My Insta

Instagram

Monday, July 19

Naza oh Naza

Sebelum itu.... kedua-dua gambar dibawah ini diambil pada hari yang sama. Hari aku ke tengah kota raya! Nantikan entrynya later....

Bilalah aku nak jadi owner Audi TT nie? Mesti cun kalau aku yang drive! (gambar ni aku captured masa on d way ke Jalan Tun Ismail).



Atau bila agaknya aku dapat merasa drive Ferrari Spider nie? (gambar ni aku ambil masa di Jalan Tun Tan Cheng Lock).


Macam biasa, Naza kami perlu diservis bila masanya dah tiba. But this time, cuma minor service. Tukar minyak hitam jer. Walaupun servicenya minor tapi bayarannya MAJOR (bagi orang biasa2 macam kami ni, majorlah.) Ini first time aku ikut sama ke bengkel feveret kami di MRR2. (sebab lepas tu nak jalan-jalan ke tengah kota raya!) MRR2?! Jauhnya! Ya, bukan saja jauh, tapi tersangatlah jauh. Tapi tak kisah sebab kami puas hati dengan workmanship kat sini.

Firstly, kedai Naza Specialist yang opposite Tesco MRR2 nie pemiliknya ialah bangsa Melayu dan pekerjanya2 juga anak2 Melayu. Mereka ni cukup mahir, mereka ialah bekas pekerja2 dari bengkel Naza Motor so they have the xperiences and knowledge pasal kenderaan Naza. 

Kedua, Naza kami dah lama menjalani kerja2 overhaul, tukar timing-belt, servis air-cond, major & minor servis kat sini dan alhamdulillah, tak pernah dihantar semula sebab tak puas hati atau rasa tak sedap pandu. Mereka sangat2 detailed, to be precise. Servis dorang memang tip-top!

Ketiga, mereka kenakan harga barang yang lebih murah dari di luar dan upah workmanship tersangatlah murah, between RM20-RM30. And if you are lucky, sometimes, boleh dapat discount yg berbaloi2. :-D 


Mula-mula, flushed out minyak lama yang dah kotor.


Sementara tunggu minyak di flushed out, dorang check mana yang patut. Like this one, dorang kata, bearing dah patut kena tukar. (memang pun, bila drive, dah tak smooth!)


Then, bila semua minyak kotor dah clear.....


Barulah dituangkan dengan 2 tong Synthetic oil Petronas Syntium,  4L & 1L, both price less than RM270. (kalau kat kedai luar, harga 4L sahaja ialah between RM230-RM250 dan 1L between RM60-RM90) Semua proses ni tak sampai sejam. Kira oklah... kalau lebih dari sejam, mau aku 'hangin' satu badan! Total semua RM320 tapi dia bagi diskaun... RM300 jer. 

Aku ada juga dengar rungutan kawan2 yg bersungut pasal Naza nie. "Tak bagus la, cepat rosaklah, maintenance mahallah". Pada aku senang jer. Tak kiralah apa pun jenama kereta yang kita pakai, kalau kita jaga, maksud aku jaga di sini ialah follow scheduled service, selalu check engine, peka dengan keadaan kereta, jangan ambil mudah bila kereta mula keluarkan bunyi2 semacam, InsyaAllah kereta takkan buat hal.  Dan jangan abaikan interiornya juga. Ini kekadang tu aku tengok, ada kereta yang seat belakangnya penuh dengan segala macam kertas, brochure. Make sure la interiornya neat, wangi, bersih. Barulah cun!

Tapi kalau kereta tu dilenjan secukup2nya, servis pun tak ikut schedule, segala lubang kita redah, segala bumper kita bedal, berdebu memanjang, then jangan salahkan kereta kalau dia meragam. Kereta pun lebih kurang macam "You are what you eat" juga!

So, next service? Bearing! My soulmate kata, bearing untuk sebelah tayar between RM200-RM250. Kereta ada 4 tayar, jadi total.....? Lu pikirlah sendiri!



3 comments:

working mom... said...

huhuhu...mencekik jugak ye kak...tp betul apa yg akak ckp tu...keta ni mcm kita jugak...kalu jaga kesihatan dan kebersihan insyallah..panjang umor dia...heheheh..

P/s: seb baik pakai myVi jer...hehehhehe :)

Yanti Arshad said...

zaila,

bukan jer mencekik, tapi menelan, membaham dan yang seangkatan dengannya. hehehehe....

hamidah said...

akak pun tgh cuba mendieting ni. Kena juga sebab dah overweight byk sangat ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...