My Insta

Instagram

Sunday, August 8

aku terkilan

Ramai kawan2 yg tahu, aku jual biskut batang buruk for raya. Bukan aku yang buat tapi mak cik aku, aku tolong jualkan saja. Masuk tahun nie, dah 3 tahun. Alhamdulillah, so far sambutannya bagus ( aku tak nak komen lebih2, siapa yg pernah rasa bskt btng buruk tu, sendiri tahu). As usual, aku pun promotelah kat kawan2 yang ngam. To be frank, ramai kawan2 aku yg involve dlm bisnes. Macam2 kalau nak sebut kat sini. Senang citer, aku jer yang tak ada bisnes! 



Tapi apa yang buat aku terkilan ialah, sikap kawan-kawan aku tu (segelintir saja). Bila dorang promote suruh beli barang2 dorang, aku beli demi menjaga hati kawan, aku guna service dorang demi tolong kawan (sometimes tak dapat diskaun pun) And some of them are really good in business, aku tak deny. Tapi bila aku promote biskut batang buruk aku yang tak seberapa tu, dengan harganya tak sampai RM30 sekilo (then siap bagi diskaun lagi) dan hanya setahun sekali jer, ada yg kata, "Aku tak makan biskut raya",  Ada ke orang tak makan biskut raya time raya?!  Tapi yg peliknya, dia boleh pulak order bskt raya kat kawan aku seorang lagi sampai 7, 8 jenis (yg harganya kalau ditotalkan, boleh dapat sebiji beg Prada!). 


Pada aku apalah salahnya 'tolong member'. Aku bukan hardup sangat utk dorang beli tapi terkilan la dgn sikap dorang tu dan ini bukan first time.

Tapi ada jugak kawan2 yg tak pernah rasa bskt batang buruk aku tu, terus order bila ada kawan lain yang rekomen. Kepada kawan2 yg dah biasa dgn bskut batang  buruk yang aku jual, thank you for your support. Kepada kawan2 aku yang dah merasa sepiring penuh sampel bskt btng buruk aku tu (kononnya nak rasa sebatang dua), tapi sunyi sepi tak ada respond, maknanya aku kena faham2 sendiri... Aku berbalik kepada Maha Pemberi Rezeki. (tapi kalau tak sedap, takkan habis sepiring penuh!) 

Cuma yang aku terkilan, bila korang promote barang2 korang, service korang, bisnes korang, aku tak ambil masa yag panjang to say yes.  Walaupun kekadang aku tak perlukan pun barang atau service tu, tapi aku beli juga dan hadiahkan pada orang lain. (Sometimes barang tu tak murah tau!) Sebabnya aku fikir 'nak tolong kawan', 'tolong bisnes kawan'. Sudah 2 tahun aku perhatikan peel kawan2 aku tu, rupa2nya konsep 'nak tolong kawan' tu dah tak relevan lagi.

Apa-apapun, aku nak korang tahu, aku bukan jeles atau harapkan balasan, cuma aku terkilan.... .

6 comments:

working mom... said...

biasa lah kak...manusia, rambut sama hitam hati lain2...
saya pon dah selalu kene mcm tu..bila tang dorg kemain manis mulut..ala..tolong kawan2 la...
tp bila time kita dorg bley siap ckp..eleh, kat opis kau pon belambak jual la...boleh camtu?..
so, kesimpulan nya..saya dah maleh nak meniaga..huhuhu :(

Disturbia said...

ada jugak ek manusia camni ... sabar banyak2 yer kak yanti...

KC said...

haha, aku pernah tulis pasal hal ni kat FB. ada gak jiran2 aku bila time nak puasa je baru nmpk muka...ingatkan kut nak chit chat lama tnya kabar rupa2nya ada hajat lain - nak jual biskut raya rupa2yer! huh, mmg dah peel manusia gitu yanti nak watpe kan...terimalah seadonyerr...

btw, akunyer order tu ko jgn wat2 lupe ek hehe

Drama Mama said...

tu lah nak buat macma mana. macam2 jenis manusia kat dunia ni. sabar ja. rezeki tu dari Allah. maybe Dia tak bukak hati kawan tu beli tapi Dia bukak kan hati kawan yang lain2 lagi lebih ramai kan. think positive ya. take care!

happy ramadhan to u and family!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Yanti Arshad said...

kc,

frankly, aku tak promote pun kat neber2 unless yg betul2 ngam.

ko punya aku tak luper... :-)

Yanti Arshad said...

Drama Mama,
thank you for dopping by.

True, rezeki drpd Allah.

Happy Ramadan to you and your family too...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...