My Insta

Instagram

Friday, September 23

surat buat shima


 Salam, Shima.

Sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa. Hati saya sebak bila memikirkan awak akan pergi Ahad ni. Perkenalan kita bermula setahun lepas tapi saya rasa macam dah bertahun kita kenal. Kita tak selalu berjumpa, cuma FB atau sms penghubung bicara tapi kita akrab. Saya percaya, perhubungan yang akrab tu tak semestinya kena selalu berjumpa. Ikhlas, saling mempercayai dan memahami itu sudah cukup buat saya. Lepas ni saya tak dapat lagi merasa nasi lemak sedap awak tu! Haha! 


Shima,

Walaupun baru beberapa kali saya menjejakkan kaki ke rumah awak, tapi saya rasa sangat selesa, tak kekok. Mungkin sebab layanan awak sekeluarga buat saya rasa macam tu. Air mata saya bergenang semasa saya titipkan bingkasan ini, entah kenapa, lately sensitif sangat saya ni. 


Shima,

Saya tak sangka bila dapat tahu rupa-rupanya anak2 kita dah lama berkawan. Apa taknya, Ammar sebaya Afiq, Arif sebaya Danial, Adam sebaya Qme. Bila saya flashback balik, kita tak pernah langsung bertembung semasa event2 Adam dan Qme di Qdees dulu, neither on sports day nor graduation day. Mungkin masa tu Allah belum nak pertemukan kita.


 Shima,

Dulu masa mula2 Qme masuk Qdees, saya ingatkan Qme student Y6 yang paling kecik, rupanya ada lagi yang paling kecik. ADAM! Saya masih ingat lagi, dulu tiap kali saya fetch Qme, mesti Adam teman dia sampai kat gate to say goodbye. Dorang pasti berpelukan bahu as if tak nak bagi Qme balik. So sweet masa tu! Kan bagus kalau time tu saya dapat capture their moments together.


 Shima,

Saya rasa sedih bila tengok gambar ni. Maknanya lagi 3 tahun baru dapat gather macam nie lagi, insyaAllah (unless saya ke Cardiff next year, chewah!) Dorang ni dah bukan macam kawan, tapi macam brothers. Sure bila balik Msia nanti, budak2 tu speaking London! Hehehe...


Shima,

Saya seronok tengok Rayyan! Alhamdulillah, akhirnya dia dah okey. Pada saya, keadaan dia sekarang dah seribu rahmat kalau nak dibandingkan masa first time saya jumpa dia. Syukur, doa2 awak dimakbulkan. Dia pun dah selesa nak bergerak dan lebih cheerful, saya senang hati! 


Shima,

Ini gambar raya tahun lepas, time tu first time kita jumpa in-person. Waktu tu terdetik di hati saya, "Patutlah Adam kecik, parents dia pun kecik molek". Seronok kan, masa ni.


Shima,

Lepas ni tak ada lagi kelibat Adam lalu di belakang rumah saya. Sedih lar... Sebelum saya lupa, tupperware yang awak bekalkan nasi lemak hari tu, saya nak simpan, buat kenangan! Shima, Kalau awak di sana nanti, jangan lupakan saya di sini ya. Jangan lupa update segala progress awak di sana nanti. Yang tak bestnya, awak tak dapat nak jenguk 'projek' baru saya tu bila dah siap nanti. Tak dapatlah awak nak 'gunting reben'! Haha! 


Shima,

Ini gambar terakhir kita dua keluarga bersama. Tengoklah si Qme tu, menangis. Susah betul saya nak pujuk dia balik malam tu. Semalam dia sebut lagi, "Qme nak gi rumah Adam, nak main game dgn Adam." 


Shima, saya di sini akan sentiasa doakan awak selamat menjalani kehidupan baru di negara orang. Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar setia saya, berkongsi cerita dan memberikan kekuatan kepada saya. Semua tu saya takkan lupa. Apa-apapun, jaga diri dan keluarga. Harungi segala dugaan dengan hati yang terbuka dan jangan lupa di mana asal usul. All the best kepada awak dan Yusri serta anak2. Jangan lupa doakan juga saya di sini.

Wasalam.




3 comments:

Teratak Hami said...

Salam Yanty,
They all nak gie mana?
Saya tak pernah kenal Shima & the family tapi mungkin pernah berlaga bahu. Rupanya family Adam. Admire dengan rambut Adam since dulu lagi. And lagi 1, Adam tu tak padan yang kecil, bawa basikal bukan main pecut lagik :-)

** Egypt / Cardiff ???

Yanti Arshad said...

fizah,

shimah sgt special buat saya, tu yg sedih sgt bila dia nak pergi Europe.

hamidah said...

x apa lah still boleh contact....akak experience just like u before masa my best friend pergi UK untk 4 tahun...masa tu x ada internet kami selalu berhubung surat dan bercerita keadaan tempat masing2 and all the stories to share....just keep on in touch she will come back and will be together again...macam akak juga...skrg my friend dah balik dan we all selalu contact imagine we have been friends for more than 30 years.....so u will value her more during her absence....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...