My Insta

Instagram

Tuesday, April 5

Fikirkan, wahai anak....

Ari ni aku nak luahkan something yang kita sebagai anak, selalu alpa. Kekadang kita tak sedar yang kita ni selfish. Selfish pada keluarga, kawan-kawan, pada strangers. Kita lupa diri. Kita lupa siapa kita, dari mana asal kita, siapa kita sebenarnya.

Aku menulis ni dari sudut sebagai seorang anak, ibu dan isteri. Kerap kali kita hairan dan tak boleh terima apabila musibah menimpa kita. Kita sering menyalahkan takdir, lebih teruk lagi, menyalahkan orang lain. Sedangkan musibah tu atas balasan kesilapan dan dosa kita sendiri. Kiranya kita berdosa dengan Allah dan selagi tak melakukan dosa besar, kita mohon keampunan daripada Allah dan dosa kita diampunkan olehNya kerana Dia Maha Pengampun. Tapi macam mana kalau kita berdosa pada sesama manusia? Selalunya kita susah nak minta maaf walaupun kita sedar itu kesalahan kita. 

Sedar atau pun tak, musibah yang menimpa kita sedikit sebanyak ada kaitan dengan hubungan kita sesama manusia. Contohnya, kita sebagai anak, jika sering menyakiti hati ibu bapa, sering membuat hati ibu bapa terguris (sama ada kita sedar atau tak), you are in deep trouble, friend. Sometimes ada juga anak2 yang sedar dia mengguris perasaan ibu bapa, tapi buat 'dono' jer. Yang ini lagi parah! 

Contoh paling simple aku nak bagi.... jika hati ibu bapa especially hati ibu sering terguris sebab perbuatan kita, jangan harap kita boleh berjaya di dunia, akhirat apatah lagi! Ingat, kejayaan kita ialah berkat doa ibu bapa dan keredhaan ibu bapa. Jika ibu bapa sentiasa berkecil hati, jangan harap hidup boleh senang. Jika kita gagal mencapai apa yang kita inginkan, cuba semak balik hubungan kita sesama manusia terutama dengan ibu bapa. Mungkin kita tak sedar dan anggap "Sampai situ jer rezeki kita", tapi cuba renung-renungkan. Di mana  silapnya, di mana kurangnya. Paling penting, tanpa doa, restu ibu bapa, kita takkan ke mana. Percayalah, dah banyak contoh kita lihat. 

Kalau kita sering bersikap menongkat langit, melawan arus, hidup kita umpama air longkang. Terus mengalir entah sampai ke mana walaupun semasa hujan lebat, namun tetap juga kotor. Begitulah hidup kita, terus hidup tanpa keberkatan. Bila tak ada keberkatan, hidup jadi caca-merba. Segala yang dibuat tak menjadi. Segala yang diusaha, tak berhasil. Segala yang dicita, tak tercapai. Kerana apa? Kerana 'perangai cantik' kita terhadap ibu bapa.

Kepada yang masih ada ibu bapa, masih belum terlambat utk meminta ampun dan memohon restu sebelum mereka memejamkan mata. Kepada yang hidup tanpa mereka, jika kita bersikap baik terhadap ibu bapa semasa mereka hidup, insyaAllah, selamat dunia akhirat. Bagi yang sering membuat ibu bapa makan hati, tunggu sajalah balasan daripada-NYA. 

Sekali lagi, aku mencoret dari sudut pandangan seorang anak yang masih mempunyai kedua ibu bapa, sebagai seorang ibu kepada lima anak yang mempunyai 1001 macam ragam dan sebagai seorang isteri yang suaminya menjadi kesayangan ibu bapa. 


Fikir-fikirkanlah....jika kita membenci ibu bapa kita, siapa yang lebih membenci kita? Allah swt...



4 comments:

Runiza said...

Good one Yanti!
My mom is staying with me... *bliss*
Orang kata dapat pahala jaga mak... tapi saya takut... Takut if I did or say something that would hurt her feeling... and nanti terus jadi anak derhaka pulak.. Nauzubillah...

Tolong doakan tuk saya ya? :) *muah!*

Yanti Arshad said...

niza,

i know u r a gud doter, untuk jauh dari gelaran anak derhaka, selalulah minta ampun daripada mak sebab kita tak tahu bila mereka terguris hati.

Teratak Hami said...

Setuju... !!!

hamidah said...

Hargai lah mereka selagi mereka masih hidup jika sudah tiada baru terasa kehilangan mereka dah tak berguna kerana mereka pergi untuk selama2nya...jadi sementara mereka masih hidup jaga hati mereka buat mereka gembira selalu dan yg penting hormat dan sayangi mereka..I miss my mom.....:-(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...