My Insta

Instagram

Thursday, December 9

MAHA

MAHA = Malaysia Agriculture, Horticulture, Agrotourism Show. 

Finally we managed to bring the kids there! We went there right after our visit to KL International Motors @PWTC (will update later on that). Kami sampai di Pintu 2, Serdang pukul 6:30ptg... hujan renyai2. Time kami nak masuk parking, ramai yang sedang on the way nak balik. Banyak tempat parking yang kosong dan dekat dengan Pintu 2 tapi kena sabar mencari. Alhamdulillah jumpa one spot yang tak berapa jauh dan tak pula dikategorikan dekat... hrmmmmm..... 

Yang berkereta tu ialah yang nak balik. Yang on foot pulak ialah yang nak ke Pintu 2 MAHA termasuklah kami anak beranak. Walaupun agak jauh tapi tak terasa sangat sebab orang terlalu ramai.



 Aku dah mula saspens sebab cuaca dah gelap semacam. Dalam hati, janganlah hujan lebat. Bila semua dah selesai, turunlah selebat-lebatnya.


Ini yang tak sanggup. Q panjang giler untuk tunggu tram. Kepada yang nak ke ladang ternakan, they can walk sebab tak jauh. Kepada yang nak ke Agro Bazaar Makanan dan Pertanian, kena naik tram. Mulanya, aku pelik. Kenapa kena naik tram? Sebab....


Kawasannya luas giler dan berbukit-bukit. Patutlah kena naik tram. Takkan larat jalan kaki punya.  Inilah tram yang aku naik. Selain tram nie, ada bas rapid KL juga. Naik mana yang sampai dulu. Aku terus ke Agro Bazaar Makanan dan Pertanian, tak singgah di ladang ternakan pun.


Inilah kompleks Agro Bazaar Makanan dan Pertanian.Time ni masih renyai2, nasib baik aku bawa sweater cap anak2, tak payah bawa payung.  Kalau tak silap, ada 3 kompleks besar kesemuanya. Tapi aku sempat masuk dua kompleks jer. Tahu kenapa tak sempat? Sebab....


Kami sangat sibuk test makanan tu,...


...rasa kerepek nie,...


 ...sibuk cari tempat duduk nak makan...


...pantang ada orang hulur makanan, kami rasa. 


Dan makan lagi...

 Inilah barang2 yang dibeli selain tshirt MAHA, Lamb Steak dan buah-buahan. Tapi rasanya banyak lagi booth yang aku tak pergi. Aku cuma masuk yang dalam kompleks jer sebab hujan renyai dan kesuntukan masa sebab time tu dah pukul 9++. InsyaAllah next year aku akan pergi awal2 pagi sebab nak lawat semua booth dan ladang. 

1 comment:

hamidah said...

mmm nampak interesting, akak x sempat nak pergi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...