My Insta

Instagram

Thursday, November 11

5A again!


"Alhamdulillah, aku bersyukur di atas kenikmatan yang Engkau limpahkan kepada kami sekeluarga serta rezeki yang Engkau kurniakan kepada anak-anakku. Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.".


Penantian memang satu penyeksaan. Last nite aku tak boleh tidur, ntah pukul berapa aku terlelap,  tak pasti. Begitulah selalunya bila result exam anak2 nak keluar (Afiq sedap jer berdengkur). This morning, aku cuba kawal nervous aku. Frankly, aku 50-50 dengan result Afiq walaupun ramai yang confident Afiq boleh dapat straight As. The last person yang convincekan aku last nite was Nina. She came to my house, bawak putu bambu (my favourite), we had hot tea dan we talked for hours. Thank you, Nina for being there.


Time nie, aku dapat unofficial result. Aku called Cikgu Marfuzah yg tengah sort-out all the results, then she said "Afiq and the geng dapat 5A!". Banyak kali aku tanya dia, "Afiq Mazlan dapat berapa?". Aku tanya banyak kali sebab dalam kelas tu ada empat orang nama Afiq termasuk nama anak dia, Afiq Faiz. Time nie yang sayu sangat walaupun slip result belum sampai ke tangan.


 Afiq tak dapat tahan sebak bila tahu dia dapat 5A. Hat trick! 2005, Awin also scored 5As tapi disebabkan zaman tu aku belum start blogging lagi. What a waste! Ceh!

Ini yang aku cakap kat Afiq...


"Sekarang Afiq rasa berbaloi tak selama 10 bulan.... ibu berleter suruh Afiq study 2 jam setiap hari, suruh Afiq selalu buat latih-tubi, lupakan bola, jangan tinggal solat, berpuasa sunat, lupakan PS2, pedulikan laptop, pekakkan telinga bila kawan2 ajak main, lupakan TV. Rasa berbaloi sangat-sangat, kan? Inilah hasilnya bila kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Itulah yang dinamakan usaha tangga kejayaan. Allah dah berjanji, sesiapa yang berusaha, kejayaan pasti datang."


 Pemandangan sekitar balkoni yang sarat dengan parents yang menunggu result anak masing2. Total students yang dapat 5As seramai 66 orang. Again SKSU dapat kalahkan SK Puncak Alam yang cuma dapat 48 students jer.


 Classmate Afiq... Ali Imran, Emir dan Khaidir, all of them 5As. Congrats! Student yang paling ramai dapat 5A ialah dari kelas Afiq, 6 Budi. Total of 23 students. Pelajar lelaki yang paling ramai dapat 5A juga ialah dari kelas Afiq. 


Pn. Noraini menyampaikan slip result kepada Afiq. This year memang banyak kejutan compared to last year. Aqil, pelajar yang sentiasa cemerlang, yang Afiq pun susah nak potong, suddenly dapat 4A 1B. Aizzat pulak dapat 3A 2B. Both of them ni memang dijangka akan dapat 5A. (Aqil yang duduk belakang sekali, pegang dahi. Aizzat, si chubby yang duduk depan Aqil). Sedih jugak tengok dorang.


 Aku bangga dengan kejayaan Afiq. Alhamdulillah, dia ikut footsteps Awin and Daniel. Hopefully dia tak ikut footsteps mereka masuk asrama, pergi meninggalkan aku. :-( . 


 Afiq dgn geng study group dia. Yang paling rajin ulang-alik ke rumah aku untuk study & buat latih-tubi dgn Afiq ialah Emir (the shortest one). Ali pulak (far right) pandai juga, tapi sibuk dengan training bola sepak Selangor Under 12.  


Yang ini pulak 'ibuk-ibuk' yang sedang bergumbira meraikan kejayaan anak masing2. Cikgu Marfuzah (tudung biru), first time anak ambil UPSR. Cikgu Wan pulak, this year 2nd experience. Last year anak dia sama2 dgn Daniel dapat 5A, this year anak dia sama2 dgn Afiq pulak. Alhamdulillah.


 Antara 66 students straight As. Congrats!


 Afiq dengan Cikgu Zaimah. Afiq tusyen dengan dia cuma 2 bulan terakhir nak UPSR jer... time tu result BM Afiq memang teruk. Tapi alhamdulillah, keberkatan Cikgu Zaimah dan kesungguhan Afiq, both result BM dapat A. Kami sekeluarga takkan lupakan jasamu, cikgu.


 Pn. Liana, cikgu Math Afiq... antara cikgu handal math di SKSU. Latih-tubinya sampai buat Afiq nak muntah sebab terlalu banyak. Tapi alhamdulillah, inilah hasilnya. 


 "Tima kasih cikgu, sebab mengajar anak saya sampai berjaya." Itu saja yang mampu aku ucapkan kepada Pn. Noraini, cikgu Sains dan Pn. Samihah, cikgu BI Afiq.


Cikgu PJ Afiq, En. Nazaril juga tumpang gembira.


Last but not least, Ust Rashid sangat teruja dengan result Afiq. Dia cam Afiq sebab Afiq jadi imam untuk solat hajat di surau sekolah dan membantu menguruskan Kem Bestari Solat Tahap 1.

Jutaan terima kasih kami kepada ibu bapa dan adik-beradik yang tak putus-putus memberikan dorongan serta mendoakan kejayaan anak2 kami. Terima kasih juga kepada kenalan2 yang jauh dan dekat, bloggers, online friends. Tak lupa juga kepada insan-insan yang turut membantu kejayaan Afiq seperti...

1. Cikgu Norizan, cikgu tusyen matematik. Ckg Norizan kemudiannya bertukar ke Putrajaya dan kemudian diambil alih oleh...

2. Ckg Zanariah, cikgu matematik berpengalaman (tinggal di Sri Pristana). Jasamu kami takkan lupa.

3. Cikgu Haslina, cikgu tusyen Sains dari Fokus Minda. Sekali lagi, tunjuk ajar cikgu ini memberi kesan kepada Afiq dan Daniel (last year).

4. Sir Yusri, cikgu tusyen English. Dah 2 tahun anak2 aku dengan Sir, dia  berjaya mendidik Daniel dan Afiq, from zero to hero. Thank you so much, Sir.

5. Cikgu Zaimah, cikgu tusyen BM. Walaupun cuma dua bulan Afiq timba ilmu dengan dia, tapi nampaknya  gabungan mereka sangat serasi. Sampaikan ke saat2 akhir, Ckg Zaimah mengirimkan SMS, beritahu tips2 menjawab. Terima kasih, cikgu. 


2008, PMR Awin




8 comments:

Disturbia said...

congrats to Afiq and to u too kak yanti.. saya tumpang happy dengan kejayaan Afiq... :)

Yanti Arshad said...

rihen,

tima kasih banyak. kami hepi sangat yg tak terhingga... alhamdulillah, Allah perkenankan doa kami suami isteri.

Sofu said...

congrats sis..
thn ni x dpt tgk tangisan kegembiraan akak..
apapun Afiq n u deserve it...

Yanti Arshad said...

sofu,

sofu playback la insiden menangis tahun lepas tu... hehehe

working mom... said...

k.yanti,
betapa bangga nya jd ibu yg melahirkan anak2 yg soleh dan bijak2 kan kak...its motivate me to be a good mother too... insyallah..:)

Runiza said...

Tahniah Yanti and the whole family!! Kejayaan Afiq adalah kejayaan the whole family juga... esp the mom!:D Tahun ini, giliran Izzaty pulak to sit for UPSR... eiii.. mama nya dah start debar.. :D

Intanterpilih said...

tahniah! bestnyerrrr dpt 5A..alhamdulillah

Yanti Arshad said...

niza & intanterpilih,

tqvm... alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...