My Insta

Instagram

Friday, October 15

H A L U A N

Antara NGO yang sudah lama bertapak, tapi tak ramai yang sedar akan kewujudannya. HALUAN beroperasi di atas usaha para sukarelawan2. Kita boleh bersama-sama membantu HALUAN dengan memberikan apa saja bentuk sumbangan atau kepakaran yang ada.


Kami ke HALUAN di Subang Perdana untuk menyerahkan pakaian2 terpakai yang masih lagi elok digunakan untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin yang menderita. HALUAN merupakan satu medium yang mudah lagi telus, kita tak rasa ragu2.


 Adik Mus (we called him adik sebab dia masih lagi bujang), bertanggungjawab menguruskan sumbangan2 yang diterima. Bekas technician di UITM ini melepaskan jawatannya semata2 mahu menumpukan sepenuh perhatian di HALUAN. Menurut Mus, beliau akan menyertai konvoi ke Gaza pada Disember depan, kapal yang dinaikinya akan masuk melalui Syria. Beliau juga pernah menyertai misi bantuan ke Palestin dan melalui banyak rintangan. Pelbagai pengalaman yang beliau kongsikan dengan kami. Terharu rasanya....



 Antara banner untuk misi bantuan ke Gaza.


 Majalah2 yang diterbitkan oleh HALUAN Malaysia.



 Siapa yang tak kenal dengan nama tokoh di atas....



 Inilah sumbangan kami. 4 kotak berisi pakaian2 serta kasut2 kami anak-beranak dan dua beg plastik pakaian tebal dan blanket. Moga2 sumbangan  yang tak seberapa ini dapat dimanfaatkan oleh mereka. 



Antara keratan2 majalah HALUAN yang menyentuh perasaan kita dan membuat kita insaf betapa bertuahnya bumi Malaysia ini. Kepada yang ingin menyumbang, teruskan niat murni anda kerana mungkin apa yang tidak diperlukan oleh kita, merupakan seribu rahmat buat mereka di sana. Fikir-fikirkan....

1 comment:

zarin said...

thanks for sharing..i pun tk tahu about this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...