My Insta

Instagram

Wednesday, October 20

khabar dari Madinah

Masjid Nabawi berwajah baru...

Sejak berangkat, setiap hari mak dan abah kirimkan sms. Menceritakan keindahan kota  Madinah, keadaan yang serba baru, kelancaran mereka mengerjakan ibadat. 

"Aku bersyukur di atas nikmat-Mu, Ya Allah. Aku bersyukur kerana Engkau mempermudahkan urusan haji ibu dan ayahku... Amin."

Semalam....
2:25 petang (9:25 pagi waktu Madinah)
Abah: "Kami tengah shopping, nak pesan apa-apa tak?"
Aku: "Belikan kami telekung dan jubah for the boys, tapi warna lain-lain."

3:00 petang (10 pagi waktu Madinah)
Mak: "Kat sini telekung tak berapa okey, nanti mak carikan kat Mekah. Jubah untuk Qme saiz apa?"
Aku: "Tak sure.... mak beli labuh pun tak apa, nanti boleh potong."

7:00 malam ( 2 petang waktu Madinah)
Mak: "Alhamdulillah... laluan mak ke Raudah sangat lancar."
Aku: "Alhamdulillah... "


Hari ini....
Dan awal pagi tadi kira2 jam 2:15 pagi (9:15 malam waktu Madinah)
Mak: "Hari ini Masjid Nabawi seakan-akan Arafah, org dah mula sampai, mak kena himpit macam roti tampal, hebat sungguh keadaan di sini, doakan mak dan abah selamat. wasalam"
Aku: "Sekarang jam 2:15 pagi di mesia. Kami takkan berhenti doakan keselamatan dan kesihatan mak dan abah di sana. Apa2 nanti, sms ya."

Terus mata ni terkebil2... tak boleh tidur.

"Ya Allah, Kau lindungilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka melindungiku semasa aku kecil dan sesungguhnya kerana Engkaulah Maha Pelindung, Kau lancarkanlah perjalanan mereka dan permudahkanlah urusan mereka setiap hari Sesunguhnya Engkaulah Maha Mengetahui, Kau kurniakanlah mereka kesihatan yang baik supaya mereka dapat menjalankan segala ibadah dengan sempurna. Ya Allah, hanya kepada-Mu aku meminta kerana Engkaulah Maha Pemberi dan kepada-Mu jugalah aku berserah, kerana Engkaulah Yang Penentu. Amin...."

2:15 petang (9:15 pagi waktu Madinah)
Abah: "Kami melawat ladang kurma... tgh makan kurma nie..."
Aku: "Wah, bestnya! Jangan main nyorok2 celah pokok, sudah. heheh."



4 comments:

working mom... said...

insyallah kak...semoga parents akak selamat pergi dan selamat kembali...
teringat pengalaman 5 tahun lepas waktu ibu saya pergi haji...payah nak tahu khabar sbb ibu xmahu bawa hp..katanya nnt takut terganggu...lps 3 hari dia bertolak br dgr sore dia...bile dgr jer..trus berjujuran airmata xdpt ditahan2..hukhuk..bila nampak laporan berita di tv dan nampak manusia berduyun2..serasa nampak ibu saya sekali disitu...sungguh sayu perasaan itew... :)

Yanti Arshad said...

zaila,

alhamdulillah.... akak tak berjujuran air mata bila dengar suara mak. mungkin sebab terlalu rapat, jd rasa macam dia ada di sebelah, macam selalu...

ataupun... saat itu belum tiba lagi kot...

Teratak Hami said...

Alhamdulillah .... your parents mesti excited & happy nak share experience dgn anak2. Sometimes kita yang terima berita pun rasa macam nak berada di sana.

**Kuch-kuch hota hei di ladang kurma .. hehe

Yanti Arshad said...

fizah,

yg penting dorang sihat... tu yg utama saya doakan, supaya mereka senang nak beribadat. mak saya selalu cakap, "belum tau lagi lepas ni ada umur ke tak, nak sampai lagi ke sana tu..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...