My Insta

Instagram

Tuesday, November 2

sambil menyelam minum air

Baru2 ni aku pergi dengar satu ceramah di surau kawasan rumah aku. Penceramahnya hebat, seorang motivator yang baru nak establish. Bila aku nampak saja banner yang mewar2kan kedatangan Ustaz AK, terus aku setkan reminder kat handphone. Seperti yang diremindkan oleh handphone aku, lepas Isyak aku pergi.

Dalam sejam pertama, ceramahnya cukup hebat. Banyak menyentuh tentang siapa diri kita, bab solat, ketaqwaan kita and so on. Tapi yang tak bestnya ialah Ustaz AK nie menyelitkan bab politik. Dari segi ceritanya, aku dah tahu dia nie berhaluan 'hijau-putih'. Pada mulanya aku tak kisah, tapi lama-kelamaan, makin menjadi2 la pulak si ustaz nie. Tapi memang tak dinafikan pun, para jemaah yang hadir pun memang 'konco-konco' dia. Pada aku, kalau ya pun,  janganlah cerita bab politik di rumah Allah... tengok tempatlah kalau ya pun. Nampak sangat sambil menyelam minum air.

Aku tak nak komen banyak, cuma satu jer...
..aku tak ada masalah bila dia puji melambung2 pemimpin tertinggi parti dia sebab pemimpin tu orang Islam. Tapi yang buat telinga aku bernanah ialah dia cukup memuji kepimpinan ketua menterinya si kafir laknatullah tu (oh... lupa nak bagitau, ustaz nie dari Penang). Lebih bernanah ialah bila dia sebut pasal duit main kuda untuk warga emas Penang. Dia backing habis 'bos kafir' dia tu. MasyaAllah. Kalau ya pun, cover2 la sikit. 

Sebagai penutup, ustaz tu cerita pasal kehebatan mantan pemimpin parti dia. Patutlah ada orang pernah remindkan aku "Kalau nak gi surau tu pandang-pandang sikit, tu surau 'hijau-putih'. Yang kat bawah pulak, surau 'merah-putih'. Kalau nak neutral, gi masjid, lagi senang." Sebenarnya, sejak setahun lepas, ini baru kali ke-2 aku menjejakkan kaki ke surau. Sebabnya sejak masjid SU dibina, kami sudah tak lagi ke surau tu. Kami akan ke masjid sama ada untuk solat berjemaah ataupun nak dengar ceramah.

Apa-apapun, aku salut dgn ceramah agama yang diberikan pada malam tu. Sekurang-kurangnya aku dapat mengecas diri sendiri. Alhamdulillah....


p/s: namun begitu, aku sempat jugak beli VCD motivasi Ustaz AK bertajuk Satu Kebenaran. Pada aku, yang baik jadikan teladan. Yang buruk, jadikan sempadan. 



5 comments:

KC said...

yanti, skrg ni kan kat mana2 surau mesti ada ceramah berbaur politik, tak sah kalau takde. aku plak jenis non-partisan, takde sokong mana2 parti sangat, tu yg dah malas nak gi surau lately ni kecuali kalau ada program utk anak2. lebih baik aku nonton tazkirah kat tv, takde citer bab politik cuma hal ehwal masalah org islam semasa...

Yanti Arshad said...

kc,

tapi aku nak sarankan, kita kena jugak sekali-skala jenguk masjid untuk dgr ceramah untuk memuhasabahkan diri. kat tv pun ok, cuma bila face-to-face, mesejnya terus sampai, melekat kat hati.

aku prefer kat masjid SU, ceramahnya clean and clear (macam nama syampu la plak, ek.)

the principal said...

kita org dah pernah experienced this, sempat masukkan bab politik pd hal masa yg ada patut digunakan utk mengajar bende2 yg lg berfaedah...my eyes mcm nak bernanah bila ada yg samakan mamat tu dgn Khalifah Umar kat su.net...pathetic

Yanti Arshad said...

emy,

macam siot jer kan... bukan khalifah umar tu yang siot, tapi cara dorang tu. over-over sangat, taksub!

hamidah said...

Ya lah kdg2 ustaz2 ni lebih politik dari kuliah, tapi apa2 pun bak kata yanti ambil yang baik jadi pengajaran, bak ada kata pepatah jangan pandang orang nya ambil ilmu nya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...