My Insta

Instagram

Wednesday, September 1

ala kadar

Jumaat, 17 Ramadan, Hari Nuzul Quran.
Seperti yang aku jangkakan, PKNS tak sesak sangat. Sebabnya orang Sgor bershopping di KL. Sejak 10 tahun lepas, di sinilah kami mencari baju melayu & baju kurung for raya. Tapi selalunya persiapan dibuat seminggu before puasa, but this year, two weeks of puasa sebab kekangan masa.  


Pada aku, aku masih boleh lagi tolerate dengan keadaan sebegini. Tak terlalu sesak, tak terlalu lengang. Kalau lengang pun, tak best jugak. Tak rasa aura bershoping for raya. 



Tema tahun ni hijau! Tak kisahlah hijau apa, asalkan hijau yang tak sedondon. Afiq pilih hijau lumut, Awin pulak hijau pucuk pisang, Qme hijau lembut and Mukhriz hijau tua. Compared to last year, harga baju melayu naik dalam RM20-RM30. Tapi ada satu insiden yang menarik. Selalunya bila sampai kat rumah, masing2 akan try sekali lagi baju2 yang dibeli. Aku terkejut bila baju melayu Afiq, tersalah saiz. The next day, pergi PKNS semula. Mujur ada saiz dan boleh tukar, kalau tak, naya!



Awin masih mensurvey baju kurung dia. Normally baju dia yang last dibeli, sebab susah nak cari. Lepas settle baju melayu, my soulmate akan bawa the boys lepak kat stage (kalau orang biasa pegi, sure tahu stage apa). MasyaAllah! Punyalah seksa nak cari baju kurung yang dia berkenan. Tawaf area tu sampai 7, 8 kali baru jumpa. Aku follow saja, bila dia dah penat survey dari satu gerai ke satu gerai, akhirnya dia give up dan akan ambil apa saja yang aku suggestkan (padahal baju itu jugalah yang aku suggestkan sebelum tu).

Sabtu, 18 Ramadan.
Serbu Jusco 1Utama plak, cari tshirt, jeans for kids. And as usual, my soulmate akan bawa the boys lepak kat stage old wing (mujur time tu ada performance apa ntah). Aku pulak temankan Awin cari baju dia. Almost 3 hours jugak untuk baju Awin sahaja. (Gambar tak dapat snap sebab beg camera pada my soulmate, ceh!)

Then, selesai kat 1Utama dalam pukul 4 gitu, aku ke Ikea. Memandangkan masa dah suntuk, aku suruh my soulmate double park jer kat tepi Ikea. I was followed by Awin & Afiq into Ikea. Tak sampai 1hr, settle! Mujur tak angkut semua sekali, sebab dalam Ikea macam ikan sardin Ayam A1!



Biasalah... nak keluar dari area Curve/Ikea tu satu hal. Beratur panjang, mujur ada kelibat kereta yang boleh 'cuci mata'. Toyata Velfire... ntah berapa ratus ribulah dia bayar harga plat 'wahai' tu agaknya.



Red Nissan Fairlady.



Beamer X5 with simple plat number.




Nissan Fairlady again, this time blue!



Sporty Porche Cayenne... blackie!

Ada satu lagi round untuk shopping. Baju2 Daniel! Daniel ni aku tak risau sangat sebab dia tak cerewet bab pakaian. Normally dia akan pilih dalam 5, 6 helai then bagi kat aku untuk approvekan. Senang... Afiq pun macam tu. Yang payahnya ialah Awin. What to do, the only girl in the family... so ikutkan sajalah.... tapi alhamdulillah, selalunya dorang tahu batas-batas pakaian. 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...