My Insta

Instagram

Monday, October 11

miskin bandar!

Msia budget 2011 coming out soon. This morning, with full of spirit, I watched the morning-live-talkshow (that's my morning routine). Tetamunya ialah our renowned politic analyst, Datuk Salleh Majid (kalau tak silap, abang kepada Sheila Majid). Sape tak kenal dia nie sangatlah rugi. Bila dia buka mulut,  semua orang pastinya terpukau dengan bahas-bahas dan fakta-faktanya. Pahit untuk didengar tapi itulah hakikatnya.

Datuk Salleh Majid ni genius Melayu, pakar ekonomi, orang hebat. Kelebihan beliau ialah beliau boleh menjelaskan isu ekonomi yang kompleks hingga orang kampung, malah aku sendiri yang tak tahu apa-apa pasal saham dan ekonomi pun boleh faham dari A sampai Z. Aku terpegun bila dia boleh explain pasal masalah yang Malaysia hadapi sekarang ini dengan begitu mudah, ringkas dan sangat menarik. 

Antara point nya yang menarik perhatian aku pagi tadi ialah...

... "Kita punya KLIA, LCCT,  KL Sentral semua canggih, takkan Pudu Raya pun tak boleh canggih? Sedangkan 70% pengguna banyak bergantung kepada Pudu Raya.  
Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, air-cond asyik rosak, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio, hilang tayar."









Here's another one...
... "Maaf jika saya katakan di sini, ya. Jangan ingat bila duduk di bandar, gaji $4 ribu, $5 ribu tu dah hebat, sebenarnya itu miskin bandar!."  Datuk ni memang sangat vocal tapi apa yang dia cakap memang ada kebenarannya.








Another point of his...
..."Ramai rakyat Msia bekerja di luar negara kerana kemahiran, bakat dan titik peluh mereka lebih diiktiraf di sana. Sedangkan Msia,  
bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangkan kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti."  




Dia pakar ekonomi tapi cara dia ulas macam duduk kedai kopi je. Aku suka bentuk penjelasan yang sebegini, tak perlu guna istilah ekonomi yang pelik-pelik, style dia simple and direct to the point.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...