My Insta

Instagram

Sunday, September 19

simple, yet meriah

Raya Pertama: 10 Sept 2010, Jumaat. 

Raya tahun ini, kami sambut secara sederhana macam tahun2 sudah. Apa yang boleh recycle, kami recyle. Yang penting, masih elok digunakan.


Tema tahun ini... HIJAU. Tradisi kami sekeluarga tak macam keluarga lain. Kami prefer beraya bersama2 dengan ahli keluarga sendiri dahulu pada pagi raya. Sepanjang usia perkahwinan, kami tak pernah balik kampung sehari atau dua hari sebelum raya. We want our own privacy. Selalunya sekembalinya dari solat raya, setelah bermaaf-maafan, baru kami bertolak ke destinasi yang dituju. Dan destinasi tahun ini... Melaka! Kenapa Melaka? Sebab....



Semua famili sebelah abah, berkumpul dan beraya di rumah pusaka. InsyaAllah mak dan abah akan menunaikan haji tahun ini so dorang nak bertemu dengan semua saudara mara yang ada di Melaka. Jadi semua adik-beradik abah, anak menantu, cucu cicit akan beraya di Melaka tahun ini. Jadi, kami adik beradik pun join sekali. Gambar di atas hanya sebahagian saja sebab kami antara yang terawal sampai. Yang lain semuanya on da way dan stuck sebab jem!


Front: Alan & Iqah
L-R: Anim, abah, mak dan aku.
p/s: dua lagi adik lelaki aku tak dapat join sebab giliran
mereka beraya dengan keluarga mertua.

Kami adik beradik tak lepaskan peluang bergambar bersama ayahanda bonda tercinta. 



Selepas Asar, kami bertolak ke Bukit Rambai. Destinasi? Rumah Acik Lam, adik perempuan abah, mak cik aku. Sempat berposing kat front lawn.



Alan, macam biasa, rajin melayan kerenah Qme & Mukhriz. InsyaAllah tahun depan, aku akan dapat adik ipar baru....



Berposing depan rumah Acik Lam. 
L-R: Aku, Ikah & Awin



Bongsu meet bongsu. Haqimie, anak bongsu aku memang kamching dengan Atiqah, adik bongsu aku.



Malamnya, kemeriahan bunga api. Every year, sepupu aku, Man, akan sponsor bunga api untuk budak2 main.  Time inilah anak2 aku akan sakan main bunga api sampaikan....



Rumah penuh dengan asap, luar dalam. Tak boleh buat apa... raya setahun sekali dan kemeriahan main bunga api pun setahun sekali... ibu-ibu, bapa-bapa hanya mampu observe anak masing2 dan alhamdulillah tiada kejadian yang tak diingini berlaku.

*********************************************************************************
Raya kedua:
Normally, inilah hari yang ditunggu2 oleh kami. Dah penat serbu rumah sedara-mara, now giliran serbu shopping complex. 


Dari Dataran Pahlawan ke Mahkota Parade. Saban tahun aku ke sini, pasti ada perubahan yang ketara. Frankly, i hate to see myself in that skirt! So hideous! Masa dalam fitting room nampak okey jer... sebab lighting kot. 






Tolong awin pilih handbag! Jangan tersilap orang ya. Aku yang bertudung biru putih, bukan bertudung coklat!



Kami ni "tak kembar seiras"!



Disebabkan dah muak belasah rendang, ketupat, lemang & kuah kacang, kami cari Pizza! Three pans of large pizzas, 8 garlic breads (add another 3 later), 8 soups seems not enough for us. 




2 comments:

Kherun said...

Hmmm... aku nak ikot parents ko pi Haji.....

Yanti Arshad said...

kherun,

moga2 mereka mendapat haji mabrur insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...