My Insta

Instagram

Thursday, May 12

tough time...

I'm going through a very tough time rite now... alhamdulillah, aku harungi dengan tenang dan redha walaupun dihentam oleh kalian yang berfikiran sempit dan tidak terbuka mindanya. Mujur anak2 dan soulmate beri kekuatan, kalau tak, aku nyaris terduduk! Satu pesananku kepada kalian yang memperlekeh, memandang hina dan berkata2 sinis kepadaku di waktu aku memerlukan sokongan dan semangat.

Ingat, dunia ini ibarat roda. Jangan terlalu selesa dan berpuas hati dgn apa yang kita ada sekarang. Jangan terlalu mendabik dada apabila berdiri, jangan terlalu mengepakkan tangan semasa berjalan. Bumi Allah ini luas , rezeki  ada di mana2. Percayalah, apa yang aku lalui ini, akan kalian lalui satu hari nanti. Dan pada waktu itu, baru kalian tahu bahawa langit ini tinggi atau rendah. Namun aku bersyukur kerana penghinaan kalian telah membuat aku bangkit dan lebih tabah lagi. Pastinya aku takkan rebah kerana kalian. 

Dan tontonlah video ini sebagai tanda terima kasih aku di atas kata2 sinis kalian. Akan aku simpan kata2 itu hingga aku mati, akan aku semat penghinaan itu di lubuk hati...





Sunday, May 8

Happy Mom's Day

At 3 yrs old:
 "Ma, I love you"


At 10 yrs old: 
"Mom whatever!"


At 16 yrs old:
 "OMG! My Mom is so annoying!"


At 18 yrs old:
 "I wanna leave this house."


At 25 yrs old:
 "Mom, you were right"


At 30 yrs old:
 "I want to go back to my Mom's house."


At 50 yrs old:
 "I dont wanna lose my Mom."


At 70 yrs old:
 "I would give up anything for my Mom to be here."


To all mothers out there,
Happy Mother's Day!




Tuesday, May 3

all set for Mesir!

Alhamdulillah... all set! Semua dokumen berkaitan dah submit. Kalau ada rezeki, insyaAllah Awin akan melanjutkan pengajiannya ke Mesir dalam bidang medic for 6yrs... paling cepat bulan September, paling lambat Februari next year berangkatnya. Tapi dalam pada itu, kami masih menunggu beberapa tawaran lain antaranya science foundation @matriculation college for 1yr, from UIA for 5yrs and from Medic Mesir 3+3  Programme. Maknanya 3yrs medic di Msia then sambung another 3yrs di Mesir. 


Ini hanya sebahagian daripada berpuluh2 helai dokumen yang perlu disubmit selain 20 keping gambar pasport, 10 helai sijil cabutan kelahiran, 10 salinan mykad pemohon, parents, bla bla bla....


 Antaranya borang permohonan pendaftaran pelajar perubatan...


Moga-moga segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Sebagai parents, kali ini, keputusan bukan di tangan kami.  Kami sekadar memberikan pandangan, nasihat dan guideline, bentangkan apa kebaikan serta keburukan setiap pilihan. Kami yakin Awin boleh membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa depannya sendiri. Walau apapun keputusannya, kami terima dan sokong dengan sepenuh hati...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...