My Insta

Instagram

Tuesday, August 31

ramadan tahun ini

Pertama-tamanya, syukur alhamdulillah kerana Allah masih pinjamkan aku umur untuk bertemu dengan Ramadan tahun nie. Macam biasa, kami sambut ramadan dengan sederhana saja. Nothing much to talk about. But different from previous years, my dining table only 1/4 utilised when berbuka puasa. Kekalutan, kekecohan semasa nak berbuka makin pudar sebab pertama, anak2 dah meningkat dewasa. Keduanya, dua daripadanya tak ada untuk berbuka bersama2. Namun sempat kami berbuka bersama di sekolah masing2. (for next entry).

Mukhriz dan Qme pula nampak dah bersedia untuk menghadapi Ramadan. Alhamdulillah mereka makin faham dalam menunaikan kewajipan ini. Afiq pula mengambil tugas Daniel sebagai abang tunggal dalam rumah, kena tunjuk teladan yang baik kepada adik2 sepanjang Ramadan dan ditambah pula dengan tanggungjawab berat seminggu selepas raya.... UPSR!

Soulmate dan aku macam biasa....pulun mana yang patut for Raya. Kalau time posa, penjual kuih pulun habis, kami pun pulun jugak cuma bidangnya saja berbeza. But our 'pulun' this year is not for raya, but for something else, an unsettled business which need our attention. Hopefully by end of this year, everything settle according to our plan. InsyaAllah. 



Thursday, August 12

qme & the journal

Aku hangin betul dgn Qme! He acts up each time nak mengaji. Dia akan buat2 ngantuk, buat2 tersentap. Reasonnya, "Hari2 Qme ngaji kat sekolah agama." Hish! Geram betul! Dah la ustaz cuma datang rumah sekali seminggu jer... 


Qme nie sebenarnya bukan tak reti mengaji, reti. Tapi malas. Kekadang aku kena umpan dia macam2. Sometimes, umpan pulak tak menjadi. Haru betul!




Both sketches done by my soulmate masa Qme tdo. The next day bila dia buka journal tu, dia tersengih2 macam kerang busuk!

Sunday, August 8

aku terkilan

Ramai kawan2 yg tahu, aku jual biskut batang buruk for raya. Bukan aku yang buat tapi mak cik aku, aku tolong jualkan saja. Masuk tahun nie, dah 3 tahun. Alhamdulillah, so far sambutannya bagus ( aku tak nak komen lebih2, siapa yg pernah rasa bskt btng buruk tu, sendiri tahu). As usual, aku pun promotelah kat kawan2 yang ngam. To be frank, ramai kawan2 aku yg involve dlm bisnes. Macam2 kalau nak sebut kat sini. Senang citer, aku jer yang tak ada bisnes! 



Tapi apa yang buat aku terkilan ialah, sikap kawan-kawan aku tu (segelintir saja). Bila dorang promote suruh beli barang2 dorang, aku beli demi menjaga hati kawan, aku guna service dorang demi tolong kawan (sometimes tak dapat diskaun pun) And some of them are really good in business, aku tak deny. Tapi bila aku promote biskut batang buruk aku yang tak seberapa tu, dengan harganya tak sampai RM30 sekilo (then siap bagi diskaun lagi) dan hanya setahun sekali jer, ada yg kata, "Aku tak makan biskut raya",  Ada ke orang tak makan biskut raya time raya?!  Tapi yg peliknya, dia boleh pulak order bskt raya kat kawan aku seorang lagi sampai 7, 8 jenis (yg harganya kalau ditotalkan, boleh dapat sebiji beg Prada!). 


Pada aku apalah salahnya 'tolong member'. Aku bukan hardup sangat utk dorang beli tapi terkilan la dgn sikap dorang tu dan ini bukan first time.

Tapi ada jugak kawan2 yg tak pernah rasa bskt batang buruk aku tu, terus order bila ada kawan lain yang rekomen. Kepada kawan2 yg dah biasa dgn bskut batang  buruk yang aku jual, thank you for your support. Kepada kawan2 aku yang dah merasa sepiring penuh sampel bskt btng buruk aku tu (kononnya nak rasa sebatang dua), tapi sunyi sepi tak ada respond, maknanya aku kena faham2 sendiri... Aku berbalik kepada Maha Pemberi Rezeki. (tapi kalau tak sedap, takkan habis sepiring penuh!) 

Cuma yang aku terkilan, bila korang promote barang2 korang, service korang, bisnes korang, aku tak ambil masa yag panjang to say yes.  Walaupun kekadang aku tak perlukan pun barang atau service tu, tapi aku beli juga dan hadiahkan pada orang lain. (Sometimes barang tu tak murah tau!) Sebabnya aku fikir 'nak tolong kawan', 'tolong bisnes kawan'. Sudah 2 tahun aku perhatikan peel kawan2 aku tu, rupa2nya konsep 'nak tolong kawan' tu dah tak relevan lagi.

Apa-apapun, aku nak korang tahu, aku bukan jeles atau harapkan balasan, cuma aku terkilan.... .

Tuesday, August 3

me, friends and notes.

Sunday morning, 1st august, I had my breakfast @Restoran Maju Ahmad. Kepada yg tahu aku tak ngam dgn kedai mamak, dont ask why on this particular day, aku minum kat sini. Jawapannya "for the sake of my friends". This is the kind of opportunity yg sayang nak dilepaskan plus we ols hardly jumpa. Nak buat camne, kami nie sumenya 'career woman' (especially yg duduk depan tudung coklat, sebelah tudung coklat & the tudung coklat herself!)



Upper L-R: Me, Hani & Ila
Lower L-R: Bell, Sofu & Emy
(photo by: Emy)

That morning I was torn between friends and something that came up at the very last minute. Then my soulmate convinced me to join my friends (after all sampai pukul 12 jer dan tak jauh mana pun.) Aku yg paling lewat sampai (sori guys). 


L-R: Bell, Emy, Mira, Ila, Hani & Me
(photo by: Mira)

Bila matahari dah naik sikit, ingatkan masing2 nak balik, tapi rupanya beralih ke dalam pulak. Belum puas bergosip gamaknya! Tapi apa-apa pun, I had fun! But later that day, i received a few notes from my dearest Qme. 


The 'kurus' part touched me deeply. Qme is my observer. That day, bila aku masak kurma daging, he said to me, "Ingat, ibu tak boleh makan daging....." (dengan muka selebet nya tu!). Tapi bagus juga ada reminder nie. Eventhough he's only 7, tapi aku 'termakan' jugak warning dia tu. :-)


Then, I received this. Qme likes to keep his own so-called journal. Kalau tak silap, ini journal ke-3. Dalam journal ni ada macam2... writing, drawing. Kalau dia nak bagitau something to me and dont want others to know, he will write it in here. But eventually others will know jugak sebab so-called journal ni bersepah merata tempat. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...