My Insta

Instagram

Tuesday, September 21

UPSR lagi.





"Ya Allah, hanya kepadaMu aku meminta, tiada yang lain selain Engkau. Engkaulah Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau ampunkanlah dosa2 hambuMu yang hina ini kerana Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, Engkau Maha Mendengar, dengarlah rintihan doaku ini.  Ya Allah, Engkau permudahkanlah bagi anakku, Mohd Afiq, menjalani peperiksaan kerana Engkaulah Maha Mengetahui. Engkau lapangkanlah dadanya serta Engkau terangilah hatinya sesungguhnya Engkau Maha Esa. Ya Allah, Kau berikanlah dia kefahaman semasa menjawab soalan2 peperiksaan serta Kau lindungilah dia dari gangguan syaitan laknatullah kerana Engkaulah Maha Pelindung. Ya Allah, Engkau Maha Pemberi,  Kau berilah kejayaan cemerlang kepada anakku, Mohd Afiq di dalam UPSR kerana Engkaulah Maha Bijaksana  Ya Allah, Engkau kabulkanlah doaku ini kerana sesungguhnya, hanya kepadaMu aku meminta dan kepadaMu jugalah aku berserah serta Engkaulah Maha Berkuasa .. Amin."

Today, Afiq will sit for an exam, UPSR. Tak ada ibu dalam dunia ni yang tak menggelabah bila anaknya ada exam besar (pada aku, UPSR consider as a big exam for a more bigger exam to come). 

Selama 8 bulan Afiq berusaha. Pada hari ini, aku serahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi. Hati ibu mana yang tak bimbang apabila anaknya menghadapi peperiksaan. Kini masa yang dinanti telah tiba dan hanya doa yang mampu mengiringi Afiq sebaik saja dia melangkah keluar pagi ini. Moga dia dapat menjalani peperiksaan dengan tenang. 


Kepada semua anak ibu, ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian, ibu akan sentiasa berada di belakang kalian, menyokong apa juga yang kalian lakukan asalkan tidak mengingkari perintah Yang Maha Agung. Ingatlah wahai anak-anak ibu, sekiranya Yang Maha Berkuasa tidak mengizinkan ibu melihat jatuh bangun kalian yang seterusnya, berpeganglah kepada prinsip ini...


"Jika mahukan kejayaan, mintalah kepada Yang Maha Bijaksana. Jika mahukan kekayaan, mintalah kepada Yang Maha Kaya, jika mahukan kesenangan dunia dan akhirat, mintalah kepada Yang Maha Esa...."





6 comments:

KC said...

ameen! ko mmg ibu yg prihatin lah...tabik spring! aku lak, debar masa hari pertama je, 2nd day dah ok...tak nak menaruh harapan terlalu tinggi kat anak bertuah sorang tu...takut frust menonggeng jer huhu

Disturbia said...

kak yanti...

kami cikgu2 pun sama berdebar gak... risau kemain lagi... dah tu sama penat dgn budak2 yang exam.. hehehehe

Yanti Arshad said...

rihen,

bila UPSR dah settle, beban di bahu kanan terasa ringan sikit.

bahu sebelah kiri akan ringan bila SPM pulak settle.

Kherun said...

moga anak2 kita berjaya...

Yanti Arshad said...

KC,

selagi tak habis exam, selagi tu aku...

mandi tak basah, tidur tak lena, tapi makan tetap lalu!

hehehe..

Yanti Arshad said...

kherun,

insyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...