My Insta

Instagram

Friday, January 7

Kau Pergi.....

Syukur alhamdulillah! Frankly, aku tak berapa confident Afiq boleh dapat SBP (they said, Sek. Berasrama Penuh shud change to Sek. Budak Pandai or Sek Budak Pelik, but i prefer the ori one). 

I still remember, petang tu Awin keluar dgn Nad gi rumah Shishi. Suddenly dia sms aku... "Ibu, dorang kata result SBP F1 dah keluar, check la." Time tu aku buat acuh tak acuh jer sebab konfiden takkan dapat punya. Sejam kemudian baru aku t'ingat nak check balik. Tup-tup...... dapat! Time tu pulak, Afiq keluar main bola. Tak sabar nak bagitau dia. Bila dia dapat tahu, dia pun macam tak caya. Rupa2 result tu dah keluar 2 hari sebelumnya. Tak sangka tapi syukur alhamdulillah! 

p/s: the sedih part is at the middle of this entry.
.

3 hari kemudian, surat tawaran pun menyusul beserta dengan buku panduan kemasukan. The next day, kami mula buat persiapan untuk Afiq. Entah berapa dah berhabis, kami pun tak pasti. Yang pasti, Afiq bakal warga Semesti!



Hari yang dinanti telah tiba. Selesai solat subuh, kami bertolak ke Teluk Intan. First time nak jejakkan kaki ke situ. Aku mula terbayang menara condong. Mengikut En. Moin dan juga by Google Map, ikut jalan Kuala Selangor lebih senang. Dengan bantuan En. Garmin (GPS), kami selamat sampai pukul 8:30 pagi. It took us 2 hrs to reach there.  


Pendaftaran di Dewan Besar Semesti. Kami antara yang terawal sampai. Melalui taklimat, pelajar yang diterima di sini hanyalah pelajar 5A UPSR, tiada 4A seperti di sekolah sains lain. Kriterianya sangat ketat seperti mesti ada kelayakan bakat kepimpinan, serta aktif bersukan. Selain rezeki, mungkin sebab2 itu juga Afiq diterima di sini. Other than menjadi ketua kelas dan ketua rumah sukan, Afiq merupakan pengerusi kelab olahraga dan pengerusi PRS.



Selepas pendaftaran dan membuat bayaran, kami terus ke Koperasi. Kelebihan bila sampai awal ialah boleh choose baju tanpa perlu berebut2 dan tak perlu  terkejar2 masa sebab parents kena meninggalkan Semesti jam 3 petang. Semasa pendaftaran, setiap pelajar baru diberikan abang/kakak angkat dari Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Ini Khairul Anwar, abang angkat Afiq, F5. 


Mujur Anwar nie ada. Kalau tak, boleh sesat kami dibuatnya. Sekolah ini luas. Luas yang aku maksudkan di sini ialah tersangat luas! Nanti aku ceritakan. Now, straight ke asrama untuk menghantar barang2 keperluan Afiq. 


Bila aku melangkah masuk ke Dorm Omega, aku macam tak percaya aku masuk dorm student lelaki. Sebab dormnya sangat teratur, kemas, bersih, banyak decoration. Jangan tanya kenapa cadar tu warna pink! Untuk makluman, ini dorm merah. Jadi semua kena warna ala-ala merah. Daripada cadar, selimut, sarung bantal even baldi! Afiq dapat spot yang sangat strategik....katil bawah, hujung sekali, tepi tingkap (blh tengok scenery luar) dan ada kipas dinding.  Dorm dan bilik memang ditentukan tapi katil pilih sendiri. Macam yang aku kata tadi, itulah kelebihan bila kita sampai awal, kita ada kebebasan untuk memilih. Afiq tak kekok nak pasang cadar, sebab di rumah dia dah biasa kemas katil sebelum ke sekolah.


Agak musykil dengan notis untuk pelawat nie. Waktu melawat ialah Sabtu dari pukul 1 pagi sampai 6 petang? Selalunya pukul 11 pagi. Biar betul! Jangan nanti aku terpacak pukul 8 pagi kat main gate, pak guard halau pulak!  Atau budak nakal mana ntah yang dah erase no 1? Sebab tu pukul 11 jadi pukul 1?!! Biasalah, nama pun budak lelaki.


Then kami ke jamuan ringan, lepas tu terus ke dewan untuk sesi taklimat pelajar baru.  Taklimat dimulakan tepat jam 11 pagi seperti dalam brochure. Tak kurang seminit dan tak lewat seminit pun. Selepas doa dibaca,  Cikgu Zamhuri, Ketua Unit Kaunseling, memulakan ucapan. Diikuti dengan Yang Dipertua PIBG, En. Ayub. Masing2 berucap tidak lebih dari 30 minit kerana mahu memberi laluan kepada Pengetua untuk berucap panjang.

Semesti mendapat Pengetua baru, seorang pengetua cemerlang, En. Ahmat B. Mahmud. Dato Hj. Alimuddin B. Hj Mat Dom, yang kini menjadi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,  juga pernah menjadi pengetua di sini. One thing yang aku salute ialah, bukan pelajar saja yang berunifom pada hari Kokurikulum, tapi guru-gurunya juga. Seperti pengetua ini, beliau memakai uniform kadet polis. Menurut pengetua, 2000 pelajar apply ke Semesti tapi yang diterima cuma 160 orang saja dan mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan.


 Bekas warga SAHC dan warga baru SEMESTI.


After taklimat, kami melihat2 prasarana dan infrastruktur sekolah nie. Kawasannya memang cukup luas. Padang bola sepak saja ada tiga buah, padang ragbi ada dua, gelanggang bola keranjang ada dua, gelanggang tenis ada dua, ada satu lagi dewan besar untuk indoor games like badminton, ping pong. Surau pun luas dan cantik. Anwar kata, itu surau baru. Aku sempat solat Zohor di situ, cuma ada dua saf untuk perempuan sebab student perempuan tak ramai, tak sampai 250 orang pun. Blok asrama perempuan pun ada dua saja.


Yang ini blok untuk kelas. So neat, calm dan cantik. Ada kolam ikan koi kat tengah building.  


Ada studio muzik. Not bad!



Sekolah ni kaya dengan small billboard berkaitan sekolah. Nampak simple tapi menarik untuk dibaca. 


 Billboard biru tu tulis (let me translate)... sasaran akademik: PMR 100% straight As' , gred sederhana 1.0 dan SPM 25%, gred sederhana 2.0.

 Catchy!


Ini Dataran Ilmu. Time nie antara pukul 1-3 petang. Cuaca panas terik tapi kat sini terasa sejuk sebab ada banyak pokok2 rendang seperti pokok ru, pokok palma, pokok puding dan banyak lagi pokok2 yg aku tak tahu namanya. Dan di sini banyak disediakan wakaf, bangku2, pondok :-D

Senyum, tak perlu kata apa-apa, senyum....


"Kenapa, ayah? Teringat zaman dolu-dolu ke?" 

Here comes the sedih part. Dont forget to play the video music Pergi from Aizat.



Afiq, I feel sad to leave you here. Now I have learnt to take things in my stride and deal with them with a calm mind. The one thing that helped me tremendously through the toughest of times was your great smile and the twinkle in your eyes.




 Masa untuk berpisah... aku tahu Afiq sedih but in the same time, feel excited to venture into new world. Meet new friends, learn new experiences, adapt to new environment and surrounding. Ibu doakan yang terbaik dunia dan akhirat untuk Afiq... Afiq seorang anak yang baik, yang mendengar kata, yang patuh, rajin. Lepas nie tak ada siapa nak tolong ibu pergi kedai atau temankan ibu tengok bola or any big sport event kat TV. Our latest sport event together was Piala Suzuki AFF when Msia beats Indon 4-2! It was your idea that we shud have potluck that nite supaya ibu tak payah masak. 


 I have been sitting here all night, composing an entry in my blog (you have seen this before), but this time it is trying to get through the fact that you have left. I am just trying to keep my mind busy. I know that you will go far in this life, you deserve the best this world can give you and I know that you will get it. Even though today is the day I have to let you go to discover the world on your own, please know that I'll be with you no matter where you go and that I'll be there anytime and anywhere you may need me. You are my heart, my soul, my life, and my world. I love you very much and thank you for the best 12 years of my life.



"Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan."

"Afiq, semalam Afiq tengok ibu cool saja, kan? Tapi dalam hati ini Allah saja yang tahu. Ibu cuba tahan supaya tak menangis depan Afiq sebab ibu tak nak Afiq sedih. Sebaknya hati ibu tak dapat digambarkan. Malah ibu mengambil masa sehari suntuk dari pagi sampai tengah malam untuk siapkan entry nie sebab ada ketikanya air mata ini tak dapat ibu tahan bila teringatkan Afiq, rindukan Afiq. Ibu tertanya-tanya, "Afiq makan apa, tengah buat apa?" Lebih merisaukan ibu ialah bila pagi tadi hujan lebat. Ibu risau Afiq mandi air sejuk awal2 pagi. Afiq kan ada lelah, selalunya Afiq mandi guna heater. Kita hanya boleh jumpa waktu cuti CNY nanti, dalam sebulan lagi. Kita tak pernah berpisah lama macam nie... Ibu sangat rindukan Afiq...."



6 comments:

Sofu said...

ala kak..bergenang air mata saya baca entry ni pepagi jumaat plak tu..
dok terbayang cmna saya nnti berpisah ngan anak2...
apa pun sumer ni tk kebaikan mereka juga kan...moga afiq berjaya...

Yanti Arshad said...

sofu,

bila masanya sampai, kita terpaksa merelakan walaupun hati rasa sayu...

hamidah said...

sedih ya yanti makin berkurang lah penghuni rumah....tapi demi kebaikan kit relakan ajelah...

Yanti Arshad said...

kak midah,

betul tu... berkorban apa saja walaupun berat hati melepaskan...

sheema said...

Salam,

How's Afiq doing now? I hope he's coping well with the new environment. Is he enjoying himself there? Any complaints? Best of luck to him.... Being a mother myself, I very well understand how you feel.... take care!

Yanti Arshad said...

sheema,

first of all, thank you for dropping-by.

alhamdulillah, he's adjusting himself very well. so far no complaints cuma a bit tiring... biasalah, prep, riadah, kelas. nasib baik dia dah prepare himself for all that thru his brother's & sister's xprnce.


u take care too...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...