My Insta

Instagram

Tuesday, November 9

apa nak jadi

Lately ni hangat dengan isu-isu panas politik. Latest, Datuk Zaid ucapkan 'sayonara' kepada Parti Kian Rebah, PKR. Ini isu sensitif, bukan boleh tulis sembarangan. Tapi aku peduli apa, ini blog aku, suka hati akulah. 

Aku masih ingat... semasa PRU-12 yang lepas, kawasan aku berjaya ditakluk oleh PAS. (Time tu PKR pun tumpang sekaki dengan kemenangan PAS sebab time tu PAS dan PKR kamching.) Adalah sorang hambaAllah nie, kawan aku actually, beriya-iya suruh aku join PKR waktu tu. Siap keluarkan dosier yg kononnya dia akan jadi ketua cawangan PKR di kawasan aku (padahal waktu tu ketua cawangan dah ada) dan nak aku jadi ketua wanita Perjuangan Kian Rebahnya tu. Masa tu aku dah cakap kat dia, "PKR takkan bertahan lama, percayalah." Dia pulak bermati-matian dengan hujah2-nya.

Berhujahlah macam mana sekali pun, but I'm a man of decision, I'll stick by my own principle, aku tak mudah goyah sebab aku bersyukur dengan situasi di bumi Msia sekarang nie. Aku bukan macam sesetengah orang yang mudah lompat sana-sini, yang mudah 'digula-gulakan'.  Aku tak mahu Mesia jadi macam Thailand.... rakyat yang digula-gulakan tak henti2 dgn reformasi sana-sini sebab 'si pemberi gula-gula' dah kantoi!

Aku tengok, ada jugak insan yang berjaya digula-gulakan sudah mula low profile, sudah mula simpan taring. Sebab apa? Sebab mereka dah mula nampak, 'keadilan' yang diperjuangkan hanya untuk kepentingan individu tertentu, bukan untuk rakyat. 




Aku tak kisah siapa pun nak perintah Mesia nie dengan syarat ia bukan untuk kepentingan individu. Masalah peribadi ke, kerja kotor ke, rasuah ke, itu dia sendiri jawab dengan Allah nanti. Yang penting, negara tak tergadai dan jaga kebajikan rakyat. Contohnya macam padang belakang rumah aku nie, dah jadi 'port' buang sampah, siap bina bangsal berdinding zink lagi. Yang tu saper nak jawab agaknye?



4 comments:

KC said...

kalau aku ni tak duduk kat situ, aku mungkin ingat gmbr yg ko paparkan tu kawasan setinggan! serius ni...camne area perumahan yg boleh dikategorikan sbgi kelas pertengahan dan mewah boleh jadik lagu tu? sape nak jawab?

payah nak cakaplah bab mentaliti nie...

Yanti Arshad said...

kc,

tulah, malas nak cakap. ada ahli majlis pun serupa tak ada ahli majlis. jawatan nak, kerja tak nak buat!

the principal said...

kat tepi pdg sebelah my house, asalnya utk buang daun2 kering, tp ramai yg buang used furnitures & segala mak nenek kat situ. Selalu kaum bapa yg buang tu. Last weekend right in front of our eyes, a mom turun kereta buang kaca kat situ. Mmg pentingkan diri sendiri. Tak pikir ke, budak2 kecik selalu cross kat situ. What if kaca tertusuk kat body parts bebudak tu, tak pikir ke? I wanted to sound je tp Shahrul kata "u ada biz, nanti org mrh kat u, mcm2 diaorg boleh buat aniaya".

Yanti Arshad said...

emy,

tulah... i cakap terus-terang, orang macam tu memang BANGANG, BENGONG, TOLOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...