My Insta

Instagram

Tuesday, September 13

amazing Syawal

 Pagi Syawal...1 Sept.

Menjadi tradisi kami setiap tahun beraya bersama family sendiri dulu di pagi raya. Selepas solat raya, baru bergerak ke kampung halaman (kampung ke...? hehehe). Tahun ini giliran beraya di rumah PIL aku di Alor Star Kedah. Setelah bermaaf-maafan, kami pun memulakan perjalanan. Excited!



 As previous years, on the hari raya itself, jalan taklah jem, cuma banyak kereta. Tapi dalam pada tu, ramai juga yang  langgar rules! Kalau ya pun nak jadi penghuni 'bilik mayat', tak perlulah ajak orang lain sama. Agak-agaklah!


Kalau tak berenti di R&R, tak sah. Especially kat Bukit Gantang. They sell variety of fruits, foods. Dan kat situ jugalah kita dapat tengok beberapa gerombolan family mempamerkan tema baju raya masing2. Pelbagai warna! Meriah! 



5 hrs later, kami pun selamat sampai. Alhamdulillah.... tok wan & nenek sihat tapi as usual, nenek tak nak ikut kami beraya di rumah sedara. "Takut org mai nanti, tak ada sapa tunggu rumah". Itulah dialognya setiap kali raya.  Cliche! Apa yg menarik sangat tu sampai cucu2 dan menantu berpaling kepala macam nak putus? Biasalah, bila dah lama tak balik, macam2 lah cucu tanya. Jawab, nek. Jangan tak jawab.


2 Syawal... 2 Sept.

Jangan tanya kenapa aku pakai baju yg sama. Bawa sepasang jer baju kurung (mujur sempat basuh malam sebelumnya). Beraya di rumah Kak Asmah, soulmate punya housekeeper (dari zaman soulmate aku kecil) even until now. Tiap kali PIL aku outstation, she's their loyal housekeeper. Outstation maksudnya gi buat haji or stay di KL for a very long period ke atau gi makan angin ke. Kak Asmah is a good cook. She cooked mee kari for us. Memang perghh!



Malamnya kami beraya di rumah MekDa. Correction! PIL MekDa which is also di Alor Star. MekDa ni 'mek kelante'. Even though the menus were simple... cuma kuih raya plus cempedak goreng, ( cempedak goreng bukan sepiring tau, tapi 2 mangkuk nasi besar and we managed to langsaikan!) what matters is the hospitality. Both PIL MekDa pun very friendly walaupun baru 1st time kenal. Kecoh betul malam tu. Biasalah bila aku dan MekDa dah berjumpa. Dah dekat 10:30 baru reti nak balik. 

p/s: MekDa, next year, beraya rumah PIL akak pulak yer?



Siapa sangka... bukan ibu saja berkawan. Rupa2nya, anak2 dah lama kenal. Mukhriz dan Yazid sama klas last year.  


Dan paling tak disangka ialah... husband MekDa, En. Lan (sama pulak nama dgn soulmate aku), ialah bekas pelajar MIL aku semasa di SM Dato' Syed Omar. (my MIL dulunya ialah cikgu disiplin, cikgu matematik & penolong kanan. siapa tak kenal, kan?) Hai... keciknya dunia nie. 



Inilah posing maut aku dan MekDa. Ngeri, kan? :-D



Then sampai kat rumah dalam pukul 11mlm. Lepas mandi sume, layan anak2 pulak main bunga api kat laman  depan. Habislah dinding pagar Tok Wan kena conteng dek bunga api! Nak buat macam ner... raya kan setahun sekali! Nenek dan Tok Wan pejam sebelah mata jerla. Aku pulak "Cepatlah bunga api tu habis, esok kena bangun 5 pagi, naik feri awal  ke Langkawi".

to be continued....



1 comment:

Teratak Hami said...

Yanty,
Tak kisah baju sama pun asal tak bau MASSEM !!! Saya pun buat baju 2 pasang jer ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...