My Insta

Instagram

Saturday, November 20

impian, harapan, tekanan

Next week, Tuesday, Awin will sit for SPM. As a mother, of course aku risau yang amat sangat. Apatah lagi, for two years, she's been studying alone. Alone maksud aku, belajar bukan depan mata aku. Kalau dulu, masa PMR, waktu dia menelaah tengah malam, akulah yang temankan dia sambil aku online. Sometimes sampai pukul 2, 3 pagi atau seawal jam 4 pagi sebelum ke sekolah.

Impian aku...
...ibu mana yang tak nak anaknya berjaya, kan? Impian aku memang tinggi, aku nak dia berjaya dengan cemerlang. Aku nak adik-adiknya jadikan dia role model, aku nak dia mencapai cita2nya utk menjadi gyneacologist. Tapi itu cuma impian, jika Allah mencaturkan yang sebaliknya, aku redha.

Harapan aku...
...aku tahu dia boleh buat, aku tahu dia dah berusaha dengan sedaya upaya, aku nampak pengorbanannya untuk berjaya. Kini aku berserah kepada Allah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. 

Tekanan...
...sikit sebanyak, aku pun turut merasakan tekanannya seperti juga dia. Kalau dulu, dia pelajar PMR terbaik, tapi sekarang dia terbaik di kalangan terbaik. Maknanya competition sangat sengit. Aku sendiri dapat rasakan bila dia telefon sambil menangis, meluahkan ketidakpuasan hatinya tentang keputusan trial. Namun pada aku, itu satu petanda baik sebab jika dia tidak berpuas hati, dia akan berusaha dgn lebih gigih lagi. Jika dia berpuas hati dalam comfort zone, pastinya dia akan leka. 

Sepanjang SPM, aku akan berulang-alik ke SBPiR, especially untuk paper2 yang susah macam Add Math, Fizik, Kimia and Bio. Kenapa aku ke sana? Kalau dulu, sebelum dia pergi exam, dia akan salam, cium tangan aku, suruh aku doakan yang terbaik. Kali ini pun tak ada bezanya. Itu janji aku pada dia. 

"Ya Allah, hanya kepadaMu aku meminta. Engkau terangilah hati anakku semasa menghadapi peperiksaan, Kau kuatkanlah daya ingatannya dan Kau permudahkanlah dia untuk menjawab soalan. Ya Allah, aku tahu Engkau Maha Mendengar, kau dengarlah rintihan ku ni. Kau lindungilah dia daripada gangguan syaitan dan Kau kurniakanlah dia kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung, Amin...."




6 comments:

Kherun said...

insyaAllah... dia seorang budak yg rajin, pasti ganjarannya setimpal...

Yanti Arshad said...

kherun,

tima kasih, insyaAllah, mudah-mudahan.

Runiza said...

Gud Lak Awin! Am sure you'll do well :) Doa dari kami sekeluarga :)

KC said...

masih lagi SPM ke? pheww, patutlah anak2 ko semua cemerlang sbb dapat mak yg really strong willed and supportive sanggup teman smpi kul 3-4 pagi nak revise subjek...rasanya aku pun tak terbuat cam ko. mesti penat kan ulangalik rawang frm SU everyday without fail smpi SPM habis...seb baik la dekat sket kalo jauh haru gak...

I strongly believe she can achieve her target in SPM coz she simply has the right attitude :)-

Yanti Arshad said...

niza,

tq so much... really appreciate it.

Yanti Arshad said...

kc,

we as a mother, kena tunjukkan kita pun bersungguh2 dlm pelajaran anak2.

i sedih bila dngr jawapan standard parents "tak apa lar, i tak kisah sangat, anak i memang tak pandai".

sebenarnya, budak2 semuanya sama, kita yang corakkan dorang dari segala segi. Kejayaan atau kegagalan mereka, tempiasnya daripada usaha kita juga. Sama ada kita berusaha menggalakkan mereka atau kita malas lalu membiarkan mereka.

btw, spm for sains tulen until 8 dec only.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...