My Insta

Instagram

Monday, June 28

apa sudah jadi?



Apa yang aku nak ceritakan ini, hanya berkaitan pelajar Tahun 6 di SKSU pada tahun ini. Aku betul2 kecewa dengan pihak pentadbiran sekolah dan PPD Selangor. Marah ada, geram pun ada (walaupun aku sudah dimaklumkan dengan situasi sebenar). Tapi alasan yang diberikan tidak logik pada akal aku. Bak kata Elyana, Tak Tercapai Akalmu.

This year Afiq akan ambil UPSR dan tahun ini ramai pulak cikgu2 bertukar sana-sini. Kalau bertukar jauh tu aku tak kisah sangat.. Ini termasuklah guru tusyen Math Afiq yang turut bertukar ke Putrajaya. Pn. Norizan seorang guru Math UPSR yang cukup berpengalaman (dia juga guru Math Danial masa darjah 4). Aku amat bersyukur kerana anak aku mendapat guru yang sebagus itu. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Aku anggap ini dugaan dalam aku memantau pendidikan anak2. Namun begitu, Pn. Norizan tidak meninggalkan pelajarnya begitu saja, dia serahkan pelajarnya kepada guru Math yang turut sama berpengalaman sepertinya. Alhamdulillah, Pn. Z pun tak kurang hebatnya, kata Afiq.

Personally, sepanjang sejarah anak2 aku ambil big exam, dari Awin Y2005 sampailah ke Danial Y2009, aku merasakan inilah tahun paling malang buat student Y6 SKSU termasuklah anak aku, Afiq. Apa taknya, cikgu2 mereka berpindah ke SKSP yang jaraknya kalau on foot, tak sampai 15 minit. So bayangkan kalau drive atau cycle, pastinya lebih cepat lagi.

Al kisah yang aku dengar sejak awal tahun ialah SKSP akan dibuka pertengahan tahun ini. Cikgu2 yang terlibat berpindah ialah guru2 yg memohon, kecuali guru2 UPSR tidak boleh berpindah. Tapi malang... indah khabar dari rupa.

Ada cikgu2 UPSR yang cukup berpengalaman bertukar ke SKSP dan lebih teruk lagi, ia berkuatkuasa pada hari pertama semester kedua bermula. Giler! Siapa yang menjadi mangsa? Of courselah pelajar Y6! Mereka terpinga2 bila 'ibu' mereka hilang! Bila ditanya kepada pihak pentadbiran, "apa sudah jadi?", macam2 alasan yang diberikan dan aku sebagai parents merasakan alasan2 itu tidak masuk akal! Ya, ramai parents sedia maklum tentang 'masalah' sampingan yang membelenggu guru2 ini (tak perlulah aku nyatakan di sini) tapi tidak bolehkah masalah itu diketepikan seketika demi pelajar2 Y6 sebab UPSR hanya dua bulan saja lagi? And the best part is, pelajar Y6 tak pula berpindah! Of courselah, kan? Dan sepatutnya begitulah juga dengan guru2 Y6! 

Bila ini berlaku, pembelajaran pelajar terganggu. Ada cikgu yang masuk sebab tangkap muat. Ada cikgu yg mengajar tahun 1 diminta ajar pelajar tahun 6. Wei! Come on lah! Budak-budak ni nak ambil UPSR, please have pity on them! Bukan pelajar saja yang kelam-kabut, guru2 tu pun kelam-kabut jugak sebab terpaksa buat revision utk UPSR sedangkan itu bukan bidang mereka. Kalau pelajar yg di kelas pandai tu, kira oklah jugak sebab mungkin pick-up mereka bagus. Tapi bagaimana dengan pelajar2 yg di kelas belakang-belakang? Mereka perlukan bimbingan 100% daripada guru2 berpengalaman dlm UPSR.

Entahlah, aku tak nak komen lebih2 (menurut sumber yang dipercayai, ada parents berantakan dalam portal tentang isu ini). Macam yang aku cakap tadi, tahun ini ialah tahun paling malang buat pelajar Y6 SKSU.  

Aku yakin, semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Dan aku sebagai ibu, apa lagi yang aku mampu buat selain berdoa untuk kejayaan cemerlang Afiq. Kepada guru2 yang terlibat, selamat berhijrah saya ucapkan.




Thursday, June 24

Waka Waka

It's a world cup song by Shakira. My caller will have to listen to it first before I can answer their call. Jangan marah....




You’re a good soldier
Choosing your battles
Pick yourself up
And dust yourself off
Get back in the saddle


You’re on the front line
Everyone’s watching
You know it’s serious
We are getting closer
This isn’t over




The pressure is on
You feel it
But you got it all
Believe it
When you fall get up, oh oh
If you fall get up, eh eh
Tsamina mina zangalewa
Cuz this is Africa
Tsamina mina, eh eh
Waka waka, eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa
Listen to your God
This is our motto
Your time to shine
Don’t wait in line
Y vamos por todo
People are raising
Their expectations
Go on and feed them
This is your moment
No hesitations
Today’s your day
I feel it
You paved the way
Beleive it
If you get down get up, oh oh
When you get down get up, eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa
Tsamina mina, eh eh
Waka waka, eh eh
Tsamina mina zangalewa
Anawa a a
Tsamina mina, eh eh
Waka waka, eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa
(Lady Singing)
Voice: Tsamina mina, Anawa a a
Tsamina mina
Tsamina mina, Anawa a a
Tsamina mina, eh eh
Waka waka, eh eh
Tsamina mina zangalewa
Anawa a a
Tsamina mina, eh eh
Waka waka, eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa
Django eh eh
Django eh eh
Tsamina mina zangalewa
Anawa a a
Django eh eh
Django eh eh
Tsamina mina zangalewa
Anawa a a

Tuesday, June 22

Tag anak-anak

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
FIVE. One girl & four boys.






2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Five is enough!






3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?


1. Nur Harzuin =  cahaya2.
2. Fitri Danial = semulajadiku
3  Mohd Affiq = yang terpuji, pemurah dan berpengetahuan
4. Mohd Mukhriz Danish = yang terpuji
5. Mohd Arief Haqimie = yang terpuji dan bijaksana.






4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
both of us.






5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
buku Himpunan nama-nama Islam.






6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
So far, tak ada sebab 'kilang' dah tutup. hehehee....






7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang, nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?


Awin to Danial = 4 yrs
Danial to Afiq =  1yr
Afiq to Mukhriz =  4 yrs
Mukhriz to Qme = 1 yr






8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?
If possible.... of course G.I.R.L.. Reason? Dah lama tak shopping gaun.






9. Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?
All of them are very determined, ambitious, degil (only for gud reason, of course lah kan... ), last but not least, love sports very much!






10. Upload gambar anak2 anda untuk tontotan semua rakan blogger.



My precious


11. ( yang ini i tukar sikit) Tag seberapa banyak nama blog yang boleh untuk jawab tag ni.

i. Teratak Maya
ii. My Life, My Passion
iii. It's My Life!
ix. From KL to Ipoh
x. Teratak Hami


Saturday, June 19

kisah world cup & kemaluan











p/s: cerita kemaluan is at the end of the story.


World Cup fever is back! This 19th Fifa event is now @ South Africa. Ke mana saja, sesiapa saja, pasti orang bercakap pasal Piala Dunia.  Kami sekeluarga tak terkecuali. This is the biggest sports event yang ditunggu-tunggu every 4 years! Frankly, aku antara peminat fanatik piala dunia! Aku tak kisah bersengkang mata sampai pukul 4 pagi semata2 nak tengok bintang Argentina beraksi. 


Aku tengok dalam Buletin Utama pasal pelancaran Majalah Edisi Khas Piala Dunia nie. Apa lagi, mulalah mencari2. Rupa2 majalah nie hanya jual di MPH. Masa aku beli majalah nie, English version dah habis, yang tinggal BM version & last kopek plak tu. Saleboy tu kata, majalah ni laris macam kopok gode lekor. Berbaloi jugak beli sebab infonya complete. The main reason aku beli sebab ada gambar favourite player aku, Messi from Argentina!

Jadual perlawanan ni mesti ada. Kalau tak, susah nak tengok siapa masuk final. Mengikut perangkaan aku, Argentina MUNGKIN menempah tempat ke final! Tapi world cup kali ini, ramai 'bintang' tak main. Contohnya Riqulme dari Argentina, David Beckham & Michael Owen dari England, Toti dari Itali, Michael Ballack dari Jerman dan ramai lagi.

Argentina, me.
Germany, my soulmate.

Jersi Argentina aku yang dulu dah tak cun, jadi kenalah cari jersi baru. Tempat yang paling ideal untuk beli jersi bola? Uptown lah! Uptown mana? Mestilah uptown Danau Kota. Tersangatlah dekat dengan rumah mak aku. Walaupun harganya RM40, aku rasa berbaloi dengan material jersi nie. Ada yang jual sampai $165 sebab ada nama player kat belakang jersi! Giler! Make money betul dorang tu. 

My family know how pessimistic I was before the competition. Since the game versus Nigeria, I’m so positive. Then tak sangka Argentina belasah Korea Selatan 4-1! Tak sabar nak tunggu Argentina belasah Greece! Hehehe... 


Yang ini my soulmate punya kerja. Masa nie Arg vs Nig.
Actually Mukhriz ialah peminat Brazil &
Qme ialah peminat France.

Ada satu 'perbalahan kecil' yang agak melucukan antara Afiq & Daniel baru-baru nie. Semua ni gara-gara Daniel yang nak beralih arah bila Spain dah kalah. Sejak dulu, kami dah setuju akan setia dgn team masing2 no matter what happen (termasuklah club team, aku fan Barcaleno).

Daniel : Abang nak tukar to Argentina sebab Spain dah kalah.
Afiq    : Mana boleh! Spain dah kalah, sudahlah!
Daniel : Apa salahnya, kita kena ada 2nd choice.
Afiq  : (dengan nada perli) Okey jugak! Nanti bila Argentina kalah, bolehlah abang berkongsi KEMALUAN dengan ibu!

OMG!




Wednesday, June 16

Pagi yang santai

We came here last Monday. Why Monday and not Sunday or Saturday? Sure full-house punya and tak nak berebut2 cari parking. Itupun ramai jugak makhluk2 yang datang entah dari pelosok mana. Nama pun cuti sekolah, kan? This was early morning, bukan petang. Mujur cuaca baik, keadaan sangat2 tenang.



Lari dari mundane rutin... instead of 3x a week beraerobik kat gim, apa salahnya kalau sekali-sekala ke open space nie... dapat hirup udara segar, see new people, try new things.



Daniel, Qme & Awin.





Bab bergolek2 nie memang xtvt kegemaran these two boys!



Dah puas bergolek, main badminton pulak.



Anak dara aku sorang nie memang tak lekang dengan buku. Ke mana saja dia pergi, best friend dia ialah sling bag yang di dalamnya ada buku utk buat latih-tubi & MP4. No girl's stuffs such as Silky White face powder or lipstick or cermin, not even a tissue!



A horseman suddenly appeared out of nowhere!


Dah penat di open space, we chose an indoor xtvt pulak. RM10 perhour. Tapi disebabkan tak ada orang, kami main 2 jam lebih kat sini tanpa sebarang gangguan.



My soulmate berpartner dengan Mukhriz @Court G
while Daniel and Afiq @Court H.



Last but not least, posing berlatar belakangkan
KLCC and one big fountain.

SpringClean!

Every six months, I will set aside one day to spring clean my house. This school break 'ritual' has helped me learn to enjoy cleaning. My kids even enjoy helping! 



My wet kitchen.

Normally dapur and dining area tak susah sangat sebab selalunya aku terus bersihkan apa yang patut right after masak. Yang letihnya, nak mengelap tingkap dapur and cutlery yang dah lama tak pakai.


Shoe closet.

Lokasinya, bawah tangga. Tempat ni memang aku selalu tak ambil pot sangat. Sebabnya.... wait until the end of this entry.


Empat bungkus beg plastik yang penuh dengan kasut sekolah. Kebanyakannya masih boleh dipakai sebab elok, tapi dijadikan simpanan sebab tak muat nak pakai. More than 10 pairs, lepas melalui ujian tapisan, hanya dua pasang diterima, itupun sebab dibeli tapi tak pernah berpakai.



Bicycle-yard.

Dua basikal yang di dismentle utk hantar ke kedai besi buruk. Tapi sebenarnya sayang nak let-go sebab both still in good condition. Tapi terpaksa let-go sebab tak ada siapa yang nak pakai. Now total of bicycles down to 4!


Sebahagian toys Mukhriz dan Qme. 



The living room is the main place to be spring cleaned.




Inilah hasil shoe closet aku after spring-cleaned. Tahu tak kenapa aku tak ambil pot sangat tempat ni? Yang kelihatan hanya sepasang saja kasut aku, kan? Sure korang tanya, "Mana yang lain?" Jawapan aku, "Dalam but kereta!" Hahahaa... 

Sunday, June 13

no more secret

Last week, we had our dinner here. Maklumlah, dah lama tak makan bersama as one big family. Time cuti sekolah nielah nak spend time bersama.  In spite of this lovely evening, I would like to express my dissatisfaction at the end of this entry.

Secret Recipe @1 Utama, old wing.

Haqimie with his meal & watermelon.


Afiq with his spaghetti & hot chocolate.


Daniel... something different from his mundane menu,
grilled black pepper beef & chocolate ice blended.


My soulmate's favourite... spaghetti & earl grey tea.


My favourite... seabass filet & kasturi green apple.


Awin with her black pepper rice & watermelon.

Mukhriz cukup setia dengan fish fillet &
kasturi green apple.




The bill surprised us!

The price for service charge is more than the price of the grilled black pepper beef. This is the most grotesquely expensive bill we had at a fancy restaurant. I guess that RM166.65 conclude our visit forever.

Thursday, June 3

aku berjaya!


Akhirnya aku berjaya menurunkan berat badan sebanyak 1.6kg! By hook or by crook, aku mesti turunkan ikut target aku sebelum Ramadhan! Alhamdulillah, diet aku menjadi. Kalau aku teruskan petua yang aku amalkan. Dengan mengekang nafsu makan, pergi gim 2, 3 x seminggu, jaga intake,  sure boleh  punya! Pada aku, pencapaian tu dah kira orait. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Eh, tak naklah jadi bukit, lama2 jadi busut! hehehe....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...