My Insta

Instagram

Wednesday, September 22

N A J I 5




Another new hobby of mine. I discovered this few months back during my back and forth from KL to Melaka. I actually like seeing cars with unique plate numbers. I wish i had one but what would it be? Msia tak ada plate number yang starts with Y or H. But our alphabet plate number is a combination of my soulmate's & mine. WLY!


Null and Nana.
location: MRSM Alor Gajah, Melaka.



This is one dirty plate number!
Location: PLUS Highway.



Ini sure ketua samseng ni! hehehe...


My favourite... Audi TT.  WTT 888
location: Jalan Tun Ismail, near Berjaya Times Square




Beamer X5 WDG 123.
location: LDP Highway


WHA1
location: The Curve


Aku pernah jumpa this one plate number...

SGT 7010-1.

tapi malangnya aku tak dapat snap plate number tu sebab time tu aku tengah drive di DUKE Highway. Siapa pandai decode plate ni? I have the answer.


more to come....tunggu.....




Tuesday, September 21

UPSR lagi.





"Ya Allah, hanya kepadaMu aku meminta, tiada yang lain selain Engkau. Engkaulah Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau ampunkanlah dosa2 hambuMu yang hina ini kerana Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, Engkau Maha Mendengar, dengarlah rintihan doaku ini.  Ya Allah, Engkau permudahkanlah bagi anakku, Mohd Afiq, menjalani peperiksaan kerana Engkaulah Maha Mengetahui. Engkau lapangkanlah dadanya serta Engkau terangilah hatinya sesungguhnya Engkau Maha Esa. Ya Allah, Kau berikanlah dia kefahaman semasa menjawab soalan2 peperiksaan serta Kau lindungilah dia dari gangguan syaitan laknatullah kerana Engkaulah Maha Pelindung. Ya Allah, Engkau Maha Pemberi,  Kau berilah kejayaan cemerlang kepada anakku, Mohd Afiq di dalam UPSR kerana Engkaulah Maha Bijaksana  Ya Allah, Engkau kabulkanlah doaku ini kerana sesungguhnya, hanya kepadaMu aku meminta dan kepadaMu jugalah aku berserah serta Engkaulah Maha Berkuasa .. Amin."

Today, Afiq will sit for an exam, UPSR. Tak ada ibu dalam dunia ni yang tak menggelabah bila anaknya ada exam besar (pada aku, UPSR consider as a big exam for a more bigger exam to come). 

Selama 8 bulan Afiq berusaha. Pada hari ini, aku serahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi. Hati ibu mana yang tak bimbang apabila anaknya menghadapi peperiksaan. Kini masa yang dinanti telah tiba dan hanya doa yang mampu mengiringi Afiq sebaik saja dia melangkah keluar pagi ini. Moga dia dapat menjalani peperiksaan dengan tenang. 


Kepada semua anak ibu, ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian, ibu akan sentiasa berada di belakang kalian, menyokong apa juga yang kalian lakukan asalkan tidak mengingkari perintah Yang Maha Agung. Ingatlah wahai anak-anak ibu, sekiranya Yang Maha Berkuasa tidak mengizinkan ibu melihat jatuh bangun kalian yang seterusnya, berpeganglah kepada prinsip ini...


"Jika mahukan kejayaan, mintalah kepada Yang Maha Bijaksana. Jika mahukan kekayaan, mintalah kepada Yang Maha Kaya, jika mahukan kesenangan dunia dan akhirat, mintalah kepada Yang Maha Esa...."





Sunday, September 19

joli duit raya!

Raya ketiga:
Kami masih lagi di Melaka. Kali ni kami ke Jusco Aeon baru. (macamlah tak pernah gi Jusco).  Tujuan kami ke sini sebab anak2 nak spend duit raya mereka. Me &  my soulmate have no-control over their money. Bukanlah  totally no-control, kami still observe & advise apa yang patut dibeli. Tapi selalunya kami  make sure dorang dapat apa yang dorang idam-idamkan since puasa lagi. Selalunya sejak seminggu puasa, dorang dah plan nak beli apa. After all, it's their duit raya. Biarlah... setahun sekali. 


Kenapa my soulmate beriya-iya nak bergambar kat sini, I have no idea. But one thing for sure, it reminds me of Nina! "Nina, if you read this, you know what I mean... hehehe."



How time flies.... masing2 dah besar panjang. rasa macam baru semalam aku ajar dorang berdiri. 


Mukhriz dengan Kawasaki Ninja. Aku tak pasti... sama ada dah besar nanti, dia nak jadi macam Valentino Rossi atau nak jadi Ninja Turtle! Duit raya masih ada balance, dia bercongak-congak, apa lagi yang nak dibeli.



Haqimie tersenyum lebar bila dapat control-car. He chose my favourite... Audi TT! Lepas beli benda nie, kejap2 dia belek wallet, kejap2 dia belek wallet. Takut balance hilang! CEHH!



Afiq, sejak awal tahun lagi dah aim but bola. Yang lama dah reput. Bukan reput sebab pakai, tapi reput sebab tak pakai. Katanya lepas UPSR hari2 dia nak gi padang, main bola. Semasa aku menghupdet blog ini, Afiq akan menduduki UPSR lagi 2 hari... today is Sunday, the exam is on Tuesday.


Then we had our dinner here. Kenny Rogers.
1st time bawa anak2 makan di sini.


mohd arief haqimie & mukhriz danish


fitri daniel.


nur harzuin & mohd affiq.
both of them will sit for the big exam, UPSR & SPM.
gud luck to both of them!


Licin! Alhamdulillah. Memang tak rugi bawa anak2 makan di tempat2 macam ni... 



mother & doter.


As for awin, she bought herself a wristwatch priced RM2OO ++. And Daniel, he bought an earphone for his MP3 and a 8gig thumbdrive. (gambar tak ditunjukkan sebab dorang tak comfortable nak share wit my readers... sori)

Maybe ada yang akan kata, aku layankan sangat kehendak anak2. Tapi sebenarnya aku nak mengajar mereka menghargai barang2 yang mereka beli sendiri dengan duit yang mereka dapat dan sekaligus, they will value the money.






simple, yet meriah

Raya Pertama: 10 Sept 2010, Jumaat. 

Raya tahun ini, kami sambut secara sederhana macam tahun2 sudah. Apa yang boleh recycle, kami recyle. Yang penting, masih elok digunakan.


Tema tahun ini... HIJAU. Tradisi kami sekeluarga tak macam keluarga lain. Kami prefer beraya bersama2 dengan ahli keluarga sendiri dahulu pada pagi raya. Sepanjang usia perkahwinan, kami tak pernah balik kampung sehari atau dua hari sebelum raya. We want our own privacy. Selalunya sekembalinya dari solat raya, setelah bermaaf-maafan, baru kami bertolak ke destinasi yang dituju. Dan destinasi tahun ini... Melaka! Kenapa Melaka? Sebab....



Semua famili sebelah abah, berkumpul dan beraya di rumah pusaka. InsyaAllah mak dan abah akan menunaikan haji tahun ini so dorang nak bertemu dengan semua saudara mara yang ada di Melaka. Jadi semua adik-beradik abah, anak menantu, cucu cicit akan beraya di Melaka tahun ini. Jadi, kami adik beradik pun join sekali. Gambar di atas hanya sebahagian saja sebab kami antara yang terawal sampai. Yang lain semuanya on da way dan stuck sebab jem!


Front: Alan & Iqah
L-R: Anim, abah, mak dan aku.
p/s: dua lagi adik lelaki aku tak dapat join sebab giliran
mereka beraya dengan keluarga mertua.

Kami adik beradik tak lepaskan peluang bergambar bersama ayahanda bonda tercinta. 



Selepas Asar, kami bertolak ke Bukit Rambai. Destinasi? Rumah Acik Lam, adik perempuan abah, mak cik aku. Sempat berposing kat front lawn.



Alan, macam biasa, rajin melayan kerenah Qme & Mukhriz. InsyaAllah tahun depan, aku akan dapat adik ipar baru....



Berposing depan rumah Acik Lam. 
L-R: Aku, Ikah & Awin



Bongsu meet bongsu. Haqimie, anak bongsu aku memang kamching dengan Atiqah, adik bongsu aku.



Malamnya, kemeriahan bunga api. Every year, sepupu aku, Man, akan sponsor bunga api untuk budak2 main.  Time inilah anak2 aku akan sakan main bunga api sampaikan....



Rumah penuh dengan asap, luar dalam. Tak boleh buat apa... raya setahun sekali dan kemeriahan main bunga api pun setahun sekali... ibu-ibu, bapa-bapa hanya mampu observe anak masing2 dan alhamdulillah tiada kejadian yang tak diingini berlaku.

*********************************************************************************
Raya kedua:
Normally, inilah hari yang ditunggu2 oleh kami. Dah penat serbu rumah sedara-mara, now giliran serbu shopping complex. 


Dari Dataran Pahlawan ke Mahkota Parade. Saban tahun aku ke sini, pasti ada perubahan yang ketara. Frankly, i hate to see myself in that skirt! So hideous! Masa dalam fitting room nampak okey jer... sebab lighting kot. 






Tolong awin pilih handbag! Jangan tersilap orang ya. Aku yang bertudung biru putih, bukan bertudung coklat!



Kami ni "tak kembar seiras"!



Disebabkan dah muak belasah rendang, ketupat, lemang & kuah kacang, kami cari Pizza! Three pans of large pizzas, 8 garlic breads (add another 3 later), 8 soups seems not enough for us. 




Saturday, September 18

Wednesday, September 15

takziah....

This is a gruesome crime and an act of cowardice!

Cosmetics tycoon Datuk Sosilawati, 47, and three others - her lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, CIMB Bank officer Noorhisham Mohammad, 38, and driver Kamaruddin Shamsuddin, 44  were killed, their bodies burnt and the ashes thrown into rivers in Ladang Gadong, Tanjong Sepat, near Banting, Selangor.



My heartly condolences to the victim's families. May their soul rest in peace in heaven.


Al-fatihah...



Wednesday, September 8

Ramadan berlalu...

2 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut Syawal. How time flies.... Alhamdulillah, semuanya dah settle. Second last thing to do... of courselah  mengemas. Mujur anak2 semuanya ringan tulang, they know what to do, tak payah suruh2 (tapi sesekali arahan tu ala-ala mandur la plak). Aku cuma arah itu ini jer... 


Awin and Afiq bahagian upholstering... langsir, sofa, etc. Langsir and sarung kusyen dah lima tahun tak tukar sebab masih elok lagi. 



Daniel dah standby dengan baldi, Qme pun nak tolong sama.



Mukhriz kemaskan workstation ayah.



Side yard dah settle... lega.

Last thing to do... masak rendang, ketupat, kuah kacang! Selamat datang, Syawal.


new friend in the blog!


Meet my new friend, Pn. Sharifah Hamidah from Teratak Maya. A mother of six and a granny too. 







mania


I managed to capture this when we're on the way to Melaka. It could be the owner's name.... Maniam, Ainam, Ani, Man or Aina. 

Friday, September 3

what must be, must be.

Trust your instinct. Believe your inner feeling when you get uncomfortable about something. My story goes like this...

2pm-5pm:
Went to Bandar Baru Sg. Buloh today.  (I must blame Bank Islam for this...withdraw some cash from Bank Islam and terpaksa mengheret diri ke CDM machine Maybank bcoz Bank Islam don't provide internet banking for their customer!) On the way hati ni terdetik, "Tak sedapla drive Naza hari ni!". Dan mulut pun gatal to repeat the same phase to my son, Afiq.

Everything went well. Next destination, sekolah Awin. Earlier, she asked me to buy some roti and cookies sebab dia 'cuti' posa. Day time, kantin & koop tak bukak. Lepas beli apa yang patut, aku pun gerak. Suddenly, while driving, betul2 depan RHB Sg Buloh, radio tiba2 shut down, clock invisible, all indicator pop up! Alamak, takkan bateri kereta kong kot! Dengan mulut yang kumat-kamit baca segala ayat, aku drive slowly to the nearest petrol station. Elok jer aku parking, engine immediately dead! Alhamdulillah, mujur tak mati tengah2 jalan.

First person yg aku call, Nina! (thank god she's at home) Aku mintak tolong dia fetch aku. Then I called my soulmate. He arranged for the tow-truck. Suddenly, Nina called. "Wei, aku accident! Lambat sikit tau." Belum sempat aku tanya apa-apa, she hung up. OMG! Aku sangat2 rasa bersalah. Kalau aku tak call dia, sure tak jadi macam tu. 

About 45 minutes later, Nina sampai dgn keadaan kereta yang scratch dari belakang ke depan. Arggghhhh! Bertambah2 rasa guilty aku! But according to Nina, the other party sanggup bear all the cost sebab memang salah dia (a lady driver, aku teringat kat lagu Seksi, Anita Sarawak!). But still, rasa bersalah aku tak kurang walau seinci pun. Here's the best part! Aku kenal lady driver tu, Pn. L! (keciknya dunia nie, kan?) Dan kebetulan laki Pn. L nie ada workshop. (Nina kata, "kita ni macam dalam drama kan?") Then, temankan Nina sekejap ke workshop laki Pn. L. Dah settle, terus balik. 

I told Nina I shud trust my instinct and how guilty I am for what happened. Ada satu lagi perkara yang buat aku rasa guilty sangat2. Aku tak dapat hantar kat Awin, roti & cookies yang dia pesan tu. 


Inilah bungkusan yang aku patut tinggalkan kat guard post sekolah Awin. Kesian dia... later she called and I explained to her what had happened. 



Nasib baik tow-truck tu tak tow (both front wheel up) my Naza, it was put nicely on the deck. Rupa2nya alternator Naza yang kong. Memang dah sampai masanya pun. Umur Naza nie dah 7 tahun, so what do you expect, kan? Dan aku bersyukur sebab alternator tu kong tadi bcoz the next day, aku nak ke Melaka, fetch Daniel. Kalau dibuatnya Naza tu buat perangai kat tengah2 highway, macam mana? Haru-biru jadinya!



Sebahagian baklawa yang tinggal.

10:30pm:
My soulmate went to see Din, Nina's hubby, to say sorry for what happened. Orang kata, 'ambil bahasa' walaupun bukan Naza kami yang langgar Honda dia, tapi disebabkan Naza kami, Honda dia jadi macam tu. Then, untuk menambahkan lagi rasa guilty aku, Nina kirimkan baklawa untuk aku. (this girl memang nak kena tau! Joking...)

Kata Nina, baklawa ni ialah middle east pastries with pistachios. Rasanya tersangatlah manis tapi sedap. Then she texted me "A sweet ending to an eventful day." To Nina, I really owe you this time. Thank you for being there for me and this quote is for you....

"friends are like bras:
close to your heart and there for support".



Wednesday, September 1

ala kadar

Jumaat, 17 Ramadan, Hari Nuzul Quran.
Seperti yang aku jangkakan, PKNS tak sesak sangat. Sebabnya orang Sgor bershopping di KL. Sejak 10 tahun lepas, di sinilah kami mencari baju melayu & baju kurung for raya. Tapi selalunya persiapan dibuat seminggu before puasa, but this year, two weeks of puasa sebab kekangan masa.  


Pada aku, aku masih boleh lagi tolerate dengan keadaan sebegini. Tak terlalu sesak, tak terlalu lengang. Kalau lengang pun, tak best jugak. Tak rasa aura bershoping for raya. 



Tema tahun ni hijau! Tak kisahlah hijau apa, asalkan hijau yang tak sedondon. Afiq pilih hijau lumut, Awin pulak hijau pucuk pisang, Qme hijau lembut and Mukhriz hijau tua. Compared to last year, harga baju melayu naik dalam RM20-RM30. Tapi ada satu insiden yang menarik. Selalunya bila sampai kat rumah, masing2 akan try sekali lagi baju2 yang dibeli. Aku terkejut bila baju melayu Afiq, tersalah saiz. The next day, pergi PKNS semula. Mujur ada saiz dan boleh tukar, kalau tak, naya!



Awin masih mensurvey baju kurung dia. Normally baju dia yang last dibeli, sebab susah nak cari. Lepas settle baju melayu, my soulmate akan bawa the boys lepak kat stage (kalau orang biasa pegi, sure tahu stage apa). MasyaAllah! Punyalah seksa nak cari baju kurung yang dia berkenan. Tawaf area tu sampai 7, 8 kali baru jumpa. Aku follow saja, bila dia dah penat survey dari satu gerai ke satu gerai, akhirnya dia give up dan akan ambil apa saja yang aku suggestkan (padahal baju itu jugalah yang aku suggestkan sebelum tu).

Sabtu, 18 Ramadan.
Serbu Jusco 1Utama plak, cari tshirt, jeans for kids. And as usual, my soulmate akan bawa the boys lepak kat stage old wing (mujur time tu ada performance apa ntah). Aku pulak temankan Awin cari baju dia. Almost 3 hours jugak untuk baju Awin sahaja. (Gambar tak dapat snap sebab beg camera pada my soulmate, ceh!)

Then, selesai kat 1Utama dalam pukul 4 gitu, aku ke Ikea. Memandangkan masa dah suntuk, aku suruh my soulmate double park jer kat tepi Ikea. I was followed by Awin & Afiq into Ikea. Tak sampai 1hr, settle! Mujur tak angkut semua sekali, sebab dalam Ikea macam ikan sardin Ayam A1!



Biasalah... nak keluar dari area Curve/Ikea tu satu hal. Beratur panjang, mujur ada kelibat kereta yang boleh 'cuci mata'. Toyata Velfire... ntah berapa ratus ribulah dia bayar harga plat 'wahai' tu agaknya.



Red Nissan Fairlady.



Beamer X5 with simple plat number.




Nissan Fairlady again, this time blue!



Sporty Porche Cayenne... blackie!

Ada satu lagi round untuk shopping. Baju2 Daniel! Daniel ni aku tak risau sangat sebab dia tak cerewet bab pakaian. Normally dia akan pilih dalam 5, 6 helai then bagi kat aku untuk approvekan. Senang... Afiq pun macam tu. Yang payahnya ialah Awin. What to do, the only girl in the family... so ikutkan sajalah.... tapi alhamdulillah, selalunya dorang tahu batas-batas pakaian. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...