My Insta

Instagram

Sunday, August 14

tinggal kenangan...

Gambar ini hanya tinggal kenangan... Semalam, lepas kami balik terawih, tiba2 Afiq menjerit "Ibu, Fixie Afiq mana?!". Tetiba the whole family panic kejap. Astagfirullah! Fixie Afiq kena curi! Fixie tu dalam porch rumah, dirantai pulak tu. So bayangkan macam mana si pencuri tu curi? Sure dia angkat, kan? Frankly, Fixie ni ringan jer, memang sangat ringan, boleh angkat guna sebelah tangan.

Dua jam sebelum tu, semasa kami berterawih di masjid, pak imam minta kami membuat solat hajat selepas solat isya berjemaah kerana tabung masjid telah curi! Terkejut beruk aku dengar. Joli katak betul si pencuri tu sebab mengikut info, kutipan Ihya Ramadhan setakat 7 Ramadhan saja, ialah RM23,650.00. Semalam dah 14 Ramadhan, so bayangkan betapa 'raya hindunya' si pencuri ni. MasyaAllah.

Back to my story. Time tu dah pukul 11 malam. Aku, soulmate & Afiq round satu kwsn perumahan sampai pukul 1 mencari Fixie. Ya, aku tahu its a long short tapi at least kami pergi cari, manalah tahu jumpa kat mana2 ker. According to pak guard di beberapa fasa, selalunya beskal yg kena curi dapat jumpa balik di kwsn apartmen. 

Imagine time tu dah pukul 12 lebih, aku dan Afiq panjat setiap tingkat blok apartmen. Walaupun setiap blok cuma 5 tingkat tapi kalau dah panjat dalam 5 blok, so kira sendirilah. Semasa mencari ni, hati aku berkata2 juga. "Macam mana kalau pencuri tu masukkan beskal dalam rumah? Macam mana kalau beskal tu dah dispray lain? Sure dah tak cam punya. Tentu beskal tu disorokkan di mana2 dulu sebab beskal tu berkunci, bukan kunci biasa tapi kunci kod. So it takes time utk unlock the code."

Macam2 dlm kepala otak nie. Aku tengok Afiq beriya-iya cari Fixie. Tapi dalam pada tu, aku nasihatkan dia, aku cakap, "Afiq, kalau tak jumpa juga, Afiq anggaplah rezeki Afiq bersama Fixie sampai malam ni saja. InsyaAllah kalau ada rezeki, kita beli lain." Beli lain?! Ayoooo, beskal sekarang ni bukannya murah. Fixie tu harganya dekat RM700. 

Balik dari mencari tu, sekali lagi kami melakukan solat hajat. Minta agar si pencuri diberikan petunjuk dan hidayah olehNYA dan moga2 dilembutkan hatinya untuk memulangkan Fixie kesayangan Afiq tu.



7 comments:

Runiza said...

Aww Yanti.. dugaan di bulan Ramadhan ni. Jahat betullah orang tu... tergamak nak ambil duit masjid... ish ish! Memang tak takut balasan Allah!

I doakan pencuri tu diberi hidayat utk bertaubat.... moga dapat balik duit masjid dan Afiq's Fixie.

Sabar ya Afiq....

Teratak Hami said...

Yanty,
Pencuri sekarang sgt excellent !!! Entah mana agaknya dia bawak lari beskal tu?

Tabung masjid pun boleh hilang... memang tak patut betul

the principal said...

kenapa pihak masjid tak bank in kan duit tu 2,3 hari sekali?

Yanti Arshad said...

to all,

moga2 si pencuri mendapat balasan setimpal.

mybe pihak masjid dah bnk in kan duit yg seminggu pertama tu. yg dicuri ni mungkin kutipan yg second round. wallahualam.

Kherun said...

byk betul cash yg masjid pegang...

few yrs ago, kat rumah aku ni ada 2 org p'puan berjubah nak kidnap budak2.... eeiii... scary movie btol! Duit boleh cari, Anak hilang tak de ganti.....

Yanti Arshad said...

kherun,

itu lagi dahsyat!

KC said...

heee takutnya baca komen si kherun tu....nauzubllah! skrg ni pakaian itu tidak melambangkan peribadi sebenar orang yek...

makin menjadi2 la rompak kat SU ni...polis tak buat keje ke smpi depa jadi berani lagu ni...moskel sungguh lah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...