My Insta

Instagram

Friday, October 29

Camping Ulu Bendul

 8pagi @SKSU...
...dah promised dgn Afiq nak temankan dia utk perhimpunan perkhemahan Ulu Bendul. Lepas breakfast, kami terus ke sekolah. Time tu, ramai jugak yang dah sampai. Sebenarnya ini xtvt pelajar UPSR tapi more than half ialah student Year 5 sebabnya ramai pelajar UPSR join trip ke Genting. Ramai yg tak tahu pasal trip Ulu Bendul nie sebenarnya. Afiq ialah pengerusi PRS, jadi bila dia tahu ada camping nie, dia tak nak join trip Genting. Fees RM85, 3H 2M... boleh sangatlah tu.



 Semasa berkumpul, aku noticed, Afiq is the tallest. Yang lain semuanya 'cinonit' and 'comei-comei' gitu. Alhamdulillah, aku dianugerahkan anak yang tinggi2 belaka except for Haqimie yang forever orang ingat dia 4 yrs old sedangkan dah 7yrs old. Biasalah tu... macam jari kita juga, tak sama panjang.... :-)


Antara peserta yang mengikuti Perkhemahan Ulu Bendul.


 Serba baru.... Tshirt perkhemahan, treksut, kasut, beg camping. Last but not least, semangat baru nak pergi camping!



Guru besar, En. Ikhsan turut hadir untuk memberikan pesanan2 keselamatan kepada peserta perkhemahan. Yang menebeng-nebeng tu ialah parents yang turut mahu melihat anak masing-masing 'berlepas'. 


Doa dibacakan oleh Ustaz Helmi. Sangat sesuai pada hari dan ketikanya... pagi Jumaat yang gerimis.


Sesi mengisi beg ke dalam perut bas. Aku pesan kat Afiq, jangan duduk depan sangat, jangan duduk belakang sangat. For what reason, ek? Ntah, aku pun tak tahu... 



Afiq naik Bas A. Ada lima bas kesemuanya bagi memuatkan 185 peserta serta 15 guru. According to Ckg Zambri, "tempat tu selamat, not to worry." Lega aku dengar. But still, hati seorang ibu... faham-faham sajalah, kan. "Hai, Cikgu Besar, nak ikut sekali ke tu??"



Rasanya berbakul2 aku pesan kat Afiq. Antaranya...
... Jangan lupa niat musafir, sentiasa baca doa, don't get too excited, jangan gatal tangan nak patahkan ranting, petik daun, jaga percakapan bila dalam hutan, sentiasa berdua kalau perlu mana-mana, ke toilet ke, nak mandi ke, cari cikgu ke, behave dan jaga barang /peralatan sendiri.

I guess, ini saja gambar yang ada sebabnya aku tak bagi dia bawa camera. 





Tuesday, October 26

khabar dari Mekah

Dah lama tak terima sms mak dan abah sejak last sms mereka dr Madinah. Aku pun tak kisah sangat sebab tahu mereka sibuk beribadat. Tiba2 semalam, mak sms aku...

Tepat 7mlm = 2ptg waktu Madinah
Mak: Kami nak bertolak ke Mekah, 8hrs journey, doakan kami selamat sampai, kami sihat.
Aku: Alhamdulillah... kami akan doakan.

Subuh2 tadi jam 4:30 pagi = 10:30mlm waktu Madinah
Abah: Alhamdulillah, kami selamat sampai. Perjalanan lancar.
Aku: Syukur alhamdulillah... 

7:45pagi = 2:45 pagi waktu Madinah
Abah: Selesai mengerjakan tawaf dan saei.
Aku: Kami doakan semuanya berjalan lancar, jgn lupa doakan kami di sini.

"Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kedua orang tuaku kerana Engkau Maha Mengetahui dan Kau lindungilah mereka dari segala bencana yang Kau turunkan ke muka bumi ini kerana Engkaulah Maha Pelindung lagi Maha Mengasihani... Amin."



Wednesday, October 20

khabar dari Madinah

Masjid Nabawi berwajah baru...

Sejak berangkat, setiap hari mak dan abah kirimkan sms. Menceritakan keindahan kota  Madinah, keadaan yang serba baru, kelancaran mereka mengerjakan ibadat. 

"Aku bersyukur di atas nikmat-Mu, Ya Allah. Aku bersyukur kerana Engkau mempermudahkan urusan haji ibu dan ayahku... Amin."

Semalam....
2:25 petang (9:25 pagi waktu Madinah)
Abah: "Kami tengah shopping, nak pesan apa-apa tak?"
Aku: "Belikan kami telekung dan jubah for the boys, tapi warna lain-lain."

3:00 petang (10 pagi waktu Madinah)
Mak: "Kat sini telekung tak berapa okey, nanti mak carikan kat Mekah. Jubah untuk Qme saiz apa?"
Aku: "Tak sure.... mak beli labuh pun tak apa, nanti boleh potong."

7:00 malam ( 2 petang waktu Madinah)
Mak: "Alhamdulillah... laluan mak ke Raudah sangat lancar."
Aku: "Alhamdulillah... "


Hari ini....
Dan awal pagi tadi kira2 jam 2:15 pagi (9:15 malam waktu Madinah)
Mak: "Hari ini Masjid Nabawi seakan-akan Arafah, org dah mula sampai, mak kena himpit macam roti tampal, hebat sungguh keadaan di sini, doakan mak dan abah selamat. wasalam"
Aku: "Sekarang jam 2:15 pagi di mesia. Kami takkan berhenti doakan keselamatan dan kesihatan mak dan abah di sana. Apa2 nanti, sms ya."

Terus mata ni terkebil2... tak boleh tidur.

"Ya Allah, Kau lindungilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka melindungiku semasa aku kecil dan sesungguhnya kerana Engkaulah Maha Pelindung, Kau lancarkanlah perjalanan mereka dan permudahkanlah urusan mereka setiap hari Sesunguhnya Engkaulah Maha Mengetahui, Kau kurniakanlah mereka kesihatan yang baik supaya mereka dapat menjalankan segala ibadah dengan sempurna. Ya Allah, hanya kepada-Mu aku meminta kerana Engkaulah Maha Pemberi dan kepada-Mu jugalah aku berserah, kerana Engkaulah Yang Penentu. Amin...."

2:15 petang (9:15 pagi waktu Madinah)
Abah: "Kami melawat ladang kurma... tgh makan kurma nie..."
Aku: "Wah, bestnya! Jangan main nyorok2 celah pokok, sudah. heheh."



Monday, October 18

Goodbye Max...

13 Oct... I had to say goodbye to my Astro Max. It has been loyal to us for more than three years and actually I've NO PLAN to upgrade it to Byond PVR (Personal Video Recorder) due to NO HD TV yet.   Currently I am using an old tube TV but MY ASTRO MAX is always hang and sometimes my recorded programmes are all jumbled up. Irritating! Then I asked my soulmate to call Astro to make a complaint. 

this is their answers: 
"Free upgrade to byond PVR, there is no need to subscribe to byond HD channels if you dont have LCD atau Plasma TV whatsoever. Free 24mnths for recording function (afterall it's only RM10  permnth) and free lifetime warranty for PVR and accessories. But you need to upgrade your Max before 22nd Oct to enjoy these offers."

All FOC? Tunggu apa lagi? We make a booking for free installation!


A new black satellite dish.

As a loyal Astro Max customer, I appreciate the convenience of recording. Now even better, the dual tuners is to record up to 2 progs simultaneously. Tak payah lagi nak berebut-rebut dgn my soulmate when his favourite prog 'collide' with my progs.

This is our third decorder. Now I'm so happy bcoz it has 290 hours of uninterrupted recordings for standard definition and 100 hours for HD. They even have larger hard disk capacity of 500GB. 


Personally, I dont like the design of this Byond remote control. Bulky plus it has 3 new buttons which is already confusing. 


But if you ask me, I would prefer Astro Max accessories. Last but not least, this Byond PVR offer is for Astro Max customer only! If you are using a normal decoder, then it's not FOC! 

Here is my AstroMax story.


mambur hendaknya...

Para ulama sependapat menegaskan “Haji mabrur itu ialah haji yang bersih dari segala dosa, penuh dengan amal soleh dan kebajikan-kebajikan.” 

Petunjuk Rasulullah Saw sebagaimana dijelaskan dalam hadis-Nya dalam menggapai haji mabrur:

Pertama: Tunaikanlah ibadah haji dengan benar-benar niat yang ikhlas kerana Allah SWT. 

Kedua: Segala biaya dan nafkah yang digunakan untuk menunaikan ibadah haji haruslah benar-benar bersumber dari yang halal.

Ketiga: Melakukan manasik hajinya dengan meneladani dan mempedomani manasik haji Rasulullah SAW. 

Keempat: Ibadah haji yang ditunaikan harus mampu memperbaiki akhlak dan tingkah laku sesudah kembali dari tanah suci dan dapat menyelesaikan manasik hajinya secara sempurna



16 Okt, 4 petang: 5 jam sebelum berangkat ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. 


Sedara-mara dari merata tempat memenuhi segenap ruang rumah. Kami mengadakan majlis kecil doa selamat sebelum mak dan abah berangkat. 


Bersalaman dan bertemu buat kali terakhir. Alhamdulillah, murah rezeki mak dan abah. Ramai yang turut memberikan sumbangan begitu juga dengan pesanan2. 


16 Okt, 9 malam: 5 jam sebelum berangkat ke KLIA. Bacaan doa selamat mengiringi mak dan abah sebelum bertolak ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.


Azan dilaungkan oleh Pak Ramli di depan pintu sebelum mak dan abah menjejakkan kaki keluar dari rumah, moga2 perjalanan ini dirahmati oleh-Nya. Amin....


Kami berkonvoi lima buah kereta ke Kelana Jaya tepat jam 9 malam. Kami mengetuai perjalanan sebab mak dan abah naik dengan kami. 


16 Okt, 10 malam: 4 jam sebelum ke KLIA. Jadual penerbangan pertama Utas Travel ialah jam 5:30 pagi tapi perlu melaporkan diri di Kelana Jaya jam 12:30 pagi, kemudian berangkat ke KLIA jam 2:30 pagi.


Antara sedara-mara yang menemani mak dan abah di Kelana Jaya. Kami berbual-bual, meninggalkan pesanan itu ini kepada mak dan abah serta berkongsi pengalaman haji orang lain sambil menunggu dipanggil oleh pihak Tabung Haji.


Gelang tangan abah yang dipakaikan oleh Angah.


Aku pula pakaikan gelang tangan untuk mak. Siap ada nama, no. MyKad dan butiran penerbangan.


Dalam kesibukan, terlupa nak tulis nama2 pada beg. Mujur Angah teringat.


Antara kawan-kawan pejabat abah yang datang. Abah akan pencen next year. Abah kata, mereka inilah pelapis2 muda di Jabatan Kewangan.


17 Okt, 12:15 malam. Pengumuman oleh Tabung Haji untuk para jemaah. Aku orang yang paling lama memeluk mak dan abah. Inilah peluang terakhir aku meminta ampun dan maaf, minta agar dihalalkan segala makan minum dan aku minta mereka doakan keberkatan hidup kami sekeluarga. Sebak dan sayu nak melepaskan mereka pergi....Aku sebagai anak yang sulung, diberi amanah untuk menanya-nanyakan keadaan adik2 dan menjenguk mereka di rumah sepanjang pemergian mereka. Walaupun mereka bertiga tu semuanya dah besar panjang, amanah tetap amanah. 

Beg2 Utas dan maklumat perjalanan dan penginapan di Madinah dan Mekah.


Abah di checkpoint sebelum memasuki dewan bas.


Terpancar sejuta kegembiraan di wajah mak. Mak kata, sepanjang minggu, mak macam budak tadika yang baru nak masuk sekolah. Kejap2 try kasut, try jubah, cek beg, cek nametag, letak beg tepi katil. Mak excited sangat2. Aku tahu mak dan abah sudah benar2 pasrah kepada Yang Maha Besar. Namun semua itu kerja Yang Maha Esa, semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya di sana nanti.


Antara jemaah-jemaah di bawah pakej Utas Travel. Hiba sungguh rasa hati melepaskan mak dan abah. Allah saja yang tahu. Namun aku redha dengan ketentuan Ilahi. Jodoh pertemuan, ajal, maut semua di tangan-Nya.


Mak dan abah beratur untuk ke dewan bas. Mereka akan menaiki Saudi Airlines dari KLIA terus ke Madinah. "Ya Allah, Engkau lancarkanlah perjalanan mereka pergi dan balik sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui, Kau lindungilah mereka sepanjang perjalanan kerana Engkaulah Maha Pelindung... Amin."

Jam 2:30 pagi, abah mengirimkan SMS. "Kami nak bertolak ke KLIA". 

Jam 5:00 pagi.. "Kami sudah dalam Saudi Airlines, sekejap lagi berlepas."

18 Okt, 7:30 malam... "Salam kasih sayang daripada kami di Masjid Nabawi". Sebak aku baca sms kiriman abah. Inilah kali pertama kami berjauhan daripada mereka untuk satu tempoh yang lama dan ini juga kali pertama kami bakal menyambut Aidil Adha tanpa mak dan abah.

Jadual penerbangan balik ke Msia ialah pada 2 Disember jam 1:30 pagi. 


Friday, October 15

H A L U A N

Antara NGO yang sudah lama bertapak, tapi tak ramai yang sedar akan kewujudannya. HALUAN beroperasi di atas usaha para sukarelawan2. Kita boleh bersama-sama membantu HALUAN dengan memberikan apa saja bentuk sumbangan atau kepakaran yang ada.


Kami ke HALUAN di Subang Perdana untuk menyerahkan pakaian2 terpakai yang masih lagi elok digunakan untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin yang menderita. HALUAN merupakan satu medium yang mudah lagi telus, kita tak rasa ragu2.


 Adik Mus (we called him adik sebab dia masih lagi bujang), bertanggungjawab menguruskan sumbangan2 yang diterima. Bekas technician di UITM ini melepaskan jawatannya semata2 mahu menumpukan sepenuh perhatian di HALUAN. Menurut Mus, beliau akan menyertai konvoi ke Gaza pada Disember depan, kapal yang dinaikinya akan masuk melalui Syria. Beliau juga pernah menyertai misi bantuan ke Palestin dan melalui banyak rintangan. Pelbagai pengalaman yang beliau kongsikan dengan kami. Terharu rasanya....



 Antara banner untuk misi bantuan ke Gaza.


 Majalah2 yang diterbitkan oleh HALUAN Malaysia.



 Siapa yang tak kenal dengan nama tokoh di atas....



 Inilah sumbangan kami. 4 kotak berisi pakaian2 serta kasut2 kami anak-beranak dan dua beg plastik pakaian tebal dan blanket. Moga2 sumbangan  yang tak seberapa ini dapat dimanfaatkan oleh mereka. 



Antara keratan2 majalah HALUAN yang menyentuh perasaan kita dan membuat kita insaf betapa bertuahnya bumi Malaysia ini. Kepada yang ingin menyumbang, teruskan niat murni anda kerana mungkin apa yang tidak diperlukan oleh kita, merupakan seribu rahmat buat mereka di sana. Fikir-fikirkan....

Wednesday, October 13

it's MEMORABLE now!

I'm thinking of changing my blog's name... for months. Finally I've found one. I've been using the previous name for more than a year and suddenly this one famous celebrity commercialized it with her cosmetics! 

To my bloggers, please change 'the cosmetic name' to Memorable. Thank you... really appreciate it.

Tuesday, October 12

mansuh!

Pastinya ramai menunggu keputusan cadangan pemansuhan UPSR dan PMR, aku tak terkecuali. Three, fours days ago, our TPM cum Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan secara tidak rasmi yang UPSR berkemungkinan akan dikekalkan, manakala pemansuhan PMR diteruskan dan digantikan dengan penilaian berasaskan sekolah. 



PMR dan UPSR akan menggunakan format baru mulai 2016. Peperiksaan bagi pelajar Tingkatan Tiga akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah manakala peperiksaan UPSR  akan mempunyai bentuk dan format yang agak berbeza. Ini bermakna sekiranya pemansuhan PMR dan penambahbaikan UPSR ini telah diluluskan, kohort pertama akan bermula pada 2011. 

Antara orang yang happy giler of course lah aku. Kalau everything smooth sailing, maknanya my boys, Daniel dan Afiq, will skip PMR and will sit for SPM exam lagi four and five years. Mukhriz dan Qme pun will sit for UPSR lagi four and five years jugak. 

Tapi apa-apapun, kita tunggulah official announcementnya nanti. 


Monday, October 11

miskin bandar!

Msia budget 2011 coming out soon. This morning, with full of spirit, I watched the morning-live-talkshow (that's my morning routine). Tetamunya ialah our renowned politic analyst, Datuk Salleh Majid (kalau tak silap, abang kepada Sheila Majid). Sape tak kenal dia nie sangatlah rugi. Bila dia buka mulut,  semua orang pastinya terpukau dengan bahas-bahas dan fakta-faktanya. Pahit untuk didengar tapi itulah hakikatnya.

Datuk Salleh Majid ni genius Melayu, pakar ekonomi, orang hebat. Kelebihan beliau ialah beliau boleh menjelaskan isu ekonomi yang kompleks hingga orang kampung, malah aku sendiri yang tak tahu apa-apa pasal saham dan ekonomi pun boleh faham dari A sampai Z. Aku terpegun bila dia boleh explain pasal masalah yang Malaysia hadapi sekarang ini dengan begitu mudah, ringkas dan sangat menarik. 

Antara point nya yang menarik perhatian aku pagi tadi ialah...

... "Kita punya KLIA, LCCT,  KL Sentral semua canggih, takkan Pudu Raya pun tak boleh canggih? Sedangkan 70% pengguna banyak bergantung kepada Pudu Raya.  
Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, air-cond asyik rosak, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio, hilang tayar."









Here's another one...
... "Maaf jika saya katakan di sini, ya. Jangan ingat bila duduk di bandar, gaji $4 ribu, $5 ribu tu dah hebat, sebenarnya itu miskin bandar!."  Datuk ni memang sangat vocal tapi apa yang dia cakap memang ada kebenarannya.








Another point of his...
..."Ramai rakyat Msia bekerja di luar negara kerana kemahiran, bakat dan titik peluh mereka lebih diiktiraf di sana. Sedangkan Msia,  
bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangkan kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti."  




Dia pakar ekonomi tapi cara dia ulas macam duduk kedai kopi je. Aku suka bentuk penjelasan yang sebegini, tak perlu guna istilah ekonomi yang pelik-pelik, style dia simple and direct to the point.



Two Glamorous Weddings 10.10.10

Datuk Dr. Sheikh Muzaffar & Datin Dr. Halina Yunos.

I love to see this couple. Both are sweet. Ini baru betul-betul "sama cantik, sama padan. Bagai pinang dibelah dunia" and all the saying yang seangkatan dengannya. I watched their nikah ceremony then their persandingan at PICC which was on-aired live kat TV3. So glamour gitu. To me, the ceremony itself simple jer tapi kehebatan, keglamoran pasangan ini yang meng 'gah' kan majlis tersebut. Apatah lagi dengan dua gelaran baru yang disandang oleh Dr. Halina, Datin dan isteri.

 Walaupun konsep kayangannya agak tidak diterjemahkan di kaca TV, tapi aku dapat rasakan kemeriahan yang amat sangat.


Pakaian Dr. Halina disponsored by Datuk Bernand Chandran, tema futuristik.Cantik sungguh Dr. Halina. Hensem sungguh Sheikh Muszaphar. Make up pun cantik. Simple je 


This was taken two years ago at his restaurant, Rebung, at Bangsar. I still remember, masa ini Dr. Halina was there too. Tapi waktu tu dia masih malu-malu kucing to expose herself. 

Another glamorous wedding of the owner of Sani Express. Majlis pernikahan usahawan bas berjaya, Datuk Wan Mohamad Sani Salleh, 34, dengan Fatimah Dalilah Omar, 30, di Masjid Kristal meriah dengan konvoi lebih 10 kereta mewah termasuk Ferrari dan Lamborghini. Pihak pengantin lelaki menyediakan 13 dulang hantaran termasuk cek bernilai RM100,000 dan sebuah Mercedes Benz CLK manakala hantaran balas pihak perempuan 15 dulang. 


Datuk Sani Salleh dan Datin Fatimah Dalillah Omar.


Datuk Sani Salleh pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Eizlan Yusof & Norman Hakim, siapa sangka sekarang jadi tokei bas express! Last year dia dapat award Entrepenuer of the year, cayalah! Muda-muda dah berjaya. Tahniah! kos hadiah berupa hantaran sahaja sudah mencecah setengah juta. Ini sekaligus memadam rekod Juliana Banos — RM77, 888.77.

To these lovely newly-weds, selamat menempuh alam baru yang menuntut seribu kesabaran. Moga-moga kalian berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat... Amin. 

More stories about us and Datuk Dr. SMS here and here.


Friday, October 8

itulah pentingnya ilmu



Musim haji tiba lagi. Esok merupakan penerbangan pertama jemaah haji Msia berlepas ke Tanah Suci. Alhamdulillah, mak dan abah pun dijemput menjadi tetamu-Nya pada tahun ini. InsyaAllah mereka akan berangkat pada 17 Oct, jam 1:30 pagi ke Madinah, penerbangan pertama under Utas Travel. Mereka dapat mengerjakan Haji Tamattuq, under pakej Utas, bukan Muasassah. 

Selain tu, ramai juga kawan2 aku yang turut menjadi tetamu-Nya. Aku tumpang gembira dan cemburu pun ada juga (cemburu yang baik, bukan cemburu yang jahat, ya). Namun rasa cemburu tu bertukar menjadi sedih sebab ada antara mereka yang pergi sebab 'tuntutan poket', bukan sebab tuntutan agama. Nauzubillah..... Tak dinafikan kita perlu bergolok-bergadai untuk mengerjakan haji tapi janganlah sampai nawaitu kita tersasar jauh dari landasan sebenar. Itulah pentingnya ilmu.

Apa taknya, ada yang nak pergi tanpa ada sebarang ilmu tentang haji dan hanya bersandarkan pengalaman  mengerjakan umrah. Mereka apply loan di bank, bila loan approved baru nak daftar di Tabung Haji, then siap guna 'kabel'  di Tabung Haji untuk buat rayuan dan terus dapat pergi. Tapi aku pun tak boleh nak komen banyak sebab ini semua kerja Allah, dia yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. Namun pada aku, walau apapun yang kita nak buat, tak kiralah apa, biarlah kita berilmu.

Aku tengok contoh mak dan abah aku. Selepas menunaikan umrah tahun 2007, mereka terus ikuti kursus haji selama 3 tahun berturut-turut  semata2 untuk mendalami bab haji. Kalau ikutkan mereka akan tunaikan haji pada tahun 2015 tapi bila mereka rasa mereka dah cukup bersedia dengan ilmu yang dipelajari, mereka pun buat rayuan ke Tabung Haji dan alhamdulillah, diterima. Lagipun mereka kata, sebelum pergi, mereka nak settlekan apa yang patut. Contohnya sucikan harta, bersihkan hati, settlekan apa yang tertunggak seperti fidyah puasa, zakat, etc. Kerana belum tentu lagi mereka dapat pulang ke tanah air selepas menunaikan haji. 

Mak dan abah pesan kat aku, "Jangan pergi sebab ada duit atau nak cepat2 naik haji. Sebabnya, haji pertama yang kita buat ialah wajib ke atas diri kita, jadi biarlah kita buat dengan bersungguh2. Sedangkan haji yang dibuat selepas itu (walaupun 10 kali haji), itu hanyalah sunat. Dan alangkah sayangnya jika haji pertama kita itu ditunaikan tanpa ilmu."

Kepada mereka yang bakal mengerjakan haji tahun ini, aku doakan kalian selamat pergi dan selamat pulang, moga-moga kalian dianugerahkan haji mabrur. Doakanlah sahabat2 yang belum diberi kesempatan ini, agar dapat mengerjakan haji pada tahun akan datang, insyaAllah.






Tuesday, October 5

terbuka, tertutup dan tersalah....

Today genap 26 Syawal. Time has wings. Towards the end of Syawal, makin berlumba-lumba orang buat rumah terbuka sana sini, sampaikan ada yang tak sempat nak pergi. Konsep rumah terbuka selalunya dihadiri oleh sahabat-handai, kenalan2 dan sedara mara dalam tempoh yang ditetapkan

This year, kami mengamalkan konsep 'rumah tertutup' whereby, bila ada kenalan2 jauh dan dekat (selalunya yang berfamily) nak datang beraya, of course we will welcome them and cook some dishes for them. Tapi kami pernah ada sejarah tersalah rumah terbuka. Kalau nak tahu, baca entry nie sampai habis.

On second week of Syawal, among the first family yang mengunjungi 'rumah tertutup' kami ialah...

 Adam's Family (Adam is Qme's friend). Maybe this is their last raya in Msia, next year they will be migrating to Cardiff, UK. We will definitely miss them a lot. 


 Then followed by Nina's family, tapi Nina's family photo terlupa nak snap sebab sakan sangat berborak. Tup-tup tengok jam, almost 12am!


 Adam and Haqimie, sama saiz, sebaya, serasi.


Then, pergi rumah terbuka Mus di Selayang. She's my buddy since primary school. Kami lost contact for almost 25 years then recently jumpa balik through FB.  



Third week of Syawal...
...my soulmate's friends cum clientele, Faizal & 'Tarzan' datang beraya cum discussed their on going project. Lantak kome ler... janji masyuk! Hehehe...


 After discussion, we went straight to Azrul & Hanim's open house @Kota D'sara. They are still with their two princesses, Maya and Mia... so far no new addition. Our last year raya here.


 On 22 Syawal, I make my personal raya visit to Hani's. OMG! I almost forgot! Before that, aku beraya di rumah Fizah which was also a personal raya visit. Thank you, Fizah for the lovely mee goreng. Yummy!


Orang berbudi, kita berbahasa. So it's our turn to beraya di rumah Adam pulak. Shimah dan her hubby memang friendly. This is our second time jumpa tapi rasa macam dah bertahun kenal. Syukur alhamdulillah, anak2 yang mengeratkan lagi hubungan dua keluarga ini. Siapa sangka, rupa2nya, Arief Aizzat, abang Adam is actually kawan Daniel, Ammar pulak kawan Afiq and Adam kawan Haqimie semasa di Q-dees. Yang dekat dimesra-mesrakan. Shimah, nasi lemak tu sodap!


 Then, on the final week of Syawal...
...we attended Mariam & Zainuddin's open house @Bkt Rahman Putra. Ini macam annual event for us sebab we will only meet during open house. It's either my open house or their's. 

Time2 inilah dapat jumpa balik geng2 TV3 yang dah lama aku tinggalkan. Antaranya Fui Chin & Gary, Kak Rohaidah & family. Seronok! 


Nik, secretary to my x-bos, En. Ayob, now a secretary to Pn. Nurul. Tak sangka jumpa kat sini! And Yani too. Nik, kau tetap MELETUP gitu!



Me and Mariam. InsyaAllah, kalau panjang umur, next year kita jumpa lagi. Our last year raya here.

That conclude our raya for this year. Itulah antara kisah rumah terbuka dan tertutup kami sekeluarga. Tapi jangan terkejut kalau aku kata, kami pernah tersalah pergi rumah terbuka. Rupa2nya kawan aku tersilap forward majlis rumah terbuka tu kat aku. I really hope that was first and last. Nak kata malu, taklah malu cuma bengang sebab dah dress up cantik-cantik! Ceh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...