My Insta

Instagram

Monday, October 18

mambur hendaknya...

Para ulama sependapat menegaskan “Haji mabrur itu ialah haji yang bersih dari segala dosa, penuh dengan amal soleh dan kebajikan-kebajikan.” 

Petunjuk Rasulullah Saw sebagaimana dijelaskan dalam hadis-Nya dalam menggapai haji mabrur:

Pertama: Tunaikanlah ibadah haji dengan benar-benar niat yang ikhlas kerana Allah SWT. 

Kedua: Segala biaya dan nafkah yang digunakan untuk menunaikan ibadah haji haruslah benar-benar bersumber dari yang halal.

Ketiga: Melakukan manasik hajinya dengan meneladani dan mempedomani manasik haji Rasulullah SAW. 

Keempat: Ibadah haji yang ditunaikan harus mampu memperbaiki akhlak dan tingkah laku sesudah kembali dari tanah suci dan dapat menyelesaikan manasik hajinya secara sempurna



16 Okt, 4 petang: 5 jam sebelum berangkat ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. 


Sedara-mara dari merata tempat memenuhi segenap ruang rumah. Kami mengadakan majlis kecil doa selamat sebelum mak dan abah berangkat. 


Bersalaman dan bertemu buat kali terakhir. Alhamdulillah, murah rezeki mak dan abah. Ramai yang turut memberikan sumbangan begitu juga dengan pesanan2. 


16 Okt, 9 malam: 5 jam sebelum berangkat ke KLIA. Bacaan doa selamat mengiringi mak dan abah sebelum bertolak ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.


Azan dilaungkan oleh Pak Ramli di depan pintu sebelum mak dan abah menjejakkan kaki keluar dari rumah, moga2 perjalanan ini dirahmati oleh-Nya. Amin....


Kami berkonvoi lima buah kereta ke Kelana Jaya tepat jam 9 malam. Kami mengetuai perjalanan sebab mak dan abah naik dengan kami. 


16 Okt, 10 malam: 4 jam sebelum ke KLIA. Jadual penerbangan pertama Utas Travel ialah jam 5:30 pagi tapi perlu melaporkan diri di Kelana Jaya jam 12:30 pagi, kemudian berangkat ke KLIA jam 2:30 pagi.


Antara sedara-mara yang menemani mak dan abah di Kelana Jaya. Kami berbual-bual, meninggalkan pesanan itu ini kepada mak dan abah serta berkongsi pengalaman haji orang lain sambil menunggu dipanggil oleh pihak Tabung Haji.


Gelang tangan abah yang dipakaikan oleh Angah.


Aku pula pakaikan gelang tangan untuk mak. Siap ada nama, no. MyKad dan butiran penerbangan.


Dalam kesibukan, terlupa nak tulis nama2 pada beg. Mujur Angah teringat.


Antara kawan-kawan pejabat abah yang datang. Abah akan pencen next year. Abah kata, mereka inilah pelapis2 muda di Jabatan Kewangan.


17 Okt, 12:15 malam. Pengumuman oleh Tabung Haji untuk para jemaah. Aku orang yang paling lama memeluk mak dan abah. Inilah peluang terakhir aku meminta ampun dan maaf, minta agar dihalalkan segala makan minum dan aku minta mereka doakan keberkatan hidup kami sekeluarga. Sebak dan sayu nak melepaskan mereka pergi....Aku sebagai anak yang sulung, diberi amanah untuk menanya-nanyakan keadaan adik2 dan menjenguk mereka di rumah sepanjang pemergian mereka. Walaupun mereka bertiga tu semuanya dah besar panjang, amanah tetap amanah. 

Beg2 Utas dan maklumat perjalanan dan penginapan di Madinah dan Mekah.


Abah di checkpoint sebelum memasuki dewan bas.


Terpancar sejuta kegembiraan di wajah mak. Mak kata, sepanjang minggu, mak macam budak tadika yang baru nak masuk sekolah. Kejap2 try kasut, try jubah, cek beg, cek nametag, letak beg tepi katil. Mak excited sangat2. Aku tahu mak dan abah sudah benar2 pasrah kepada Yang Maha Besar. Namun semua itu kerja Yang Maha Esa, semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya di sana nanti.


Antara jemaah-jemaah di bawah pakej Utas Travel. Hiba sungguh rasa hati melepaskan mak dan abah. Allah saja yang tahu. Namun aku redha dengan ketentuan Ilahi. Jodoh pertemuan, ajal, maut semua di tangan-Nya.


Mak dan abah beratur untuk ke dewan bas. Mereka akan menaiki Saudi Airlines dari KLIA terus ke Madinah. "Ya Allah, Engkau lancarkanlah perjalanan mereka pergi dan balik sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui, Kau lindungilah mereka sepanjang perjalanan kerana Engkaulah Maha Pelindung... Amin."

Jam 2:30 pagi, abah mengirimkan SMS. "Kami nak bertolak ke KLIA". 

Jam 5:00 pagi.. "Kami sudah dalam Saudi Airlines, sekejap lagi berlepas."

18 Okt, 7:30 malam... "Salam kasih sayang daripada kami di Masjid Nabawi". Sebak aku baca sms kiriman abah. Inilah kali pertama kami berjauhan daripada mereka untuk satu tempoh yang lama dan ini juga kali pertama kami bakal menyambut Aidil Adha tanpa mak dan abah.

Jadual penerbangan balik ke Msia ialah pada 2 Disember jam 1:30 pagi. 


4 comments:

Intanterpilih said...

arghhh....saya pun turut sayu baca ni.
Semasa keberangkatan kami dulu, memang sedih,sayu dan seribu satu macam perasaan. Tapi once dah melangkah ke perut kapal terbang, automatically set the mind to do the hajj..no turning back..i bet your parents also like that. Semoga mereka mendapat haji mabrur..dan dipermudahkan

Teratak Hami said...

Yanty,
Sure your parents sedang tenang & bergembira di Madinah. Semoga mendapat Haji Mabrur ... insyaAllah

Yanti Arshad said...

intanterpilih,

tima kasih sebab rajin juga singgah di blog sy yang tak seberapa nie.

sy pun pesan kat mereka begitu, tumpukan kpd haji, jgn asyik risau keadaan anak2 di mesia.

Yanti Arshad said...

fizah,

sms yg dorang kirim semuanya berbunyi ketenangan dan kegembiraan. alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...