My Insta

Instagram

Thursday, January 6

When She's Gone

Yup, true! Awin kena join PLKN.
Lokasi? Kem Semarak, Pekan, Pahang.
Tarikh: 2 Jan 2011


Masih bengang! First time dapat berita pasal PLKN, dia dah bengang. Apa taknya, dah plan... lepas SPM nak ambil lesen kereta, then nak buat bracess, lepas tu keje part-time kat kiddy Emy. Unfortunately, semua tu kena hold dulu, balik dari PLKN baru boleh buat. InsyaAllah...


"Anak aku dah bengang, abang PLKN nie boleh buat lawak pulak.". Peserta perempuan kelima yang mendaftar di khemah Kem Semarak, Pekan, Pahang. Itulah gunanya datang awal! 


 "Jaga diri baik2 tau, kak. Pegang M-16 tu elok2, jangan sampai tertembak kawan, Jangan usha2 boyfren, buat kawat betul2, bla, bla, bla..." Itulah pesanan Mukhriz. Hehehe...


PLKN nie ada tiga siri every year. Ini tahun ke-8 ia dilaksanakan. Siri pertama ialah dari Jan-Mac. Siri ini disertai oleh 90% pelajar SBP (Sekolah Berasrama Penuh), MRSM, Sekolah Teknik dan SM Sains. 10% pulak ialah pelajar sekolah harian. Ini kerana kebiasaannya, pelajar2 dari sekolah berasrama akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Siri kedua ialah dari Mei-Julai dan siri ketiga ialah dari Sept-Nov. Siri ini ialah untuk pelajar2 sekolah harian, pelajar yang menangguhkan penyertaan atas sebab2 tertentu seperti belajar di luar negara, bercuti di luar negara, sakit ataupun sedang menjalani hukuman penjara!


Orang JPJ turut memantau keadaan bas dan persekitaran. Tapi yang bestnya, ada insiden bas PLKN menggesel bas PLKN lain semasa nak berangkat. Tak apa lar, apa susah, bas kerajaan, repair sajalah. :-)


Tengok tu! Tadi bengang, now bila dah jumpa geng, senyum sampai ke telinga! Patutlah ada pepatah mengatakan, "hati manusia berubah setiap dua saat!".  Mujur bas untuk ke Pekan, Pahang ada dua. Satu bas untuk lelaki, satu lagi untuk pompuan.  Ada bas yang campur lelaki-pompuan. Kalau tak tak silap, bas yang ke  kem di Perak,


Beg yang hanya dibenarkan bawa ialah satu beg pakaian dan satu beg sandang. Itu memang dah termaktub dalam peraturan. Tapi ada jugak yang siap bawak baldi, hanger, nampak sangat tak baca buku panduan. Baik angkut washing machine sekali! Apa daaaa....


Now she's smiling! Malam tu, dia col....
"...ibu, tempat Awin best! Seronok! Kem kami tepi laut. Tempat pun cantik, selesa. Tapi jadual pack dengan xtvt. Parents cuma boleh datang melawat hari Ahad jer, makanan luar sume tak boleh bawak masuk. Nanti bila balik cuti CNY, ibu tak payah datang ambil, Awin nak try balik sendiri naik bas. Lagipun sume kawan2 Awin kat sini yang sama destinasi, balik naik bas. Pembelian tiket, orang PLKN yang uruskan. Boleh ya, bu?" 

Takkan aku nak cakap tak boleh? Dia dah besar panjang, she knows how to take care of herself. Tapi aku cuak jugak... Dia tak biasa, sejak lahir dia asyik turun naik kereta, boleh ke? InsyaAllah boleh kot. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...