan terseksa, ikhlas dan rela, asal kau bahagia."


The moment...

...has come!

Pergi dengan harapan, pulang membawa kejayaan. Untuk menjadi hebat, bergaullah dgn org2 hebat, hadapi cabaran dan rintangan yang hebat serta menghasilkan sesuatu yang hebat!



Akhirnya dia pergi... jauh beribu batu. Sekali langkah diatur, tidak akan berpaling lagi. Itulah tekadnya. Biar kanan kiri mengutuk, biar depan belakang mengeji, impian harus digapai walau setinggi langit sekalipun. Aku bersyukur kerana dia berani menyahut cabaran demi masa depannya. Aku bangga punya anak macam dia. Siapa tak bangga, kan?


The next day, sms yg aku terima dari dia ialah...


"Ibu,  A dah smpai rumah kat Tanta, x de krdt nak msg. so far sume ok, senior ada, jgn risau. internt blum ada, dah ada nanti, A inform. ok bu, bye. :-)"


p/s: baru dpt gambar2 dia di Egypt yg diupload oleh senior MM dlm FB. Tungguuuuuu....


to be continued.... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...