My Insta

Instagram

Tuesday, June 21

alhamdulillah...aku bersyukur.



Ya, Allah... sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Aku amat bersyukur di atas rezeki yang Kau berikan kepada kami sekeluarga. Aku bersyukur kerana Engkau mempermudahkan laluan buat kami. Aku bersyukur kerana Engkau telah membukakan hatiku, Ya Allah. Aku bersyukur kerana Engkau telah memperkenankan hajatku selama ini. 

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Melihat lagi Maha Mendengar rintihanku. Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, Kau berikan aku dugaan yang sememangnya tidak sehebat dengan kurniaan serta limpahan rezeki ini. Ya Allah, terasa diri ini sangat hina dan kerdil dengan rezeki yang Kau berikan ini. Terasa seperti tidak cukup hanya dengan meluahkan kesyukuran. Seperti tiada ruang untuk aku memalingkan muka ini kerana terlalu malu dengan pemberian-Mu ini, Ya Allah.

Ya Allah, aku bermohon Engkau tetapkanlah hati ku nie, janganlah Kau membolak-balikannya, Ya Allah. Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui akan apa yang tersirat di hatiku. Ya Allah, aku sedar apa yang aku berikan kepadanMu selama ini tidak setimpal dengan apa yang Kau kurniakan kepada ku ini, namun sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Rasanya tidak layak untuk aku menerimanya namun jauh di sudut hati kecil ini...

...alhamdulillah, aku bersyukur.





1 comment:

Teratak Hami said...

Wo... oooo ... dapat apa tu??
Share ler dgn kami :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...