My Insta

Instagram

Tuesday, May 4

my own sweet time

Dah lama aku tak nikmati cuti yg cukup menenangkan. Cuti yg aku maksudkan di sini bukannya pergi bercuti cuma take a break dari melakukan mundane jobs. So, aku dapat buat apa yang tak mundane bagi aku seperti...



1. Cuci semua toilet in one day. Kesemuanya ada 4 toilets, one at a time.
...memandangkan last Sunday aku tak join soulmate aku pergi sukan Afiq, (sebab aku dah attend sukan Mukhriz & Qme on Thurs), jadi lepas breakfast, aku pun carilah 'tools' utk cuci toilet. Actually hari2 aku cuci toilet, tapi cuci ala kadar jer, sambil mandi tu, aku sental mana yg patut. Tapi kali ni, aku nak betul2 sental, redecorate mana yg patut, rearrange toiletries. Dengan harapan dapat transform jadi macam the aboved- picture. Ahaks!




2. Hantar & fetch anak2 balik sekolah.
...selalunya Afiq & Qme, hubby yg hantar masa dia nak pergi kerja, then both of them akan berjalan kaki balik rumah. Mukhriz pulak kayuh basikal sebab dia sekolah petang. This time, aku volunteer hantar Mukhriz gi sekolah & in the same time, fetch Afiq & Qme. Reason aku buat macam nie sebab nak experience jalan sehala ke sekolah. hehehe... Sejak dikuatkuasakan jalan sehala tu last month, aku tak berpeluang nak rasai senario jalan sehala esp waktu puncak sekolah. Sementara tunggu both boys keluar, aku sempat 'usha' sana sini. Not bad, most parents ikut rules. Baguih, la kan? Kalau anak2 ikut peraturan, malulah kalau ibu bapa tak ikut peraturan.

3. Reading time!
...xtvt yg dah agak lama aku tinggalkan. Menyelak2 buku yg kebanyakannya aku tak habis baca, newspaper pun sama. Normally aku baca online newspaper saja, click mana yg menarik perhatian, then baca. But now, aku beli newspaper & mengabdikan diri membaca setiap helaiannya! hahaha... To some people, itu perkara biasa, tapi pada aku, itu luar biasa. Solat pun tak terkejar2, dapat doa lama2 sikit. Harap2 yg satu ini, aku dapat kekalkan begitu selamanya.



4. Leisure time.
...aku menghabiskan masa dgn AstroMax aku, watch all my recorded movies, docus & dramas (especially adamaya & asmaradana) at my own sweet time.... alone! ( selalunya ada jer yg tumpang sekaki, no privacy at all! ).  Aku tak gemar kalau ada sesape menempel tengok citer2 yg aku record (except for Discovery coz it's a very2 informative channel). Maybe ada yg kata, aku nie pelik, tapi itulah aku. I need my privacy. Salah ke? Lagipun bukan selalu aku tengok TV. 



5. Kain-baju
...aku berjaya melipat kain sebaik saja ia diangkat. Selalunya kain yg diangkat, terus masuk bakul, selagi bakul tak penuh, selagi tu tak lipat. Maksud penuh di sini ialah 2 bakul penuh! hahahah! Ini lah tabiat  peel aku. Suruhlah aku buat apa saja kerja rumah, aku sanggup. But this one thing, satu penyeksaan buat aku (aku percaya ramai yg join the club) Apa saja yg melibatkan kain baju terutama melipat dan menggosok, memang estrogen malas aku hingga ke tahap gaban! Mungkin bila aku dah ada wardrobe room macam kat atas, baru rajin kot. hehehe...



6. Malas nak update blog & FB.
...teramat malas nak melakukan dua perkara ini. Aku bukak FB, glance through then logout. Blog pulak, baru hari nie aku bukak. Sebenarnya banyak benda nak hupdet especially minggu lepas yg penuh dengan xtvt suka & duka. Nantilah... aku hupdatekan. Ntah naper, malas bebenor.

Last but not least, new entries coming soon. Tungguuuuu.... 

3 comments:

thunbergia said...

blog bukanlah hakmilik kekal kan, kanns

salamm,

working mom... said...

eiii..bets nyer kan leh buat keje ikut suka kite..santai jer...ni hari2 nak terkejar2..huh..letih arr.. :)
saya pon terjangkit sindrom m***s ni...bulan ni blum rajin nak update blog tu...heheheh

Yanti Arshad said...

w.mom,
kalau dah malas, layan jer malas tu... hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...