My Insta

Instagram

Monday, January 17

mesin antik!

Masa aku mula2 kahwin dulu, neither my parents nor my PIL hadiahkan aku apa-apa. Tak macam some lucky doters... bila kahwin, mak pak dia akan hadiahkan dia rantai, cincin atau gelang pusaka. Paling koman pun, periuk belanga. According to Datin Kalsom, my dearest mom, i have to earn it by myself (time tu kami susah). Fair enough. Since then, aku tak pernah expect apa2 pun sebab aku dah biasa dengan frasa "earn it by yourself". But what i'm going to tell here is something that i never dream of.


Last weekend, on 8th January, aku terkejut bila mak bagi aku mesin antiq nie. Mesin ini mesin jahit pusaka...lebih senior daripada aku. Yup, nampak buruk tapi banyak jasanya. Aku dah ada mesin jahit yang ala-ala macam nie juga but lately asyik buat hal. Kebetulan mak nak beli mesin jahit baru untuk my sis, Hanim (bukan 'anak emak' always get yang second hand, redha jerlah), jadi mak offer nak bagi kat aku mesin jahit lama dia. Aku terima jer sebab aku jenis yang ambil apa saja yang mak bagi, tak kisah lar lama ke, buruk ke, sebab itu pemberian mak. My sister always get the new one... new car, new sewing machine, new handphones. Whereas in the '90s, i have to drive Dato' Arshad's old car to work, use old sewing machine, use my own money to buy handphone. That's the reason why i'm so particular about everything, bcoz I learned the hard way. 


Back to cerita mesin antik. Mak kata, dia beli mesin jahit ni masa umur aku 4 tahun, masa dia mula2 belajar menjahit. Tapi masa dia beli tu, mesin jahit ni usianya dah 15 tahun, probably made in early '50s. OMG! Maknanya mesin jahit ni dah Jubli Emas. Memang sesuai sangat dipanggil mesin antik! Until now, aku tak pernah tahu apa fungsi nombor pada tombol nie. Aku rasa tombol nie dah tak wujud pada mesin jahit canggih zaman sekarang and it's really, really heavy.



Kenapa aku kata mesin ni banyak berjasa? Sebab masa aku kecik, dengan hasil mesin ini jugalah, mak bagi aku duit belanja untuk beli jajan. Mesin antik ini juga yang jahitkan baju sekolah aku dari stndrd 1 sampai form 5, jahitkan baju kurung raya, jahitkan kerja ERT dan macam2 lagi. Banyak memori dengan mesin antik nie sebenarnya. Dan walaupun aku hanya akan gunakan mesin antik ini untuk jahit badge sekolah dan name tag anak2, atau repair seluar / kain yang koyak, aku akan menjaganya macam menjaga nyawa sendiri. 



Kalau nak tahu semua peralatan atas mesin nie, mak yang bagi. Daripada gunting, sekoci, benang hinggalah kepada kapur. Pendek cerita, semua yang berkaitan mesin jahit, aku tak pernah beli, semua mak yang bagi. Tadi aku citer, mak belikan mesin jahit baru untuk Hanim, kan? The reason is, mak nak retire and now Hanim is taking over. Dia minat menjahit... good for her. At least ada orang yang sambung our family legacy. 


Brand of Singer... this machine really stand the test of time. Walaupun nampak buruk, dengan huruf  'g' yang dah hilang , tapi tak boleh challenge mesin canggih zaman sekarang tau! Suatu masa dulu, disebabkan mesin jahit inilah, meja makan kami sarat dengan kain tempahan especially bila time raya. Bukan meja makan je, kerusi makan pun sama. Meja makan dah jadi meja kain... bila nak makan, kami semua kena duduk bersila di lantai. Arghh! Tension! But those were the days... 


Aku dapatkan gambar original but in black and white.
Same design and model.


 It was a design that made use of a foot pedal the operator rocked back and forth to move the needle. After so many years, mak upgrade kan guna elektrik, jadi tak payah mengayuh.


FYI, mesin jahit yang atas tu aku punya. Dah empat tahun aku pakai... since 2007. Aku letakkan atas mesin yang antik tu. Nak bagi nampak 'vogue',  aku pakaikan si antik tu skirt dan letak kat dining room.  Kelas gituuuuu....!



 My first video with this antique machine... dated 16 Jan 2011.




Friday, January 7

Kau Pergi.....

Syukur alhamdulillah! Frankly, aku tak berapa confident Afiq boleh dapat SBP (they said, Sek. Berasrama Penuh shud change to Sek. Budak Pandai or Sek Budak Pelik, but i prefer the ori one). 

I still remember, petang tu Awin keluar dgn Nad gi rumah Shishi. Suddenly dia sms aku... "Ibu, dorang kata result SBP F1 dah keluar, check la." Time tu aku buat acuh tak acuh jer sebab konfiden takkan dapat punya. Sejam kemudian baru aku t'ingat nak check balik. Tup-tup...... dapat! Time tu pulak, Afiq keluar main bola. Tak sabar nak bagitau dia. Bila dia dapat tahu, dia pun macam tak caya. Rupa2 result tu dah keluar 2 hari sebelumnya. Tak sangka tapi syukur alhamdulillah! 

p/s: the sedih part is at the middle of this entry.
.

3 hari kemudian, surat tawaran pun menyusul beserta dengan buku panduan kemasukan. The next day, kami mula buat persiapan untuk Afiq. Entah berapa dah berhabis, kami pun tak pasti. Yang pasti, Afiq bakal warga Semesti!



Hari yang dinanti telah tiba. Selesai solat subuh, kami bertolak ke Teluk Intan. First time nak jejakkan kaki ke situ. Aku mula terbayang menara condong. Mengikut En. Moin dan juga by Google Map, ikut jalan Kuala Selangor lebih senang. Dengan bantuan En. Garmin (GPS), kami selamat sampai pukul 8:30 pagi. It took us 2 hrs to reach there.  


Pendaftaran di Dewan Besar Semesti. Kami antara yang terawal sampai. Melalui taklimat, pelajar yang diterima di sini hanyalah pelajar 5A UPSR, tiada 4A seperti di sekolah sains lain. Kriterianya sangat ketat seperti mesti ada kelayakan bakat kepimpinan, serta aktif bersukan. Selain rezeki, mungkin sebab2 itu juga Afiq diterima di sini. Other than menjadi ketua kelas dan ketua rumah sukan, Afiq merupakan pengerusi kelab olahraga dan pengerusi PRS.



Selepas pendaftaran dan membuat bayaran, kami terus ke Koperasi. Kelebihan bila sampai awal ialah boleh choose baju tanpa perlu berebut2 dan tak perlu  terkejar2 masa sebab parents kena meninggalkan Semesti jam 3 petang. Semasa pendaftaran, setiap pelajar baru diberikan abang/kakak angkat dari Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Ini Khairul Anwar, abang angkat Afiq, F5. 


Mujur Anwar nie ada. Kalau tak, boleh sesat kami dibuatnya. Sekolah ini luas. Luas yang aku maksudkan di sini ialah tersangat luas! Nanti aku ceritakan. Now, straight ke asrama untuk menghantar barang2 keperluan Afiq. 


Bila aku melangkah masuk ke Dorm Omega, aku macam tak percaya aku masuk dorm student lelaki. Sebab dormnya sangat teratur, kemas, bersih, banyak decoration. Jangan tanya kenapa cadar tu warna pink! Untuk makluman, ini dorm merah. Jadi semua kena warna ala-ala merah. Daripada cadar, selimut, sarung bantal even baldi! Afiq dapat spot yang sangat strategik....katil bawah, hujung sekali, tepi tingkap (blh tengok scenery luar) dan ada kipas dinding.  Dorm dan bilik memang ditentukan tapi katil pilih sendiri. Macam yang aku kata tadi, itulah kelebihan bila kita sampai awal, kita ada kebebasan untuk memilih. Afiq tak kekok nak pasang cadar, sebab di rumah dia dah biasa kemas katil sebelum ke sekolah.


Agak musykil dengan notis untuk pelawat nie. Waktu melawat ialah Sabtu dari pukul 1 pagi sampai 6 petang? Selalunya pukul 11 pagi. Biar betul! Jangan nanti aku terpacak pukul 8 pagi kat main gate, pak guard halau pulak!  Atau budak nakal mana ntah yang dah erase no 1? Sebab tu pukul 11 jadi pukul 1?!! Biasalah, nama pun budak lelaki.


Then kami ke jamuan ringan, lepas tu terus ke dewan untuk sesi taklimat pelajar baru.  Taklimat dimulakan tepat jam 11 pagi seperti dalam brochure. Tak kurang seminit dan tak lewat seminit pun. Selepas doa dibaca,  Cikgu Zamhuri, Ketua Unit Kaunseling, memulakan ucapan. Diikuti dengan Yang Dipertua PIBG, En. Ayub. Masing2 berucap tidak lebih dari 30 minit kerana mahu memberi laluan kepada Pengetua untuk berucap panjang.

Semesti mendapat Pengetua baru, seorang pengetua cemerlang, En. Ahmat B. Mahmud. Dato Hj. Alimuddin B. Hj Mat Dom, yang kini menjadi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,  juga pernah menjadi pengetua di sini. One thing yang aku salute ialah, bukan pelajar saja yang berunifom pada hari Kokurikulum, tapi guru-gurunya juga. Seperti pengetua ini, beliau memakai uniform kadet polis. Menurut pengetua, 2000 pelajar apply ke Semesti tapi yang diterima cuma 160 orang saja dan mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan.


 Bekas warga SAHC dan warga baru SEMESTI.


After taklimat, kami melihat2 prasarana dan infrastruktur sekolah nie. Kawasannya memang cukup luas. Padang bola sepak saja ada tiga buah, padang ragbi ada dua, gelanggang bola keranjang ada dua, gelanggang tenis ada dua, ada satu lagi dewan besar untuk indoor games like badminton, ping pong. Surau pun luas dan cantik. Anwar kata, itu surau baru. Aku sempat solat Zohor di situ, cuma ada dua saf untuk perempuan sebab student perempuan tak ramai, tak sampai 250 orang pun. Blok asrama perempuan pun ada dua saja.


Yang ini blok untuk kelas. So neat, calm dan cantik. Ada kolam ikan koi kat tengah building.  


Ada studio muzik. Not bad!



Sekolah ni kaya dengan small billboard berkaitan sekolah. Nampak simple tapi menarik untuk dibaca. 


 Billboard biru tu tulis (let me translate)... sasaran akademik: PMR 100% straight As' , gred sederhana 1.0 dan SPM 25%, gred sederhana 2.0.

 Catchy!


Ini Dataran Ilmu. Time nie antara pukul 1-3 petang. Cuaca panas terik tapi kat sini terasa sejuk sebab ada banyak pokok2 rendang seperti pokok ru, pokok palma, pokok puding dan banyak lagi pokok2 yg aku tak tahu namanya. Dan di sini banyak disediakan wakaf, bangku2, pondok :-D

Senyum, tak perlu kata apa-apa, senyum....


"Kenapa, ayah? Teringat zaman dolu-dolu ke?" 

Here comes the sedih part. Dont forget to play the video music Pergi from Aizat.



Afiq, I feel sad to leave you here. Now I have learnt to take things in my stride and deal with them with a calm mind. The one thing that helped me tremendously through the toughest of times was your great smile and the twinkle in your eyes.




 Masa untuk berpisah... aku tahu Afiq sedih but in the same time, feel excited to venture into new world. Meet new friends, learn new experiences, adapt to new environment and surrounding. Ibu doakan yang terbaik dunia dan akhirat untuk Afiq... Afiq seorang anak yang baik, yang mendengar kata, yang patuh, rajin. Lepas nie tak ada siapa nak tolong ibu pergi kedai atau temankan ibu tengok bola or any big sport event kat TV. Our latest sport event together was Piala Suzuki AFF when Msia beats Indon 4-2! It was your idea that we shud have potluck that nite supaya ibu tak payah masak. 


 I have been sitting here all night, composing an entry in my blog (you have seen this before), but this time it is trying to get through the fact that you have left. I am just trying to keep my mind busy. I know that you will go far in this life, you deserve the best this world can give you and I know that you will get it. Even though today is the day I have to let you go to discover the world on your own, please know that I'll be with you no matter where you go and that I'll be there anytime and anywhere you may need me. You are my heart, my soul, my life, and my world. I love you very much and thank you for the best 12 years of my life.



"Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan."

"Afiq, semalam Afiq tengok ibu cool saja, kan? Tapi dalam hati ini Allah saja yang tahu. Ibu cuba tahan supaya tak menangis depan Afiq sebab ibu tak nak Afiq sedih. Sebaknya hati ibu tak dapat digambarkan. Malah ibu mengambil masa sehari suntuk dari pagi sampai tengah malam untuk siapkan entry nie sebab ada ketikanya air mata ini tak dapat ibu tahan bila teringatkan Afiq, rindukan Afiq. Ibu tertanya-tanya, "Afiq makan apa, tengah buat apa?" Lebih merisaukan ibu ialah bila pagi tadi hujan lebat. Ibu risau Afiq mandi air sejuk awal2 pagi. Afiq kan ada lelah, selalunya Afiq mandi guna heater. Kita hanya boleh jumpa waktu cuti CNY nanti, dalam sebulan lagi. Kita tak pernah berpisah lama macam nie... Ibu sangat rindukan Afiq...."



Back To School!

3 Jan 2011... the big day! Hari yang tersangat busy for most parents. Busy menghantar anak ke sekolah tak kiralah darjah berapa sekali pun... apatah lagi kalau yang darjah satu. Aku dan my soulmate juga tak terkecuali menghantar both our 9 & 8 yol sons. Sedikit coretan for 1st day at school.


Ragam pagi di Sekolah Agama Al Hidayah....

Mukhriz & Zaki.

 "Ko nampak tak camera woman baju biru tu? Itulah ibu aku. Aku ngantuk lagi nie, tak ada chan la aku nak tidur sementara tunggu ustazah masuk."


 "Laa...ibu aku nie tak balik lagi ker? Baik ibu pergi pasar cari lauk, nanti ikan habis."


Me and Azlina. "Oooo-som!"


Ragam tengah hari di SK Saujana Utama...

 Kereta2 parents yang nak parking betul2 depan gate sekolah dan...


...parents yang nak antar anak betul-betul depan pintu kelas! Termasuklah aku! Apa salahnya, bukan selalu. 


 "Janganlah cikgu masuk awal. Banyak sifir yang aku dah lupa nie... Aduh!"


 "Kenapa ibu dan ayah aku tak balik-balik lagi nie? Kang aku panggil pengawas, baru dorang tahu!"



Thursday, January 6

When She's Gone

Yup, true! Awin kena join PLKN.
Lokasi? Kem Semarak, Pekan, Pahang.
Tarikh: 2 Jan 2011


Masih bengang! First time dapat berita pasal PLKN, dia dah bengang. Apa taknya, dah plan... lepas SPM nak ambil lesen kereta, then nak buat bracess, lepas tu keje part-time kat kiddy Emy. Unfortunately, semua tu kena hold dulu, balik dari PLKN baru boleh buat. InsyaAllah...


"Anak aku dah bengang, abang PLKN nie boleh buat lawak pulak.". Peserta perempuan kelima yang mendaftar di khemah Kem Semarak, Pekan, Pahang. Itulah gunanya datang awal! 


 "Jaga diri baik2 tau, kak. Pegang M-16 tu elok2, jangan sampai tertembak kawan, Jangan usha2 boyfren, buat kawat betul2, bla, bla, bla..." Itulah pesanan Mukhriz. Hehehe...


PLKN nie ada tiga siri every year. Ini tahun ke-8 ia dilaksanakan. Siri pertama ialah dari Jan-Mac. Siri ini disertai oleh 90% pelajar SBP (Sekolah Berasrama Penuh), MRSM, Sekolah Teknik dan SM Sains. 10% pulak ialah pelajar sekolah harian. Ini kerana kebiasaannya, pelajar2 dari sekolah berasrama akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Siri kedua ialah dari Mei-Julai dan siri ketiga ialah dari Sept-Nov. Siri ini ialah untuk pelajar2 sekolah harian, pelajar yang menangguhkan penyertaan atas sebab2 tertentu seperti belajar di luar negara, bercuti di luar negara, sakit ataupun sedang menjalani hukuman penjara!


Orang JPJ turut memantau keadaan bas dan persekitaran. Tapi yang bestnya, ada insiden bas PLKN menggesel bas PLKN lain semasa nak berangkat. Tak apa lar, apa susah, bas kerajaan, repair sajalah. :-)


Tengok tu! Tadi bengang, now bila dah jumpa geng, senyum sampai ke telinga! Patutlah ada pepatah mengatakan, "hati manusia berubah setiap dua saat!".  Mujur bas untuk ke Pekan, Pahang ada dua. Satu bas untuk lelaki, satu lagi untuk pompuan.  Ada bas yang campur lelaki-pompuan. Kalau tak tak silap, bas yang ke  kem di Perak,


Beg yang hanya dibenarkan bawa ialah satu beg pakaian dan satu beg sandang. Itu memang dah termaktub dalam peraturan. Tapi ada jugak yang siap bawak baldi, hanger, nampak sangat tak baca buku panduan. Baik angkut washing machine sekali! Apa daaaa....


Now she's smiling! Malam tu, dia col....
"...ibu, tempat Awin best! Seronok! Kem kami tepi laut. Tempat pun cantik, selesa. Tapi jadual pack dengan xtvt. Parents cuma boleh datang melawat hari Ahad jer, makanan luar sume tak boleh bawak masuk. Nanti bila balik cuti CNY, ibu tak payah datang ambil, Awin nak try balik sendiri naik bas. Lagipun sume kawan2 Awin kat sini yang sama destinasi, balik naik bas. Pembelian tiket, orang PLKN yang uruskan. Boleh ya, bu?" 

Takkan aku nak cakap tak boleh? Dia dah besar panjang, she knows how to take care of herself. Tapi aku cuak jugak... Dia tak biasa, sejak lahir dia asyik turun naik kereta, boleh ke? InsyaAllah boleh kot. 


he's leaving...

 31 Disember, tarikh keramat yang aku pinta tak kunjung tiba. Kenapa? Bermula dari tarikh itu, seorang demi seorang anak akan pergi meninggalkan aku lagi.... bermula dengan Daniel, followed by Awin then Afiq. Hati ibu mana yang tak sebak.... 


Now he's leaving again. 


 Unpacking his things. 

We sat on his bed and looked around the room. It looks gud, neat. Maybe sebab this year share bilik dengan two Form 5 student, one of them is BWP (Badan Wakil Pelajar) and the other one is BADAR (Badan Dakwah & Kerohanian). Every year memang kena tukar dorm, baguslah macam tu. Meet new friends, learn new things. 



Okay, set to go!

Daniel, We live our life in phases. When one ends, another begins. Change is constant and life is short. So seize the moment and live life to the fullest, have no regrets. Always believe in yourself and always be the best! Love you always...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...