My Insta

Instagram

Wednesday, February 9

0% punya hal!

Sakit hati jer bila baca iklan kat bawah nie. Apa taknya. This is one of the reason kenapa aku stuck dalam kereta for 8.5 hours! "Kenapa? Tak percaya???". Dari 10pagi sampai 6:30ptg, dari Teluk Intan, Perak ke Alor Gajah, Melaka.

Here's the story....

Last Sunday, I sent my two boys balik boarding school, sorang kat Perak, sorang kat Melaka. Aku keluar rumah pukul 10 pagi sebab nak hantar Afiq balik Teluk Intan dulu. Kononnya, keluar awal nak elak jem.(rasanya pukul 10 dah kira awal dah tu.) Perjalanan hantar sangat smooth sailing. Tapi perjalanan balik? Dari Sabak Bernam sampai ke Kuala Selangor, jem giler! Especially kat Tanjong Karang! Perghhh! Dari Teluk Intan nak ke GCE ambil masa 4jam which normally 2hrs jer. 


Tempting, kan? Tapi yang tak boleh diterima akal ialah TANPA LESEN MEMANDU?! Inilah salah satu sebab berlakunya lambakan kereta di Msia nie. 


 Then, nak hantar Danial balik MRSM Melaka pulak. Dari GCE pukul 4. Normally aku estimate 1.5hrs dah boleh sampai. Gambar nie diambil dari Nilai. Ramai yang ikut emergency lane, termasuklah kami. Bayangkan, kebanyakannya nak balik rumah, tapi kami nak hantar anak balik asmara. No choice, redah jerlah emergency lane but with caution, of course.


 Bank bukan saja bermurah hati bagi loan utk kereta, tapi loan motor juga. Sebab tu kekadang ada neighbour yang sampai 2,3 bijik motor depan rumah! Siap ada jadual... motor A utk pergi kerja, motor B untuk pergi kedai, motor C untuk hantar anak ke sekolah. Hebat, hebat!

Tol  Simpang Empat, Melaka. Kat sini jer hampir sejam kami stuck. Ini baru sampai kat selekoh tol, gate tol pun tak nampak lagi. Aduh. 


 Lebih mengharu-birukan lagi keadaan ialah lorong Smart Tag diconvertkan kepada lorong tunai. Arghhhhh! Pada aku, plan yg cukup 'strategik' & bangang! "Hello, i'm racing against time here!"


Perjalanan yang sepatutnya 1.5hrs jadi 2.5hrs. And finally kami sampai di gate MRSM tepat 6:30ptg.  Kalau ikutkan, bila gate tutup pukul 6, kereta parents tak boleh masuk. Tapi disebabkan ramai parents yang terkandas, pihak maktab benarkan kami masuk. Terima kasih kerana memahami.


Billboard yang sempat di snap semasa di Teluk Intan. 
Stres giler wei!


4 comments:

working mom... said...

iklan yg nampaknya mmg sgt menarik...heheh tp kami masih lg tergolong dlm golongan "1 family 1 keta"... :) malas nak tambah hutang lg...dan keadaan blum sgt mendesak..:)

Yanti Arshad said...

zaila,

awak cuma bertiga... kalau nak tambah kereta jugak, maknanya duit tak tau nak simpan kat mana la tuh... hehehehe...

Kherun said...

tu sebab cuti panjang CNY tu tak plan ke mana2 sbb dah predict akan jam sana sini.... Sepupu aku dah sampai K.Perlis nak g Langkawi, akhirnya kansel sbb org terlalu ramai nak beli tiket feri ke Langkawi

Yanti Arshad said...

kherun,

ikut pengalaman yg lepas2, tak seteruk ini. ini kes parah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...