My Insta

Instagram

Monday, June 28

apa sudah jadi?



Apa yang aku nak ceritakan ini, hanya berkaitan pelajar Tahun 6 di SKSU pada tahun ini. Aku betul2 kecewa dengan pihak pentadbiran sekolah dan PPD Selangor. Marah ada, geram pun ada (walaupun aku sudah dimaklumkan dengan situasi sebenar). Tapi alasan yang diberikan tidak logik pada akal aku. Bak kata Elyana, Tak Tercapai Akalmu.

This year Afiq akan ambil UPSR dan tahun ini ramai pulak cikgu2 bertukar sana-sini. Kalau bertukar jauh tu aku tak kisah sangat.. Ini termasuklah guru tusyen Math Afiq yang turut bertukar ke Putrajaya. Pn. Norizan seorang guru Math UPSR yang cukup berpengalaman (dia juga guru Math Danial masa darjah 4). Aku amat bersyukur kerana anak aku mendapat guru yang sebagus itu. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Aku anggap ini dugaan dalam aku memantau pendidikan anak2. Namun begitu, Pn. Norizan tidak meninggalkan pelajarnya begitu saja, dia serahkan pelajarnya kepada guru Math yang turut sama berpengalaman sepertinya. Alhamdulillah, Pn. Z pun tak kurang hebatnya, kata Afiq.

Personally, sepanjang sejarah anak2 aku ambil big exam, dari Awin Y2005 sampailah ke Danial Y2009, aku merasakan inilah tahun paling malang buat student Y6 SKSU termasuklah anak aku, Afiq. Apa taknya, cikgu2 mereka berpindah ke SKSP yang jaraknya kalau on foot, tak sampai 15 minit. So bayangkan kalau drive atau cycle, pastinya lebih cepat lagi.

Al kisah yang aku dengar sejak awal tahun ialah SKSP akan dibuka pertengahan tahun ini. Cikgu2 yang terlibat berpindah ialah guru2 yg memohon, kecuali guru2 UPSR tidak boleh berpindah. Tapi malang... indah khabar dari rupa.

Ada cikgu2 UPSR yang cukup berpengalaman bertukar ke SKSP dan lebih teruk lagi, ia berkuatkuasa pada hari pertama semester kedua bermula. Giler! Siapa yang menjadi mangsa? Of courselah pelajar Y6! Mereka terpinga2 bila 'ibu' mereka hilang! Bila ditanya kepada pihak pentadbiran, "apa sudah jadi?", macam2 alasan yang diberikan dan aku sebagai parents merasakan alasan2 itu tidak masuk akal! Ya, ramai parents sedia maklum tentang 'masalah' sampingan yang membelenggu guru2 ini (tak perlulah aku nyatakan di sini) tapi tidak bolehkah masalah itu diketepikan seketika demi pelajar2 Y6 sebab UPSR hanya dua bulan saja lagi? And the best part is, pelajar Y6 tak pula berpindah! Of courselah, kan? Dan sepatutnya begitulah juga dengan guru2 Y6! 

Bila ini berlaku, pembelajaran pelajar terganggu. Ada cikgu yang masuk sebab tangkap muat. Ada cikgu yg mengajar tahun 1 diminta ajar pelajar tahun 6. Wei! Come on lah! Budak-budak ni nak ambil UPSR, please have pity on them! Bukan pelajar saja yang kelam-kabut, guru2 tu pun kelam-kabut jugak sebab terpaksa buat revision utk UPSR sedangkan itu bukan bidang mereka. Kalau pelajar yg di kelas pandai tu, kira oklah jugak sebab mungkin pick-up mereka bagus. Tapi bagaimana dengan pelajar2 yg di kelas belakang-belakang? Mereka perlukan bimbingan 100% daripada guru2 berpengalaman dlm UPSR.

Entahlah, aku tak nak komen lebih2 (menurut sumber yang dipercayai, ada parents berantakan dalam portal tentang isu ini). Macam yang aku cakap tadi, tahun ini ialah tahun paling malang buat pelajar Y6 SKSU.  

Aku yakin, semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Dan aku sebagai ibu, apa lagi yang aku mampu buat selain berdoa untuk kejayaan cemerlang Afiq. Kepada guru2 yang terlibat, selamat berhijrah saya ucapkan.




6 comments:

working mom... said...

kak..kesian budak2 tu ye kak...urm,
kadang2 mmg xpaham la petadbiran sekolah ni..xbley nak berpikir panjang ...pastu suke buat keje 2-3 kali..
ni sibuk ura2 nak hapuskan upsr & pmr..apa pandangan akak?

Yanti Arshad said...

zaila,

memang kesian kat bdk2 tu. malah ada yg terpaksa berenti sekolah agama sebab sesi sek agama bertembung dgn sesi sksu. imagine....

mansuhkan upsr & pmr?? nanti entry nya...

Runiza said...

Berbanyakkan doa Yanti... and continue berusaha... insyaAllah, your kid will do well, despite segala dugaan ini...

Disturbia said...

ciannya kat budak2 year 6 SKSU.. saya yang ngajar year 6 ni faham sangat situasi tuh. bukan nak cakap guru year lain tak bagus.. cuma kalau last minute baru diberi tugas ngajar year 6 .. memang agak susah.. masa first year saya ngajar year 6 pun sakit jiwa gak...

Kadang2 pihak pentadbiran ni bertindak unreasonable dan murid jadi mangsa... tapi what to do... kita orang bawahan ni terpaksa ikut jer..

Hopefully things will work out for the pupils... :)

e_ja said...

semoga afiq akan berjaya dgn cemerlang menghadapi upsr yg bakal tiba nnti..wpun tanpa guru yg terbaik utk dia..sebagai parents kita doakan yg terbaik jelah utk ank kita..:-)

KC said...

I cakap terus terang ni, tak berapa berkenan sangat ngan GB sklh ni. ntahla rasa cam dia tak leh urus ngan baik lah. dari dulu lagi dngr mcm2 hal dia...now dah malas dah nak komen coz mcm ramai yg defend dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...