My Insta

Instagram

Tuesday, June 28

1st attempt via...

(continue from title) .... Nikon D5100. 
Layannnnn.....

Visit Daniel kat MRSM, kebetulan outing day.
Gi makan2, shopping, lepak2. 


 Aiseyman! Nampaknya Afiq dah lebih tinggi dari ibu.
Tak boleh jadi nie.


Daniel and his classmates. 
Boys, ingat... next year PMR!

 Gotcha!


Dinner at R&R Seremban. Makan lontong... sedap!


Qme and his skateboard skill!
Cayalah!


Mukhriz with his BMX... ini cara-cara nak menamatkan jangka hayat tayar dgn cepat!


Monday, June 27

new baby in da house!

25 Jun... ronda-ronda di Jaya Jusco baru Melaka. Asalnya nak belikan mp3 nie for daniel & afiq. Itu saja, tak ada plan pun nak usha gadget lain. But suddenly...


blue for daniel, pink for afiq.
dont ask me why he chose pink!
like my doter always said, "Selera orang, bu...."


Kebetulan kedai nie selang 2 kedai dari kedai mp3 tadi. aku tak tengok langsung pun banner SALE tu. (gambo ni captured post-event). Aku tengok soulmate aku terbongkok2 tengok DSLR yg display dalam kabinet kaca. Aku pun tumpang sekaki. Then, babak seterusnya pun dirakam...


Ekceli, dah lama dah Nikon ni dalam wishlist aku tapi it was not top-listed, selalu jer listed paling bawah, pernah kena kensel pun ada sebabnya Lumix DMC-FZ50 masih lagi menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Time ni tengok jer lar... pegang dagu sambil pikir "nak beli ke tak? now tgh promosi pulak tu, tak  beli rugi sebab price memang berbaloi". Sambil dengar salesman ni citer, sambil pikir "beli ke tak?". Then suddenly.....!



It took me less than 15 minutes to say.... "Yes, I know you want me!" (macam lagu Enrique Iglesias pulak!). Selain USB, beg, memory card and whatnot, FOC yg aku dapat ialah dualfunction brush worth of RM60, screen protector, additional 2 years of warranty, tripod worth RM160 and UV digital lense protector worth of RM110.


Now baru berani mau pegang.
It's mine. Finally! 
Tak payah pinjam soulmate punya Lumix lagi dah.


The Nikon D5100 is a shorter and curvier looking DSLR than its predecessor. What i like most about this D5100 is the screen is fully articulated - indeed the D5100 remains the only Nikon DSLR in the current range to feature an articulated screen.  This is a big advantage for high and low view. InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti, nak beli lense untuk close-up plak. 


Ini habit aku dari zaman sekolah lagi. Segala barang yang aku beli, kotaknya pasti aku tulis purchase info. Like this one.... 25 June @Jaya Jusco, Malacca.

Dengan bangganya, aku mengumumkan... selepas ini segala detik-detik2 penting dalam hidup akan dicapture from my Nikon D5100, no more Lumiz FZ50.

Total damage for nikon only: RM2500 +++. 


Tuesday, June 21

alhamdulillah...aku bersyukur.



Ya, Allah... sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Aku amat bersyukur di atas rezeki yang Kau berikan kepada kami sekeluarga. Aku bersyukur kerana Engkau mempermudahkan laluan buat kami. Aku bersyukur kerana Engkau telah membukakan hatiku, Ya Allah. Aku bersyukur kerana Engkau telah memperkenankan hajatku selama ini. 

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Melihat lagi Maha Mendengar rintihanku. Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, Kau berikan aku dugaan yang sememangnya tidak sehebat dengan kurniaan serta limpahan rezeki ini. Ya Allah, terasa diri ini sangat hina dan kerdil dengan rezeki yang Kau berikan ini. Terasa seperti tidak cukup hanya dengan meluahkan kesyukuran. Seperti tiada ruang untuk aku memalingkan muka ini kerana terlalu malu dengan pemberian-Mu ini, Ya Allah.

Ya Allah, aku bermohon Engkau tetapkanlah hati ku nie, janganlah Kau membolak-balikannya, Ya Allah. Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui akan apa yang tersirat di hatiku. Ya Allah, aku sedar apa yang aku berikan kepadanMu selama ini tidak setimpal dengan apa yang Kau kurniakan kepada ku ini, namun sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Rasanya tidak layak untuk aku menerimanya namun jauh di sudut hati kecil ini...

...alhamdulillah, aku bersyukur.





Sunday, June 19

i'm a life blogger!

I took a quiz and here's the result.
 I got this idea from a friend of mine, Mizz N.





"Your blog is the story of your life – a living diary. If it happens, you blog it. And you make it as entertaining as possible. You may be guilty of over-sharing a bit on your blog, but you can’t help it. Your life is truly an open book. Or in this case, an open blog!"













Monday, June 13

Aaron Aziz dan aku...

Macam2 reaksi aku dapat bila aku post gambar2 nie dalam FB. Kebetulan sekarang ni tengah demam Nora Elena lakonan Aaron Aziz. Ramai wanita2 di luar sana termasuk aku, meroyan sekejap dgn si Aaron ni. Hahahaa! Ada yg mesej aku, "Yanti, laki ko tak jeles ke?" Kalau dia jeles pun, itu namanya jeles tak bertempat. This is only 'a die-hard-fan' thing lar... bukannya apa pun. Lain lar kalau aku tampal poster aaron kat kepala katil ke, lekat gambar dia kat pintu wardrobe ke, gambar aaron dalam purse aku ke, barulah masuk akal nak jeles. Ini setakat jadikan wallpaper kat lappy, small matter maaaaa....belum lagi aku jadikan wallpaper kat hp. LOL!


 Tentu korang nak tahu camner aku jumpa aaron nie kan? Alah, jumpa kat The Curve, bukan terjumpa tapi memang gatal nak pergi jumpa. Mulanya aku check FB on tat day, suddenly Aaron tweet kata dia akan ada kat The Curve petang tu. Apa lagi? Rezeki jangan ditolak, beb! All appointments petang tu sampai malam, aku kensel. Aku ajak anak2 dan my soulmate sekali gi The Curve.


Kebetulan on tat day, KL Gangster was released. So dorang datang sebab nak promosikan tat filem. Ingatkan nak beli tiket terus, rupa2nya, tiket habis for tat day, so kenalah book for the next day punya show. Aaron punya pasal, mestilah dapatkan gud seating, harus eye level seating gitu.


 Dua beradik ni malu2 kucing! Nak bergambar tapi segan, so terpaksa lar aku snap macam nie, nasib baik aku nie kreatif!


 Ini shot yg paling aku 'hangin'! Time ni jer Adi tengok kamera, time aku, dia pandang tempat lain. Ceh!


 Kebetulan, masa beratur beli tiket KL Gangster, turut beratur belakang kami ialah Natasha Hudson & her gang... gang2 pan-asian lar... tapi dorang nak beli tiket X-Men... hmmmm.... tak sokong filem sendiri ke?


 Julia Ziegler pun ada... anak aku cakap "Hah? Julia Si Giler?".


Aku tak tahu bila lagi agaknya aku akan jumpa face2face dgn Aaron & Adi nie... Adi ni pun dah lama aku minat...minat lakonan, okey??? Kami tengok dorang dalam KLG, mantop lar filem tu! I like the script so much. Nasihat aku kepada peminat2 pilem omputih tu, sesekali tu, jenguk lar pilem-pilem melayu kita nie... but frankly speaking, aku tak tengok filem cinta melayu ok? aku cuma tengok filem2 aksi melayu ONLY, filem hantu melayu pun aku tak tengok... kalau tengok pun, sekadar gitu2 jer, itu pun tak tengok kat panggung, tengok kat tb! 

Kepada yg belum tengok KLG, better gi tengok. Korang takkan menyesal punya, percayalah. Best giler. Selain Aaron, both thumbs up untuk Adi Putra juga. Lakonan dia sebagai Jai, sangat natural sebagai samseng. I like his dialogue, slamba giler...

Last but not least, kepada kawan2 aku yg meroyan dengan aaron aziz, bawa bertenang yer. aku tahu kalian mencemburui aku dengan aaron, tapi nak buat macam mana, kan? aaron terpaksa menduakan kalian bila bersama aku. LOL! 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...