My Insta

Instagram

Wednesday, September 7

patah tumbuh, hilang berganti

Ingat lagi tak entry last month? HERE. Seperti yg aku kata, "Kalau ada rezeki lebih, kita beli lain." Entah apa yg merasuk aku agaknya semalam. Aku ke kedai dgn Af, nak beli kelapa. Balik dari kedai acheh, aku boleh stop pulak kat kedai beskal. Aku tanya Af "Nak ke?" Af tersengih umpama 'org mengantuk, disorongkan bantal'.

Aku tak ambil masa yg lama utk beli. Aku tanya berapa harga, apa kaler yg ada, then tanya Af yg mana satu dia nak and he chose this!

Tapi Fixie nie lebih murah dari yg hilang ari tu. Harganya RM550, yang hilang hari tu almost RM700. Reason murah sebab bekalan Fixie dah melambak, dulu limited. Nak beli pun kena order. Now, boleh rembat terus mana yg berkenan. Namun ada dua perjanjian yg perlu Af akur. First, tak boleh modify. Second, tak boleh bawa ke sekolah. 


Dulu brand Rock Bike menjadi kegilaan,
now brand baru pulak... Oscar!


Kalau seatnya begini, dah confirm aku tak boleh naik punya! Patah tumbuh hilang berganti tapi yang berganti tetap takkan sama dengan yang kena curi! 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...