My Insta

Instagram

Thursday, February 17

adhoc trip to Pahang


29 Jan, Sabtu
...my soulmate & his fellow lecturer kena bagi talk kerjaya kepada lepasan SPM di PLKN Pekan, Pahang. Kebetulan PLKN tempat Awin. They went there on Friday dan aku serta anak2 menyusul the next day. Sabtu tu aku bertolak kul 12tghari dan sampai Pekan pukul 4 petang. It was a very rough journey, hujan lebat sepanjang perjalanan dan Mr. Garmin pulak tak berfungsi dgn baik due to the weather.

By right, hari melawat hanya dibenarkan pada hari Ahad tapi aku dapat privilege to visit Awin on Saturday & Sunday bcoz my soulmate was there. Terasa macam VIP la pulak. :-D

Seronok betul datang tempat nie, tempatnya sangat luas dan betul2 tepi laut. Dapat rasa angin Laut China Selatan yg teramat kuat dan kencang. Dari tepi kem, boleh nampak ombak besar yang bergulung2, tapi kawasan tu berpagar. Tengok sajalah gelagat budak2 tu... angin punya kuat sampai susah mereka nak pacakkan bendera rumah masing2.



Ini laluan ke istana. Tak sangka, tempat kami stay betul-betul bersebelahan dgn Istana Diraja Pahang. Senang citer, ini kawasan diraja. Di sinilah terletaknya istana dan kelab polo diraja. Sampai sini dah dekat Maghrib.


30 Jan, Ahad
...this is it! Rasa banggalah jugak dapat stay dalam kawasan diraja walaupun cuma 2d1n. Tempat ni sunyi, tak ada hiruk-pikuk, paginya sangat nyaman, segar sebab dikelilingi pokok2 besar, lanskap yang cantik dan luas.  Rasa rindu nak ke sini lagi bcoz you can't get it in KL!  

Ini salah satu pokok besar yg dimaksudkan... memang scary giler. Menurut pekerja kat situ, waktu malam, pokok tu dan pokok seangkatannya ada 'guard'.



Di tengah2 padang Kelab Polo Diraja, ada kereta api. Rasa2nya umur kereta api ni dah beratus tahun tapi masih cantik dan berkilat dari jauh.



Masa meronda2 kawasan istana, terjumpa plak signage nie.


Teringat zaman kecik2... aku lenjan basikal tua atuk sampai rosak. Kalau zaman dolu2, ini basikal pompuan sebab tak ada palang di tengah. Bayangkan.... udara yg nyaman, bersih, segar, angin sepoi2 bahasa dan aku mengayuh basikal ni round kawasan istana. Pekerja2 kat sana usha aku semacam. Hehehe....


On the way nak gi breakfast, lalu tepi Kelab Polo Diraja Pahang.


Then sempat posing depan pintu gerbang Istana Diraja Pahang.


Lepas breakfast, ronda2 sekitar Bandar Diraja... Pekan. Belakang tu Sungai Pahang, angin punyalah kuat giler, tengok sajalah daun2 pokok yg miring ke kiri.


Agak2, kalau signage ni letak kat KL atau Sgor, ada effect tak? First of all, signage ni takkan menjadi mangsa vadalisme sebab ia digantung tinggi. Tengok saja papan tanda jalan di belakangnya tu, signage ni lebih tinggi dari papan tanda jalan.



This is another signage yg tak ada di KL atau Sgor. Ada satu lagi signage yg bila korang baca tentu tergelak punya tapi aku tak dapat snap sebab bateri kong waktu tu. Signage tu berbunyi begini.
"Kalau nak pandu perlahan,
tolonglah ke tepi." 


Nampak simple tapi mesejnya penting.


Hmmmm.....? Billboard pun nak kena berpayung ek? Bandar Diraja lah katakan.... 


Minta tolong En. Garmin tunjukkan jalan ke Teluk Cempedak pulak.


Aku sekadar lepak menikmati pemandangan laut sementara my soulmate doing his video thing which turn out to be "only visual no audio"! Cehhh! Bila tengok balik video tu, rasa macam tengok citer Charlie Chaplin! 


Petang yang redup, renyai2 sikit but still okay. Manusia punyalah ramai sebab ada karnival di Teluk Cempedak. Aman rasa duduk tepi laut nie... dapat tengok ombak besar yg bergulung2 akhirnya menghempas ke pantai. Karnival yg diadakan waktu tu sedang memutarkan lagu2 Sudirman... Pergh! Touching habis aku waktu tu, rasa tak nak balik pun ada. 


Seronok dapat tengok anak2 main pasir. Apa taknya? Selalu asyik perhati dorang main beskal, PS2, boardgame, skateboard. Once in a while, let them be wild with nature! 



Tengah2 shopping di kawasan karnival, tiba2 hujan turun dengan lebat sekali. Pada aku, lebat atau tidak, misi mesti diteruskan, redah walau apapun yg datang. Hehehehe... 


Frankly speaking, i miss the place, the food, the scenery, the people, the 'royal environment'. Aku dah pergi banyak tempat tapi tak pernah rasa rindu macam nie. InsyaAllah akan pergi lagi nanti. 

Actually banyak lagi gambar2 yang aku belum upload due to time constraint. Gambar2 di mini office Tengku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang.... nantikan! 



Lupa nak citer pasal acara yg menjadi kemestian.
 Acara makan... here.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...