My Insta

Instagram

Tuesday, December 7

kepulangan yang dinanti

 2 Dis, 7 pagi...


Alhamdulillah, mak dan abah selamat sampai ke tanah air. Itupun setelah beberapa kali flight delay. Sepatutnya pukul 12:30 pagi, then tunda pukul 3:30 pagi, finally pukul 6:30 pagi. Delay dari airport Jeddah memang sudah dijangkakan kerana sistemnya yang tak efficient dan tak teratur. Namun kami sekeluarga bersyukur sebab mak dan abah selamat. 


Balai ketibaan sarat dengan jemaah haji dan ahli keluarga yang menunggu dengan sabar. Ada yang berjam2 menunggu sebab tak tahu flight delay... kesian. Mujur abah sms beritahu flight delay, kalau tak, kami pun berjam2 terkandas kat KLIA. 


 Timing kami just nice. Flight touchdown pukul 7 pagi, kami sampai KLIA pukul 7:15 pagi, dalam 7:40 pagi mak dan abah pun muncul. Keseronokan kami tak dapat digambarkan, apatah lagi mak dan abah yang jelas nampak di wajah mereka. 

 Alhamdulillah... aku masih berpeluang memeluk mak dan abah. Perasaan sayu menyelubungi kami semua, rasa lega yang tak terhingga. 


 Disebabkan semua lif sarat macam ikan sardin, Alan pun redah escalator untuk bawa troli. Mujur semuanya smooth sailing.


 Nampaknya kami sekeluarga saja yang gunakan moving escalator ni sebab jemaah yang lain menunggu lif. 


 Daniel dan atuk.


Beberapa hari sebelum balik ke Msia, aku tanya mak kalau2 dia nak makan apa-apa, katanya teringin nak makan mihun goreng. Aku pun masaklah. Abah pulak teragak nak makan satay dan air nescafenya, Alan belikan satay. 


Kami berhenti makan di R&R Dengkil on that morning. Bukan beli makanan di situ, tapi makan makanan yang dimasak dari rumah. Mujur banyak kedai yang belum buka lagi. Berselera betul mak dan abah makan. Mereka kata, dah tak lalu nak makan beriani gam, kambing, roti prata etc. Apa-apapun, alhamdulillah sebab mak dan abah selamat. 

Then bila sampai di rumah, sesi memunggah barang2 / ole2 utk anak menantu dan cucu2 pulak. Gambar2 tu tak boleh publish lar sebab yang tu privasi sikit. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...