My Insta

Instagram

Wednesday, September 1

iftar @mrsm

This was our first experience beriftar kat negeri lain... Melaka. Kali nie kat mrsm Daniel. Pagi2 lagi aku dah sibuk masak itu ini. Yalah, kat sana aku tak familiar nak redah restoran mana-mana except rumah Maklang, Paklang aku, tapi aku tak singgah berbuka sana sebab tak nak menyusahkan dorang. Daniel call malam sebelumnya, suruh my soulmate masakkan 'spag', tapi soulmate kata "Makan sejuk2, tak sedap. Abang balik nanti, ayah masakkan 'spag'."


Cafe for parents.

Nampak tak bakul tepi tu? Dalam tulah aku letak lauk-pauk. Siap bawa tong air sekali. Menu for that day ialah ayam masak merah kering, paceri nenas, jelatah, mihun goreng (semua homemade tau) dan sedikit kuih muih yg aku sempat beli plus air sirap.

p/s: tengoklah si Awin tu. Aku dah pesan, tak yah bawa buku. Dalam diam2, dia angkut juga buku revision.


Daniel was so excited bila tahu kami nak datang berbuka bersama. At first aku nak buat surprise, tapi tak jadi sebab aku pun excited nak bagitau dia  "we are coming over"!



Qme distribute kurma kat student2 pompuan yg duduk di belakang kami. Katanya "Kesian, kakak-kakak tu tak de kurma". I'm proud of him for his bravery. 


Kalau riak muka Awin macam tu, maknanya dia tengah argue about something. 




Mukhriz dah mula buat muka "lapar". Tapi alhamdulillah, sampai ke hari ini, sehari pun dia belum tinggal posa lagi. Lepas solat jamak kat surau mrsm, kami pun 'menyerahkan' semula Daniel kepada rakan2nya. Inilah saat yang paling aku tak suka, hati aku pasti sayu. Then, kami singgah rumah Maklang & Paklang, nak tumpang mandi dan merehatkan diri sekejap. 11:30pm, kami bertolak balik KL dan bersahur di R&R Dengkil, which was also our first time experience bersahur di luar. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...