My Insta

Instagram

Tuesday, August 23

smartcard punya hal!


Disebabkan 2nd smartcard tak return, our Byond PVR disconnected! Next time kena tengok dulu kalau nak buat baik. Dulu masa my soulmate was an Astro staff, kami diberikan dua astro decorder. 1st decorder free, second one kena bayar lar. So my soulmate nie baik hati dgn memberikan 2nd decorder tu kepada salah seorang my family member  (my family member, not HIS family member). dan my soulmate yg bayarkan bilnya selama 8 tahun! 

10 yrs passby, then my soulmate no longer attach dgn Astro. Jadi 2nd dekorder terpaksalar diterminate (itupun atas desakan 'my family member' yg tak sabar2 nak terminate sebab kononnya tak nak berkongsi akaun. Apa taknya selama ni org bayarkan, tiba2 bila kena bayar sendiri, dan-dan nak separate akaun pulak. On top of that, boleh mintak akaun kita yg dah bertahun2 tu ditukarkan kepada nama dia pulak! Patut ker?).

Maybe 'my family member' nie hangin agaknya sebab 2nd dekorder dah kena terminate dan tak dapat nak tukarkan akaun tu jadi nama dia. Jadi dia pun dengan busuk hatinya telah tak memulangkan 2nd smartcard tu. Nak dijadikan cerita, since 2 mnths back, dlm bil aku, ada charges RM80 sebab unreturned smartcard. Then bila bagitau kat 'my family member' nie, dorang boleh cakap "Selesai sendirilah." Aduh! Dah bertahun2 pakai astro free, now dia boleh kata selesai sendiri. Dulu beriya-iya suruh terminate. Bila terminate, marah pulak. Apa daaa...

So moral of the story, kekadang susah jugak buat baik dgn family member ni. Since that incident, we learn from our mistake. But I dont regard that as mistake, but more to 'sendiri mau ingat'. And the relationship wont be the same. For me, what had happened will be my bad experience and I will remember that until my last breath. What I can say is let time decide when I will forgive but not forget. To the 'family member', this is all I can say.... "Sampai bila2 aku anggap kau berhutang RM80 dengan aku (after all, takkan RM80 pun tak boleh bayar kot?) Dan selagi hutang tu tak dibayar, aku tak halalkan." This may sound cruel but I had enough.





Thursday, August 18

Sunday, August 14

tinggal kenangan...

Gambar ini hanya tinggal kenangan... Semalam, lepas kami balik terawih, tiba2 Afiq menjerit "Ibu, Fixie Afiq mana?!". Tetiba the whole family panic kejap. Astagfirullah! Fixie Afiq kena curi! Fixie tu dalam porch rumah, dirantai pulak tu. So bayangkan macam mana si pencuri tu curi? Sure dia angkat, kan? Frankly, Fixie ni ringan jer, memang sangat ringan, boleh angkat guna sebelah tangan.

Dua jam sebelum tu, semasa kami berterawih di masjid, pak imam minta kami membuat solat hajat selepas solat isya berjemaah kerana tabung masjid telah curi! Terkejut beruk aku dengar. Joli katak betul si pencuri tu sebab mengikut info, kutipan Ihya Ramadhan setakat 7 Ramadhan saja, ialah RM23,650.00. Semalam dah 14 Ramadhan, so bayangkan betapa 'raya hindunya' si pencuri ni. MasyaAllah.

Back to my story. Time tu dah pukul 11 malam. Aku, soulmate & Afiq round satu kwsn perumahan sampai pukul 1 mencari Fixie. Ya, aku tahu its a long short tapi at least kami pergi cari, manalah tahu jumpa kat mana2 ker. According to pak guard di beberapa fasa, selalunya beskal yg kena curi dapat jumpa balik di kwsn apartmen. 

Imagine time tu dah pukul 12 lebih, aku dan Afiq panjat setiap tingkat blok apartmen. Walaupun setiap blok cuma 5 tingkat tapi kalau dah panjat dalam 5 blok, so kira sendirilah. Semasa mencari ni, hati aku berkata2 juga. "Macam mana kalau pencuri tu masukkan beskal dalam rumah? Macam mana kalau beskal tu dah dispray lain? Sure dah tak cam punya. Tentu beskal tu disorokkan di mana2 dulu sebab beskal tu berkunci, bukan kunci biasa tapi kunci kod. So it takes time utk unlock the code."

Macam2 dlm kepala otak nie. Aku tengok Afiq beriya-iya cari Fixie. Tapi dalam pada tu, aku nasihatkan dia, aku cakap, "Afiq, kalau tak jumpa juga, Afiq anggaplah rezeki Afiq bersama Fixie sampai malam ni saja. InsyaAllah kalau ada rezeki, kita beli lain." Beli lain?! Ayoooo, beskal sekarang ni bukannya murah. Fixie tu harganya dekat RM700. 

Balik dari mencari tu, sekali lagi kami melakukan solat hajat. Minta agar si pencuri diberikan petunjuk dan hidayah olehNYA dan moga2 dilembutkan hatinya untuk memulangkan Fixie kesayangan Afiq tu.



Wednesday, August 10

Masjid Besi

Gambar ehsan Ummi.

 7 Ramadhan, ada program JOM (Journey Of Medichood) untuk MM medic student. Awin is one of the participant. Lokasinya di Masjid Besi, Putrajaya.


Kami antara yang terawal sampai, pukul 7:45 pagi. Pendaftaran mula 8pg tapi tak ada siapa pun di Lobi Utama. Mulalah cuak "Betul ke ini lobi utama? Atau salah tempat? Betul ke hari ni?" Aduh... Tepat 8:10 barulah terpacul muka2 AJK yg merupakan pelajar2 senior yg balik bercuti. Mereka ialah medic student dari Mesir. Ada yg dari Uni Mansoura, Alex, Cairo, Tanta (not so sure, ada kot).


Program ni bagus untuk bakal2 junior. Mereka dapat saling mengenali sebelum berangat ke Mesir September nanti ditambah dgn ice-breaking slot serta serba-sedikit info tentang bumi anbiya' supaya tak berlaku culture shock bila berada di sana nanti. 

Lepas settle pendaftaran dan antar Awin masuk dewan, aku pun bergerak balik. (tak balik terus, ada agenda lain lepas tu... hehehe) "Okay, Awin. Will be seeing you another few days, gud luck!"


 Last day of JOM. Kami manage bersolat di dalam Masjid Besi, alhamdulillah, tercapai juga hajat melaksanakan solat asar dan maghri di sana. Cuma tak sempat isya' dan berterawih sebab ada urusan lain selepas tu. Aku nak sangat berposing bawah kubah ni sebab xcited tengok Amy Search melaungkan azan di sini dalam Astro Oasis.


This is Mukhriz's second visit. First one dgn rombongan sekolah agama last month. Dialah yg bagitau aku itu ini, umpama dialah tour guide of the day. hehehe...



 Facing Istana Kehakiman from Masjid Besi.

Facing Masjid Besi from Istana Kehakiman.


Masjid Besi ibarat tergantung di atas tali buaian. 


xtvt Masjid Besi sepanjang Ramadhan.


Thursday, August 4

syukur, tahniah, terima kasih...

Firstly, syukur kepadaNYA kerana masih dipinjamkan nyawa untuk menikmati Ramadhan kali ini. Alhamdulillah. Secondly, tahniah kepada pihak pengurusan Masjid Saujana Utama kerana berjaya menarik lebih ramai jemaah pada tahun ini. Ketiga, terima kasih kerana memberikan buah tangan kepada semua jemaah yg hadir untuk berterawih. 

Aku sangat suka dengan konsep Universiti Ramadhan tahun ini. Siap diberikan buku nota utk mencatat tazkirah, beserta kurma dan kismis sebagai pemanis mulut serta jadual aktiviti sepanjang Ramadhan, tidak ketinggalan tote bag utk kegunaan jemaah. Tahniah sekali lagi... keep it up!



padaMu ku bersujud...

KAU tempatku meminta,
KAU beri ku bahagia
Dalam sunyimu ku bersujud....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...