My Insta

Instagram

Friday, July 30

blackout tak habis-habis!

Aku betul2 sakit hati lately nie. Asyik blackout! Tak kira siang, tak kira malam. Kekadang waktu siang, sampai 2, 3 kali walaupun dalam 5, 6 minit! Yang aku sakit hati, bila blackout, phone rumah aku totally disabled, aku tak boleh online, the internet's not connected! Aku heran, apa kaitannya TNB & TM?!!! Dorang share cable ke?!

Aku tak bengang sangat kalau tak boleh berfesbuking or whatnot, yg aku sakit hati sangat ialah i couldnt send urgent jobs or at least job yang dah settle! 

Yang paling teruk was last nite. I had to do my work kat dalam surau R&R Guthrie! Nak tahu kenapa? Sebab batery laptop aku dah KONG and i need to charge it while i'm doing my work. I need to send the fail by the next day and I havent start any! Aku plan nak start  lepas Isyak, tup-tup terus gelap! Anak aku yg tengah buat homework pun tergagau-gagau dalam gelap. Mujur ada lilin standby (emergency lite ada dua, tapi both dah tak emergency lagi).

After receiving an info from Haslina, "pencawang ada major breakdown, they need 4, 5 hrs utk repair",  aku terus pack laptop, off to R&R. There, according to one of the stall owner, "Kat sini pun blackout jugak, kak. Kami guna generator nie, kejap lagi kena tutup kedai. Tapi surau boleh guna, sebab yg tu letrik lain."

Mujur tak ada sesiapa singgah kat surau ni,
we have this place to ourselves.

 Masa dalam surau nie, Hani texted me, "pencawang kat desa coalfield kaput". Tensionnya aku. Maknanya still bergelap. After a few hours, i rang Marisa. "Letrik baru jer ada, Yanti. Dalam 5 minit.". Alhamdulillah. Sampai kat rumah, aku sambung kerja sampai pukul 3:30 pagi. Kalau nak tahu, itulah pro & cons working from home. 


p/s: by the time aku post entry ni, aku dah sent urgent job tu.... online!











Thursday, July 29

Bila Awin pula cuti...

Now giliran Awin pulak bercuti. Plan of the day, nak cari buku rujukan anak2. Selepas meredah 6 buah kedai buku di sekitar Shah Alam, buku yang dicari tak juga jumpa2. Dah give up! Untuk release tension, kami ke sini. I-City, here we come!

We reached here right after Maghrib. Ingatkan, "Awal lagi, sure orang belum ramai". Kusangka tak ramai, rupanya sudah berduyun-duyun tiba! Tapi nasib baik senang cari parking. One part settled.


Naik kat atas nie, the environment totally changed. Kat bawah, sunyi sepi. Sebaik saja sampai kat atas ni, havoc! But fun!

Like mother,  like doter.


Seronoknya bermandikan cahaya.


Surrounding kat sini memang happening. Tak ada seorang pun yang tanpa kamera regardless kecil atau besar,  real camera or camera handphone. Yang penting, boleh ambil gambar.


Colourful! 


Nampak tak muka Qme tu? Ada ke dia takut dengan butterfly tu. Sebab tu menepi semacam jer... 


Paint in glowing colours.


Alamak! Ingatkan boleh menyorok belakang artifical tree tu. Rupa2nya aku masih belum mampu lagi mencapai target. Hahaha....


Run, run for your life!


Tanglung Street. Merah menyala....


Ada lil' uptown. Terlalu banyak jual tudung, baju2 dan permainan. They shud perbanyakkan gerai makan, stall jual air, stall burger. Time nie, cuma ada seorang saja penjual air. Bila dah seorang saja yang jual air, tentulah harganya pun ikut suka dia nak up berapa. Nak tak nak, beli lah jugak sebab tekak dah kering. 


p/s: pasal buku yg tak jumpa tu, the next day, singgah di Ameena Bee TTDI, mujur ada. Itu pun last kopek!

Tuesday, July 27

Bila Danial balik cuti

As usual, kalau anak2 balik bercuti, kami akan bersantai-santai. Kebetulan Danial balik cuti, so apa lagi, meronda-rondalah kami. Malangnya kami tak cukup korum sebab Awin pulak tak bercuti. Biasalah... cuti SBP & MRSM memang tak tally. Kali ini kami decide nak bawa anak2 ke tengah kota raya. Let them see the real world out there!


Destinasi pertama ialah Central Market aka CM. I told them, this was my 'playground'. Kalau nak compare dgn dulu, CM nie macam Time Square sekarang. Inilah meeting point aku, tempat 'huha-huha', tempat tunggu bas, tunggu kawan, segala macam tunggu ada kat sini! But I told them, CM sekarang tak macam CM dulu. CM sekarang lebih organized and proper dan yang penting sekali, bersih!



Bila dah tersangkut kat sini, susah nak lekang. Samalah juga macam fridge magnet tu!


Gelagat anak2... make my day.



Dulu Lil' India ni tak ada. Kalau tak silap aku, ini tempat pub. Now tempat ni dah cantik. I like this Lil' India alley. Ada banyak carpet, shawls, aksesori, lamps.


Then kat sini.. Jalan Melayu (the translation). Kat sini more like The Heritage kat Melaka (underground Dataran Pahlawan). Kat sini banyak barang perhiasan rumah, for gardens. Cantik tapi mahal2 belaka. Hanya mampu melihat saja....



This shop's a bit pricey!


Selat Orang Cina. (bukan Selat Cina, ya. Selat Cina is China Straits). Dulu di sini ada satu restoran nama Riverbank. Pernah sekali dua masuk tempat tu, makan2. Satu insiden yang aku tak boleh lupa kat sini ialah tengah syok makan kuetiau, tiba-tiba terjumpa lipas dalam kuetiau! Euwwwww! 



Kedai ni segala macam jam ada. Sebut jer... grandfather clock, grandmother clock, termasuklah 'against the clock',  'round the clock' and 'work against the clock'! Dont forget 'clock-in' and 'clock-out'.  Hahaha....



I still remember this place. Bila kawan2 ajak makan kat sini, aku selalu  menolak. Sebabnya tak hygienic! Tapi dulu food court tak seluas dan sebersih ini. Dulu yang famous ialah kedai mamak (now still famous lagi) dan sudah semestinya aku tak makan di kedai mamak! But now totally change! Spacious, clean, proper and EXPENSIVE, that's for sure!



We sat here, dekat dengan tingkap sebab....



... nak 'usha'  manusia yang lalu-lalang kat bawah tu. Ada yang berjalan saja, ada  yang dua-dua tangan dah sarat dengan beg plastik, ada yang bercouple, ada yang berfamili like us, ada yang single, ada yang in group. But mostly foreigner, locals jadi jurujual.



Bangkok Bank... mengimbau kenangan mengusik jiwa. 



Nampak tak bus-stop tu? Dulu kat situlah aku tunggu bas lepas habis kelas utk balik ke rumah. Ini first stop, rumah mak aku ialah last stop, maknanya all the way, aku "ZZZZZZ". Dan yang magiknya ialah aku pasti terbangun bila bas tu dah masuk area rumah. Magic, kan? Anak2 aku macam tak percaya jer dengar citer aku. Jadi banyak betul soal-jawab mereka. Last sekali ialah soalan... "Jom kita naik bas nak, bu?"  LOL



Next destination... Petaling Street. Mulanya aku agak was2 nak bawa anak2 ke sini. Yalah, tempat ni kan sarat dengan orang dan barang. Takut perkara yang tak diingini berlaku, tapi alhamdulillah, semuanya ok. Anak2 pun tercengang-cengang tengok tempat ni. I told them, kat sinilah barang2 branded tapi murah. At first  dorang macam tak percaya, ada yang kata "Ya ke, ibu? Takkanlah. Mana ada barang branded murah." Aku diamkan saja then bila 'seeing is believing', dorang jadi rambang mata. 




Bila berada di sini, terasa macam bukan ada di Msia. Sebabnya tak ada pun pembeli Msia yg datang membeli di sini. Gamaknya orang Msia tak main barang local-local ni kot. Apa klas! Orang Msia masuk Pavillion! :-D




Aku tak setuju dengan signbord ni. They shud change to
Digalakkan Menjual Produk Cetak Rompak!

Tapi ada satu lagi tempat yang kami tak sempat singgah. Pasar malam Jln Tuanku Abdul Rahman! Memandangkan kami anak-beranak dah penat giler, kami pun terus balik. Bila on radio, terdengar "Jalan Tuanku Abdul Rahman sesak teruk sekarang ini kerana orang ramai mula mencari keperluan hari raya seperti tudung, baju melayu, etc...."  Mujur kami tak ke sana.  But we will, someday.


Tuesday, July 20

new blog on the block!

It's time for a new blog, my 4th blog! I've had it set up for a while but haven't done much with it. I will use it to post my ideas and observation on topics like health, life, attitude, etc. 

The blog is up and running and a bit lonely rite now. So if you want to take a look, go right ahead. Be sure to leave a comment or two while you there. 


Monday, July 19

Naza oh Naza

Sebelum itu.... kedua-dua gambar dibawah ini diambil pada hari yang sama. Hari aku ke tengah kota raya! Nantikan entrynya later....

Bilalah aku nak jadi owner Audi TT nie? Mesti cun kalau aku yang drive! (gambar ni aku captured masa on d way ke Jalan Tun Ismail).



Atau bila agaknya aku dapat merasa drive Ferrari Spider nie? (gambar ni aku ambil masa di Jalan Tun Tan Cheng Lock).


Macam biasa, Naza kami perlu diservis bila masanya dah tiba. But this time, cuma minor service. Tukar minyak hitam jer. Walaupun servicenya minor tapi bayarannya MAJOR (bagi orang biasa2 macam kami ni, majorlah.) Ini first time aku ikut sama ke bengkel feveret kami di MRR2. (sebab lepas tu nak jalan-jalan ke tengah kota raya!) MRR2?! Jauhnya! Ya, bukan saja jauh, tapi tersangatlah jauh. Tapi tak kisah sebab kami puas hati dengan workmanship kat sini.

Firstly, kedai Naza Specialist yang opposite Tesco MRR2 nie pemiliknya ialah bangsa Melayu dan pekerjanya2 juga anak2 Melayu. Mereka ni cukup mahir, mereka ialah bekas pekerja2 dari bengkel Naza Motor so they have the xperiences and knowledge pasal kenderaan Naza. 

Kedua, Naza kami dah lama menjalani kerja2 overhaul, tukar timing-belt, servis air-cond, major & minor servis kat sini dan alhamdulillah, tak pernah dihantar semula sebab tak puas hati atau rasa tak sedap pandu. Mereka sangat2 detailed, to be precise. Servis dorang memang tip-top!

Ketiga, mereka kenakan harga barang yang lebih murah dari di luar dan upah workmanship tersangatlah murah, between RM20-RM30. And if you are lucky, sometimes, boleh dapat discount yg berbaloi2. :-D 


Mula-mula, flushed out minyak lama yang dah kotor.


Sementara tunggu minyak di flushed out, dorang check mana yang patut. Like this one, dorang kata, bearing dah patut kena tukar. (memang pun, bila drive, dah tak smooth!)


Then, bila semua minyak kotor dah clear.....


Barulah dituangkan dengan 2 tong Synthetic oil Petronas Syntium,  4L & 1L, both price less than RM270. (kalau kat kedai luar, harga 4L sahaja ialah between RM230-RM250 dan 1L between RM60-RM90) Semua proses ni tak sampai sejam. Kira oklah... kalau lebih dari sejam, mau aku 'hangin' satu badan! Total semua RM320 tapi dia bagi diskaun... RM300 jer. 

Aku ada juga dengar rungutan kawan2 yg bersungut pasal Naza nie. "Tak bagus la, cepat rosaklah, maintenance mahallah". Pada aku senang jer. Tak kiralah apa pun jenama kereta yang kita pakai, kalau kita jaga, maksud aku jaga di sini ialah follow scheduled service, selalu check engine, peka dengan keadaan kereta, jangan ambil mudah bila kereta mula keluarkan bunyi2 semacam, InsyaAllah kereta takkan buat hal.  Dan jangan abaikan interiornya juga. Ini kekadang tu aku tengok, ada kereta yang seat belakangnya penuh dengan segala macam kertas, brochure. Make sure la interiornya neat, wangi, bersih. Barulah cun!

Tapi kalau kereta tu dilenjan secukup2nya, servis pun tak ikut schedule, segala lubang kita redah, segala bumper kita bedal, berdebu memanjang, then jangan salahkan kereta kalau dia meragam. Kereta pun lebih kurang macam "You are what you eat" juga!

So, next service? Bearing! My soulmate kata, bearing untuk sebelah tayar between RM200-RM250. Kereta ada 4 tayar, jadi total.....? Lu pikirlah sendiri!



Thursday, July 15

no-no to yo-yo dieting!

Rome wasn't built in a day and weight loss doesn't happen overnight! Lately aku betul2 strict dgn diet aku. Tak ada kompromi! Sebabnya macam2 aku dah cuba tapi tak menjadi. Kali ini aku nak mencuba dengan determination pulak (dulu dieting, aku treat macam biskut, kejap on, kejap off. hehehe...). Trying to lose weight without any self-control is like riding a bicycle without handlebars!


Pagi, aku minum jus epal hijau (no orange juice bcoz me & oranges not in good-terms). Epal hijau nie aku blend sendiri. Pure, tak mixed dengan gula or whatsoever. "Here's to my health!"



For breakfast, biskut tawar atau biskut masin yang dicicah dgn teh O. No more nasi lemak or roti canai. A lil' dietary change maybe just the ticket, it may take some adjustment, but the change of pace will eventually pay off at the scales.



Inilah penyelamat aku untuk lunch & dinner atau bila aku rasa lapar. Buah tembikai merupakan compulsory stock dalam fridge aku. Start the habit of eating fruits before your meals, you'll surprise at how it helps to extinguish the "hungrys" ! It does work for me!


Then, in between, selain plain water, aku minum jus kiwi. Thank you to my soulmate sebab belikan jus kiwi ni. People really do need each other. That's the way we are made. Most projects are made easier when you have a coworker! 


Kalau makan luar, aku mesti order tomyam (tanpa nasi putih) atau laksa penang. Or worst come to worst, ikan siakap kukus (also tanpa nasi). Variety is a good alternative for the dietary ho-hums!


Hari tu, masa gathering JKS, aku chose roasted chicken @kenny rogers 1 Utama. Mujur they have special menu for dieters, so tak yah pening2 kepala nak pilih. Afterall, I'm responsible for the choices I make.


Then, wiken, aku akan cycle kat taman permainan area rumah aku plus 2 or 3 times per week, without fail, aku attend morning class aerobic. Tapi buat masa nie, aku kena rest due to my knee injury. Proper eating dan proper exercise both have their place in dieting.


Front: me, hani (kc), aida (kenot), yatt (tokei kek), shikin (standing) dan sue bellenza.


Dieting takes some skipping. We don't neccessarily have to skip everything that taste good. For example, time kenduri di rumah Shikin. Kononnya "Dont allow the host to determine what you will eat." At first, yes, aku stick dengan falsafah tu but later, when the caterer came, aku mula breaking all the rules! Tapi break sikit jer. Bak kata Hani, "Tak apa, hari ni kita pulun, esok kita puasa!" Hahaha... 

footnote: to my friend Hani, "true friends will stay with you in 'thickness and in health'...."



Tuesday, July 13

aku berjaya part deux

I feel good about myself lately. I have been tracking my weight seriously since last month. Frankly, ini banyak mengorbankan nafsu selera aku! I just hv to ignore to things that I like most. My purpose bukan nak kurus, tapi  untuk mengurangkan berat badan and lead a healthy life. Dan pada hari ini, aku sudah berjaya menurunkan berat pada sebanyak 2kg. Tentu ada yang kata, "laaarrrr 2kg jer?" Helllooooo... 2kg tu consider banyak tau! Nak tambah 2kg sekelip mata jer, tapi nak buang 2kg 'berjanggut', beb! Pencapaian ini sikit sebanyak memberi aku inspirasi untuk menambah sebuah lagi blog peribadi aku, HEALTH blog. Nantikan penghasilannya....InsyaAllah.  



Penangan Final World Cup

Tak banyak yang nak diceritakan pun, cuma tidak mahu kenangan berlalu begitu saja. On the final day itself, aku beri kelonggaran utk anak2 bersengkang mata. Tak apalah... after all once in a blue moon. Larat atau tak larat jer dorang nak tunggu sampai pukul 4 pagi. Tapi seperti yang aku jangka, sebelum pukul 12, masing-masing dah silent... ohhh tidor rupanya! 

Entah apalah yang Qme fikirkan waktu tengah tidor nie.







Akhirnya tumpas jugak! World Cup ke mana, dia ke mana....




This was taken earlier semasa Ger vs Eng.
Hmm... lantak korang ler.

Every 4 years, our family will share the final WC day with Afiq's bufday. This year, Afiq turns 12. Dah besar panjang anak ibu nie... As usual, thank you to Yatt for this delicious cake. 



Tak ada special celebration pun. Just makan cake utk alas perut sementara nak tunggu bersahur sambil tengok final WC nanti.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...