My Insta

Instagram

Friday, April 22

life means strife


Before dawn...
...a friend texted me. "Beb, aku tengah sempit ni. Aku nak tolak nokia e71 aku kat kau." Nama pun sebelum subuh, mata pun antara nak bukak dengan tak nak bukak. so aku ignore jer message tu, then sambung tido. Lagipun aku terfikir, Sony aku nie belum setahun lagi.


Evening...
...just came back from the bank (my fav routine of the month...update passbook). Aku geledah handbag, cari balik Sony yang aku campakkan tadi dan switch it on sambil terdampar bersantai kat couch. Suddenly aku teringat balik 'message before dawn'. Aku baca balik message tu then reply.

me: brpa nak tolak kat aku?
A:  RM***. Aku br pkai 7 hr, tp tdsak pnya psal, aku tpksa lar, beb.
me: Bjt aku RM*** jer, kalau ok, kita jmpa mlm ni.
A: Up la skit, beb. Aku nak pkai duit sangat ni. pls....
me: RM***, final. Aku nk tgk fon tu dulu. MMS lar gmbr fon tu.
A: K, c u 2nite.

Nite...
..as promised, we met. Ini first time A mintak tolong kat aku. Tak sampai hati pulak bila dengar citer si A.  Frankly, Nokia is not in my list of favourite handphone brand actually, aku beli sebab pikir nak tolong kawan. Ini time A, mana tau, esok lusa time aku pulak terdesak. Hidup kita kan macam roda. Selepas kami berakad jual beli, A cakap kat aku, "Tima kasih byk, aku takkan lupa pertolongan kau nie sampai mati."

Terharu jugak bila dengar A cakap macam tu. Tapi pada aku, itu small matter. Apa yg aku mampu tolong, aku tolong. Kalau tak dengan wang ringgit sekali pun, dengan kudrat yang ada. Aku sentiasa ingat pesan mak, "Jangan hampakan harapan org yg dlm kesusahan. Kalau orang mintak $10, walaupun kita sendiri tengah 'kering', hulurkanlah at least $1, jangan tak bagi langsung, yang penting jangan menghampakan."

So, moral of today's story is... a friend in need is a friend indeed and life is full of ups and down.



Tuesday, April 19

kad nikah

Last week aku dan soulmate ke pejabat agama bahagian nikah, cerai dan rujuk Wilayah Persekutuan. Tujuannya nak ambil salinan surat nikah sebab yang original dah hilang. Yang original dah lama hilang tapi aku tak ambil pot sangat until recently, we need it for Awin's documentation to further study kat Mesir.

Sambil menyelam minum air. Time tengah tunggu cabutan salinan surat nikah tu (i dont understand why they call it 'cabutan' ), kami ternampak kaunter untuk mohon kad nikah baru. Caranya sama macam kita buat MyKad baru. Ambil nombor dan bila nombor dipanggil, just show your old kad nikah, they enter the serial number then sumenya appear kat skrin. Then, bersedialah berposing untuk ambil gambar. 

Sikit info kat sini... sistem kad nikah nie baru jer diupdate since 2003. Bagi mereka yang kahwin earlier than that, kindly change your old card to new one. Then bila dah siap (tak sampai setengah jam pun), pay RM28 and they will issue two cards for you. And one more thing, those yang bernikah di Wilayah Persekutuan saja boleh buat kad nikah baru nie di KL. Kalau nikah tempat lain, maybe kena gi pejabat agama yang berkaitan kot. 

Ini gambar zaman rock kapak or 'diskang' stail, something like that lar....


Now minah 'diskang' dah dapat hidayah, alhamdulillah.... hehehehe. 



All details about you and your spouse is at the back of the card. See the difference size of these two cards. Kad yang baru sama saiz macam MyKad whereas yang lama tu, leceh sikit nak selitkan dalam purse. And i like the colour toooo.... :-D

Sunday, April 17

aerobic buddies

My instructor preferred us to be called aerobic supermom moms. I must agree with her. We are all mothers. Like myself, a mother of 5, some are a mother of 4, 3 and so on. With busy schedule, we make time for ourself, do what we should do to keep up with the hectic life of a mother. 


Front L-R: Sue, Nadia, Nor.
Back L-R: Hani, Dila, Tanty, Ros, Liza, Lisha (specky),  Zati, unknown & myself.

 I do not have access to any sort of exercise equipment, but for health reasons I need to do 60 minutes of cardio, 3 times a week or at least twice a week. I joined group exercise classes, its fun to workout in a group and you also have an instructor pushing you harder.


I believe, if we want to make exercise as part of our life, we must make it interesting. We even create theme day for our classes just to boost up our spirit eg. gorgeous pink day, blue day and coming soon 'sexy red' according to Kak Leen, our instructor. Hopefully we can do bodypump or step for a change, maybe.

Tuesday, April 5

Fikirkan, wahai anak....

Ari ni aku nak luahkan something yang kita sebagai anak, selalu alpa. Kekadang kita tak sedar yang kita ni selfish. Selfish pada keluarga, kawan-kawan, pada strangers. Kita lupa diri. Kita lupa siapa kita, dari mana asal kita, siapa kita sebenarnya.

Aku menulis ni dari sudut sebagai seorang anak, ibu dan isteri. Kerap kali kita hairan dan tak boleh terima apabila musibah menimpa kita. Kita sering menyalahkan takdir, lebih teruk lagi, menyalahkan orang lain. Sedangkan musibah tu atas balasan kesilapan dan dosa kita sendiri. Kiranya kita berdosa dengan Allah dan selagi tak melakukan dosa besar, kita mohon keampunan daripada Allah dan dosa kita diampunkan olehNya kerana Dia Maha Pengampun. Tapi macam mana kalau kita berdosa pada sesama manusia? Selalunya kita susah nak minta maaf walaupun kita sedar itu kesalahan kita. 

Sedar atau pun tak, musibah yang menimpa kita sedikit sebanyak ada kaitan dengan hubungan kita sesama manusia. Contohnya, kita sebagai anak, jika sering menyakiti hati ibu bapa, sering membuat hati ibu bapa terguris (sama ada kita sedar atau tak), you are in deep trouble, friend. Sometimes ada juga anak2 yang sedar dia mengguris perasaan ibu bapa, tapi buat 'dono' jer. Yang ini lagi parah! 

Contoh paling simple aku nak bagi.... jika hati ibu bapa especially hati ibu sering terguris sebab perbuatan kita, jangan harap kita boleh berjaya di dunia, akhirat apatah lagi! Ingat, kejayaan kita ialah berkat doa ibu bapa dan keredhaan ibu bapa. Jika ibu bapa sentiasa berkecil hati, jangan harap hidup boleh senang. Jika kita gagal mencapai apa yang kita inginkan, cuba semak balik hubungan kita sesama manusia terutama dengan ibu bapa. Mungkin kita tak sedar dan anggap "Sampai situ jer rezeki kita", tapi cuba renung-renungkan. Di mana  silapnya, di mana kurangnya. Paling penting, tanpa doa, restu ibu bapa, kita takkan ke mana. Percayalah, dah banyak contoh kita lihat. 

Kalau kita sering bersikap menongkat langit, melawan arus, hidup kita umpama air longkang. Terus mengalir entah sampai ke mana walaupun semasa hujan lebat, namun tetap juga kotor. Begitulah hidup kita, terus hidup tanpa keberkatan. Bila tak ada keberkatan, hidup jadi caca-merba. Segala yang dibuat tak menjadi. Segala yang diusaha, tak berhasil. Segala yang dicita, tak tercapai. Kerana apa? Kerana 'perangai cantik' kita terhadap ibu bapa.

Kepada yang masih ada ibu bapa, masih belum terlambat utk meminta ampun dan memohon restu sebelum mereka memejamkan mata. Kepada yang hidup tanpa mereka, jika kita bersikap baik terhadap ibu bapa semasa mereka hidup, insyaAllah, selamat dunia akhirat. Bagi yang sering membuat ibu bapa makan hati, tunggu sajalah balasan daripada-NYA. 

Sekali lagi, aku mencoret dari sudut pandangan seorang anak yang masih mempunyai kedua ibu bapa, sebagai seorang ibu kepada lima anak yang mempunyai 1001 macam ragam dan sebagai seorang isteri yang suaminya menjadi kesayangan ibu bapa. 


Fikir-fikirkanlah....jika kita membenci ibu bapa kita, siapa yang lebih membenci kita? Allah swt...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...