My Insta

Instagram

Friday, October 8

itulah pentingnya ilmu



Musim haji tiba lagi. Esok merupakan penerbangan pertama jemaah haji Msia berlepas ke Tanah Suci. Alhamdulillah, mak dan abah pun dijemput menjadi tetamu-Nya pada tahun ini. InsyaAllah mereka akan berangkat pada 17 Oct, jam 1:30 pagi ke Madinah, penerbangan pertama under Utas Travel. Mereka dapat mengerjakan Haji Tamattuq, under pakej Utas, bukan Muasassah. 

Selain tu, ramai juga kawan2 aku yang turut menjadi tetamu-Nya. Aku tumpang gembira dan cemburu pun ada juga (cemburu yang baik, bukan cemburu yang jahat, ya). Namun rasa cemburu tu bertukar menjadi sedih sebab ada antara mereka yang pergi sebab 'tuntutan poket', bukan sebab tuntutan agama. Nauzubillah..... Tak dinafikan kita perlu bergolok-bergadai untuk mengerjakan haji tapi janganlah sampai nawaitu kita tersasar jauh dari landasan sebenar. Itulah pentingnya ilmu.

Apa taknya, ada yang nak pergi tanpa ada sebarang ilmu tentang haji dan hanya bersandarkan pengalaman  mengerjakan umrah. Mereka apply loan di bank, bila loan approved baru nak daftar di Tabung Haji, then siap guna 'kabel'  di Tabung Haji untuk buat rayuan dan terus dapat pergi. Tapi aku pun tak boleh nak komen banyak sebab ini semua kerja Allah, dia yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. Namun pada aku, walau apapun yang kita nak buat, tak kiralah apa, biarlah kita berilmu.

Aku tengok contoh mak dan abah aku. Selepas menunaikan umrah tahun 2007, mereka terus ikuti kursus haji selama 3 tahun berturut-turut  semata2 untuk mendalami bab haji. Kalau ikutkan mereka akan tunaikan haji pada tahun 2015 tapi bila mereka rasa mereka dah cukup bersedia dengan ilmu yang dipelajari, mereka pun buat rayuan ke Tabung Haji dan alhamdulillah, diterima. Lagipun mereka kata, sebelum pergi, mereka nak settlekan apa yang patut. Contohnya sucikan harta, bersihkan hati, settlekan apa yang tertunggak seperti fidyah puasa, zakat, etc. Kerana belum tentu lagi mereka dapat pulang ke tanah air selepas menunaikan haji. 

Mak dan abah pesan kat aku, "Jangan pergi sebab ada duit atau nak cepat2 naik haji. Sebabnya, haji pertama yang kita buat ialah wajib ke atas diri kita, jadi biarlah kita buat dengan bersungguh2. Sedangkan haji yang dibuat selepas itu (walaupun 10 kali haji), itu hanyalah sunat. Dan alangkah sayangnya jika haji pertama kita itu ditunaikan tanpa ilmu."

Kepada mereka yang bakal mengerjakan haji tahun ini, aku doakan kalian selamat pergi dan selamat pulang, moga-moga kalian dianugerahkan haji mabrur. Doakanlah sahabat2 yang belum diberi kesempatan ini, agar dapat mengerjakan haji pada tahun akan datang, insyaAllah.






10 comments:

KC said...

semoga yr parents selamat pegi dan balik dan beroleh haji mabrur. thanks fr the info...kena pi kursus lama la camni sblm dpt gi haji. hai umrah pun tak tau bila nak pi ni....huhu

p/s: woitt raya dah habis..tukarlah lagu lain

Yanti Arshad said...

kc,

tq so much.

better attend kursus lama sikit... alah tak rugi pun, lagipun FOC, tak bayaq sesen pun.

kami pernah attend kursus haji kat masjid merbau sempak, every sunday morning... lagipun dekat.

lagu tu aku nak sambung sampai raya haji. hehehe...

Teratak Hami said...

Yanty,
Rayuan perlu dibuat, itu yang Tabung Haji sarankan pada kami setiap apa request yang kami nak spt nak set tarikh pergi etc. Tapi pasal kabel tu, saya tak tahu pulak.

Siapa nama bapa& mak awak? Mana tahu kot terjumpa di sana.

Disturbia said...

kak yanti ,

semoga parents akak mendapat haji yg mabrur.. saya pun teringin nak pegi sana.. nak pegi umrah dulu but belum ada rezeki :)

Yanti Arshad said...

fizah,

yup, rayuan memang kena buat especially bila duit dah cukup tapi set tarikh tu sy tak pasti sebab setahu saya, Tabung Haji yang bagi tarikh, cuma kita pilihlah kita nak buat haji yang mana, tamattuq, qiran atau ifrad.

memang ada yang pakai kabel... (dari sumber yang blh dipercayai)

Kalthom Mohd Noor
Arshad Ahmad

kalau terjumpa, tegur la.. sy ada mentioned kat dorang yang awak pun gi haji tahun nie...

Yanti Arshad said...

rihen,

akak pun plan macam tu jugak... ingat nak buat umrah dulu.

hamidah said...

semoga parents yanti selamat pergi dan kembali dan mendapat haji mabruk....

Kebanyakan kita orang islam beribadat tanpa ilmu dan kefahaman hanya ikutan .......itu yang jadi nya...Itu sebab ada kalangan kita bila sudah kembali dari mengerjakan haji atau umrah perangai masih tidak berubah, kalau yang tidak tutup aurat masih lagi tidak tutup aurat. Kalau hati masih tidak ikhlas atau sombong masih lagi dengan perangai lamanya...so kita fikir2 kan lah.

Apa yang yanti cakap itu betul.. beribadatlah dengan berilmu dan kefahaman insyallah selamat dunia akhirat...

Intanterpilih said...

hai, just nak komen, saya silent reader.
haji ni kerja Allah. memang tak tau siapa dan bila yang akan terpilih. Tuhan memungkinkan pelbagai cara kalau dia nak jemput hambanya ke sana..pada yg dah dijemput, memang kena bersyukur byk byk, pada yang belum dijemput, memang kena mintak doa. duit bukanlah penyebab kiter sampi ke sana sebaliknya rahmat dia menyampaikan kita ke sana. Sebab tu ada kes kaya raya tapi tak sampai sampai, tp yg kerja bendang pulak sampai ke sana..tu semua atas rahmat allah...bukan sebab duit...just my 2cents..

Yanti Arshad said...

kak midah,


tima kasih. sedih kan, bila tengok org yang balik haji perangainya masih di takuk lama, tak ada perubahan langsung. nauzubillah...

Yanti Arshad said...

intanterpilih,

thank you for dropping by.

betul tu, semuanya kerja Allah. semoga kita tergolong dalam hamba yang dipilih-Nya dan moga2 kita mengikut contoh si pekerja bendang...

really appreciate your 2cents...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...