My Insta

Instagram

Tuesday, February 22

Bersama Tengku Mahkota Pahang

Antara gambar2 semasa kunjungan ke Pekan Pahang. Frankly, I hate seeing myself in this pic. To En. M, we need a new DSLR, please.

Masa trip ke Pekan hari tu, kami stay di Polo Inn, jadi dapatlah masuk bilik Tengku Mahkota Pahang. Bilik nie umpama pejabat singgah TMP bila ada polo tournament. Kat sini ada banyak koleksi pakaian, kasut dan all things yang ada kaitan dengan polo.


Kita semua tahu TMP minat polo (semua anak raja memang camtu, ikut stail penjajah). Ini sebahagian koleksi gambar TMP dan but polo baginda.



Baginda selalu lepak di sini. Ini kafe baginda dan kaum kerabat bersantai lepas penat main polo (according to pekerja di situ). So kami pun tumpang sekaki.

Koleksi tshirt polo baginda.


Koleksi kayu2 polo baginda yang tergantung and his office desk.


Azie with the siblings potrait. Baginda ada tujuh beradik. Yang femes ialah baginda dan Tuanku Muda Pahang yang kahwin dengan Cik Puan Julita.


Ini gambar anak2 baginda yang turut bermain polo. Tapi ini anak2 baginda bersama Tunku Azizah Maimunah.


Yang bertanda merah ialah anak2 TMP bersama Julia Rais (below).Yang seiras dengan Julia ialah anaknya yang paling kiri. 


Mungkin ramai yang dah lupa ataupun tak kenal dengan Julia Rais. She started as a Rejoice girl in tv ad.  Pada tahun 1980-an,  pelakon berwajah Pan-Asian sering menjadi keinginan masyarakat Malaysia pada waktu itu,  beliau ialah antara yang menonjol. Setelah itu, beliau memasuki era lakonan dan menjadi watak Isabella dalam video klip kumpulan Search yang dikatakan sesuai dengan wajahnya. Selepas kemunculan terakhir beliau dalam filem Suci Dalam Debu, beliau dikatakan menyepikan diri dari dunia lakonan. Tetapi setelah bertahun-tahun lamanya, beliau akhirnya dikhabarkan  telah disunting oleh seorang kerabat diraja Pahang dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka. Khabarnya, Julia memilih untuk menetap di kota London sebaik sahaja sah menjadi isteri kedua TMP.


  

Then, kami menyusuri galeri gambar TMP bersama rakan-rakan polonya.


Gambar baginda bersama Putera Charles semasa salah satu kejohanan polo. Menurut pekerja yang menunjukkan kami sekitar tempat ini, Kejohanan Polo akan diadakan di Kelab Polo Pahang pada Jun tahun ini. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...