My Insta

Instagram

Tuesday, July 27

Bila Danial balik cuti

As usual, kalau anak2 balik bercuti, kami akan bersantai-santai. Kebetulan Danial balik cuti, so apa lagi, meronda-rondalah kami. Malangnya kami tak cukup korum sebab Awin pulak tak bercuti. Biasalah... cuti SBP & MRSM memang tak tally. Kali ini kami decide nak bawa anak2 ke tengah kota raya. Let them see the real world out there!


Destinasi pertama ialah Central Market aka CM. I told them, this was my 'playground'. Kalau nak compare dgn dulu, CM nie macam Time Square sekarang. Inilah meeting point aku, tempat 'huha-huha', tempat tunggu bas, tunggu kawan, segala macam tunggu ada kat sini! But I told them, CM sekarang tak macam CM dulu. CM sekarang lebih organized and proper dan yang penting sekali, bersih!



Bila dah tersangkut kat sini, susah nak lekang. Samalah juga macam fridge magnet tu!


Gelagat anak2... make my day.



Dulu Lil' India ni tak ada. Kalau tak silap aku, ini tempat pub. Now tempat ni dah cantik. I like this Lil' India alley. Ada banyak carpet, shawls, aksesori, lamps.


Then kat sini.. Jalan Melayu (the translation). Kat sini more like The Heritage kat Melaka (underground Dataran Pahlawan). Kat sini banyak barang perhiasan rumah, for gardens. Cantik tapi mahal2 belaka. Hanya mampu melihat saja....



This shop's a bit pricey!


Selat Orang Cina. (bukan Selat Cina, ya. Selat Cina is China Straits). Dulu di sini ada satu restoran nama Riverbank. Pernah sekali dua masuk tempat tu, makan2. Satu insiden yang aku tak boleh lupa kat sini ialah tengah syok makan kuetiau, tiba-tiba terjumpa lipas dalam kuetiau! Euwwwww! 



Kedai ni segala macam jam ada. Sebut jer... grandfather clock, grandmother clock, termasuklah 'against the clock',  'round the clock' and 'work against the clock'! Dont forget 'clock-in' and 'clock-out'.  Hahaha....



I still remember this place. Bila kawan2 ajak makan kat sini, aku selalu  menolak. Sebabnya tak hygienic! Tapi dulu food court tak seluas dan sebersih ini. Dulu yang famous ialah kedai mamak (now still famous lagi) dan sudah semestinya aku tak makan di kedai mamak! But now totally change! Spacious, clean, proper and EXPENSIVE, that's for sure!



We sat here, dekat dengan tingkap sebab....



... nak 'usha'  manusia yang lalu-lalang kat bawah tu. Ada yang berjalan saja, ada  yang dua-dua tangan dah sarat dengan beg plastik, ada yang bercouple, ada yang berfamili like us, ada yang single, ada yang in group. But mostly foreigner, locals jadi jurujual.



Bangkok Bank... mengimbau kenangan mengusik jiwa. 



Nampak tak bus-stop tu? Dulu kat situlah aku tunggu bas lepas habis kelas utk balik ke rumah. Ini first stop, rumah mak aku ialah last stop, maknanya all the way, aku "ZZZZZZ". Dan yang magiknya ialah aku pasti terbangun bila bas tu dah masuk area rumah. Magic, kan? Anak2 aku macam tak percaya jer dengar citer aku. Jadi banyak betul soal-jawab mereka. Last sekali ialah soalan... "Jom kita naik bas nak, bu?"  LOL



Next destination... Petaling Street. Mulanya aku agak was2 nak bawa anak2 ke sini. Yalah, tempat ni kan sarat dengan orang dan barang. Takut perkara yang tak diingini berlaku, tapi alhamdulillah, semuanya ok. Anak2 pun tercengang-cengang tengok tempat ni. I told them, kat sinilah barang2 branded tapi murah. At first  dorang macam tak percaya, ada yang kata "Ya ke, ibu? Takkanlah. Mana ada barang branded murah." Aku diamkan saja then bila 'seeing is believing', dorang jadi rambang mata. 




Bila berada di sini, terasa macam bukan ada di Msia. Sebabnya tak ada pun pembeli Msia yg datang membeli di sini. Gamaknya orang Msia tak main barang local-local ni kot. Apa klas! Orang Msia masuk Pavillion! :-D




Aku tak setuju dengan signbord ni. They shud change to
Digalakkan Menjual Produk Cetak Rompak!

Tapi ada satu lagi tempat yang kami tak sempat singgah. Pasar malam Jln Tuanku Abdul Rahman! Memandangkan kami anak-beranak dah penat giler, kami pun terus balik. Bila on radio, terdengar "Jalan Tuanku Abdul Rahman sesak teruk sekarang ini kerana orang ramai mula mencari keperluan hari raya seperti tudung, baju melayu, etc...."  Mujur kami tak ke sana.  But we will, someday.


4 comments:

Teratak Hami said...

Bestnya jalan2 kat CM & Petaling Street. Seumur hidup boleh dikira dgn jari pergi ke situ. Kalau Petaling Street tu lagilah "menakutkan".

Yanti Arshad said...

fizah,

u shud try... bawa anak2. mesti dorang suka.

KC said...

huisyy lamanyerr tak gi CM! rasanyer nak dekat 15 thn kut! perghhh

tulah tmpt aku berdating zaman dolu2 tu, balik je keje turun bas kat SJ bas stand tu terus gi situ minum2 ngan pakwe sebelum naik bas balik rumah. kah kah kah!

Yanti Arshad said...

cik KC,

u shud go. pasti hang akan nampak mcm video hang direpeat. aku rasa syahdu sangat masa ada kat situ esp. bila tengok bustop feveret aku tu. i tell u... banyak kenangan oooo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...